Monday, August 7, 2017

Konsep "Biar papa, asalkan bergaya".


Assalamu'alaikum.

Disebabkan Afiqah ini dasar tidak sedarkan diri untuk menulis blog untuk beberapa bulan, oh tidak, sudah setahu lebih begitu, maka hari ini, Afiqah dengan senang hati nak meluahkan perasaan.

Aku dah lama memerhatikan seorang makhluk Allah ini. Tak tahu kenapa, aku lebih senang menggunakan perkataan makhluk sejak dua menjak ini.

Tak mengapa.

Apa yang aku bakal kongsikan di sini, berkaitanlah dengan beliau.



"BIAR PAPA ASALKAN BERGAYA."

Engkau orang pernah dengar tak istilah ini? Ala, kalau budak-budak 90-an, mesti tahulah lagu Senario tu. Mesti ada yang dah ternyanyikan bersama masa aku taip tu kan? Haha.

Macam ini. Aku bagi contoh paling dekatlah.

Aku sendiri.

Kegilaan aku terhadap buku-buku kembali menggila bermula akhir tahun lepas. Setiap kali duit dimasukkan ke dalam akaun, aku akan sakan memborong buku-buku dari laman web buku, seperti MPHOnline.

Mudah, cepat dan laju melicinkan duit di dalam bank.

Aku sedar tindakan aku itu berisiko memandangkan aku tidak punya pekerjaan tetap dan hanya bergantung kepada hasil mengajar tusyen serta berjual di pasar malam.

Seperti kata-kata hikmat yang pernah aku dengari :

"DUIT AKU, HAK AKU."

Suka hati aku.

Betul tak?

Betul.

Tapi, tidakkah kamu orang akan berasa menyampah sekiranya mendapat tahu aku berbelanja sakan untuk buku-buku, TETAPI memilih untuk membuat status :

"Alamak! Duit dah habis! Sempat ke nak bertahan bulan ini? #prayforAfiqah"


Haaa, kalau ada yang tidak menyampah, TAHNIAH! Hati suci sungguh!


Macam inilah, abang, kakak, adik sekalian,

Apabila ANDA telah memilih untuk membelanjakan sekian sekian jumlah wang, kononnya hasil daripada penat lelah bekerja, untuk membeli apa-apa barangan yang anda sukai, tidak kiralah buku ke, pakaian ke, kereta ke (eh?), aku percaya itu hak ANDA.

Maka, bertanggungjawablah ke atas perbelanjaan ANDA.

Be happy with what you bought, what you spent, bak kata orang kampung aku.

Buat apalah kita memilih untuk membeli barangan tersebut, kemudian acah-acah buat status, "Dah bankraplah aku!", padahal barangan yang dibeli itu BUKAN KEPERLUAN, tetapi sekadar KEHENDAK.

Kehendak hati.

Kehendak nafsu.



Lebih teruk, sekiranya, apa-apa barangan atau servis yang dibeli, cukup hanya SEKALI digunakan, atau pun hanya untuk SATU HARI.

Sedarlah, wahai anak bangsa, masih segar dalam ingatan ini, dikau menangis mengenangkan keadaan kewangan dikau, beberapa bulan sebelumnya. Membuat pemberitahuan besar-besaran bahawa tiada siapa yang mengerti dan faham betapa sesaknya kamu satu keluarga kecil, nun jauh di sana, dan membuat andaian bahawa keluarga asalmu ini seolah-olah ingin memerli kamu.

Menceritakan bahawa kamu terpkasa mengorek tabung kecemasan dan sebagainya, TAPI hanya enam bulan, iya, ENAM BULAN dari kejadian itu, kamu berbelanja sakan hanya untuk satu malam. SATU MALAM.

Pilihan itu dibuat oleh siapa, wahai sayangku?



Selepas ini, maka janganlah kamu mengeluh dengan apa yang telah dibelanjakan, sekiranya KEPUTUSAN itu kamu yang pilih.

Iya, jika ada yang bertanya, adakah entri blog ini ditujukan buat siapa-siapa?

Jawapan aku : YA.


Jika ada yang bertanya, kenapa harus ditulis di sini, bukannya diberitahu secara berhadapan?

Cukuplah aku menjawab, "Pernah berhadapan untuk satu isu yang hampir sama, apabila cuba memberikan pendapat dan berniat ingin membantu, aku dicop sebagai makhluk yang cuba tunjuk pandai."


Sekian.