Monday, August 1, 2016

Projek FM 2016 #1

Menyiapkan binaan lego tak ori, atau pun "Sluban".

Kat mana nak dapat? Beli dekat Mr DIY sajooo. Harga pun okey la boleh tahan. Yang ada anak kecil, adik kecil, tolong berjaga-jaga sikit ye, sebab saiz lego yang kecil tu berisiko nak tertelan. Mintak jauh la.


Tengok tu, dia dah bagitau untuk enam tahun ke atas. Okeylah untuk aku yang 26 ni kan.


Kali ni, aku pilih kenderaan tentera. Acah-acah tak nak nampak kebudakan sangat haha.

Ni kali kedua aku cuba-cuba main lego ni. Asalnya daripada adik lelaki aku, Abah belikan dia yang versi helikopter, lepas aku siapkan, dia gi relai, ermm, cabut balik semua tu. Nak buat macam mana, dia ni, jenis yang tak suka ikut manual, maka idea kreatif dan genius dia tu boleh menghasilkan macam-macam jenis binaan la. Tapi sokmo tak sempat nak ambil gambar. Gambar yang ada pun, dalam henfon aku yang rosak pulak. Adoii.



Apa yang ada di dalam kotak :

  • 3 peket plastik berisi lego
  • 1 manual arahan pembinaan
  • 1 keping stiker



Maka, bermulalah sesi pemasangan. (maaf kalau rasa janggal baca tulisan aku dalam bahasa Melayu, blogger.com ni tak habis-habis dok promo suruh aku blog dalam bahasa Melayu hehe)




Haa, dah siap. Tak sampai sejam kot, tapi pening jugaklah tengok manual dia. Manual helikopter hari tupun lagi mudah faham. Yang ni, kau kena perhatikan betul-betul dia punya gambar, sebab takut terlepas pasang.




Kapten tentera yang pakai cermin mata gelap tu, tiba-tiba mengingatkan aku pada si Yoo Shijin dalam "Descendants of the Sun". Haha.


Kesan flash, terus nampak putih gila tangan.
Terpaksa guna flash sebab lighting dalam bilik tak berapa cun.












PENAFIAN (Disclaimer) :

Semua gambar di atas adalah milik penulis blog ini, kecuali jika dinyatakan sebaliknya.

Siapa suruh malas sangat nak letak watermarks haha









F cakap :

Doakan!

No comments: