Tuesday, August 2, 2016

Personal thoughts : "Me Before You" by Jojo Moyes

Spoiler alert!

Mixed languages ahead!




Sebenarnya, kalau ikutkan kiraan aku, mungkin dah dua minggu kot aku dah habis baca ebook "Me Before You" ni. Tanpa menonton filemnya, walaupun aku ada la jugak dok ulang-ulang trailer cerita ni, sampaikan pabila dibaca bukunya, terus terbayang Sam Claflin tu sebagai William Traynor.


Sementelahan orang lain tengah bersedih dengan pengakhiran tidak diduga filem ini, aku pulak tak habis-habis lagi memori marah dan geram akan Will ni. Aku memang sedayanya meletakkan diri aku di tempat Lou dan membayangkan segala kemungkinan yang tak terjadi dalam novel tu.


Masa baca surat Will untuk Lou, aku cuba cakap benda yang sama dekat Will. 
"Push yourself, Will."
"Don't settle, Will."
"Just live, Will."

Sumber


Tak adillah, Will, why don't you just do the same and live together with Lou?

Tapi aku tak berhak la jugak nak buat keputusan bagi pihak Will. Yang lumpuh tu, dia, yang terasa seksa tu, dia jugak.

Banyaklah persoalan yang bermain di minda aku.

  • Should have Louisa Clarks never came in the first place, would he have met someone else as good as her?
  • Even if he had chosen not to die, for how long would Lou be able to stand handling him?



Dan banyaklah lagi, tapi aku dah lupa dah, sebab dah lama habis baca novel ni. Tapi tulis reviu kat Goodreads sampai ke sudah tak bertaip jugak.


Kesimpulannya, "Me Before You" ni, kalau ikutkan interpretasi aku sendiri, Will utamakan diri dia daripada Lou. Haha. See, how frustrated I am?



















F cakap :

Target tahun ni, untuk baca 100 buku, tapi separuh pun belum lagi.
Padahal dah lebih setengah tahun dah ni.

No comments: