Sunday, July 31, 2016

Cerita hari ini.


1.

Memandangkan semalam tidur awal, maka mampulah untuk bangun awal. Pagi-pagi dah jerit manja dekat Mama :

"Mama, jom keluar gi mana-mana hari ni!"

Mentang-mentang la mak dia kerja malam hari ni kan, anak dia acah-acah ajak keluar, padahal bawak kereta pun tak reti haha.

"Memang nak keluar hari ni, nak ikut Abah gi bayar bil, nak gi cari troli nak angkut barang."


Tapi..

Tiada ajakan keluar untuk aku, maka, aku anggap mak aku cuma nak keluar berdua dengan bapak aku, aka naik motosikal je la kot.



Sekaliiiii..

Sejam kemudian, Mama muncul depan pintu, dah bersiap lawa semua,

"Nak ikut tak? Pergilah bersiap."


Yes! That's the moment.


Makanya, cepat-cepatlah salin baju semua, tepek bedak sikit, lilit shawl, SIAP! Dalam 10 minit je. Ke kurang? Haha. Kecepatan yang datang daripada hasil latihan yang suka keluar secara spontan masa zaman degree dulu.


Disebabkan aku tak sarapan, maka Mama Abah risau la budak ni lapar, tapi budak ni tak reti nak lapar dah lepas dapat keluar kan.

Skip all the coffee shops, and let's just go anywhere you guys want to first.


Pusing-pusing bandar Kota Bharu, nak cari troli heavy duty, kata dorang. Masuk kedai hardware depan KB Mall tu, tapi stok pulak takda. Adoii.

Jalan-jalan lagi, tapi asyik terlepas je kedai hardware. Maka, akhirnya, usha masuk kat Mr DIY la. Trolinya ada, tapi saiz pulak kecil, pastu tak cukup heavy duty pulak. Haha.

Yang sakan shopping nya, aku la. Sempat rembat sekotak lego tak ori, satu kanvas akrilik bercorak siap dan sepeket foil containers.




(a) Lego : RM 9.90

Untuk mula ada koleksi lego aku sendiri. Nak beli yang ori, macam kena fikir banyak kali. Benda alah ni pun dia tak panggil lego pun. Haha


Matang ke tak matang, aku tak peduli. Haha



(b) Kanvas : RM 16.90

Acah-acah projek kreatif aku, yang tertangguh dekat dua tahun dah ni. Cat-cat akrilik, berus, kanvas kosong, semua ada dalam simpanan aku. Tapi tengok bercorak siap ni, macam sedikit terliur, lepas tu siap bagi, 3 batang berus berlainan saiz, satu bekas cat, 6 cat akrilik warna berlainan.








(c) Bekas : RM 3.30 (5 bekas)

Ni pun acah-acah nak buat kek mentega yang resepi dok peram lama. Ikutkan bahan-bahan macam tak cukup atau pun tak mengikut spesifikasi resepi asal, aahh, peduli apa, kita guna apa yang ada, okey?




Perjalanan diteruskan lagi, singgah Salamku, Mama beli penutup plastik untuk tray besi, tray besi saiz kecil sikit, dan bekas-bekas plastik untuk rempah soto. Siap!


Singgah makan dulu, sebab semua orang lapar. Okey, yang lapar tu bukan aku sebenarnya, tapi mak ayah aku. Haha. Pertama kali  untuk aku la, (KOT?) makan kat Kedai Makan Hassanah tu, kawasan dekat-dekat dengan tempat tusyen aku dulu, Tusyen Al-Amin.

Sedap betul, Abah pilih nasi lemak ayam goreng, Mama nasi gulai ayam bandar (haha sebab ada ayam kampung), dan aku nasi dengan daging bakar.


Dah kenyang semua, jalan-jalan lagi, ingat nak balik rumah dah, sekali Abah pergi kedai hardware belakang Istana Kubang Kerian pulak. Alhamdulillah, akhirnya! Ada pun troli tu, mahal sikit je dari kedai sebelumnya, tapi okeylah, sebab nak pakai lusa dah. Abang tu siap pasangkan siap-siap lagi.


Yeay! Setel semua, jom balik!






F cakap :

Terima kasih sebab sudi bersabar dengan kawan anda yang suka sangat hilangkan diri. :)