Tuesday, April 30, 2013

Gelap.

Alkisah perbualan si anak dan si ayah.

#1

Abah : Kakak, balik malam ni kan?

Anak : Eh tak lah, Abah, tiket dah habis. Kakak balik hari Jumaat.

Abah : Kenapa lambat sangat? Baliklah esok.

Anak : Tiket memang dah habis, Abah, memang takleh nak balik esok tu.

Abah : Oh ye ke? Jadi balik dgn apa ni?

Anak : Dengan bas untuk anak-anak Kelantan tu. Yg free tu.

Abah : Tu BN ke PAS?

Anak : Hahaha. Kerajaan negeri la kot. Hahaha.

Abah : Tak kisahlah mana-mana, janji kamu balik.

Anak : Elok jugak balik lambat ni, Kakak nak siapkan assigments, banyak gila!

Abah : Takpe, siapkan assignments, balik rumah tak payah fikir dah.


#2

Anak : Abah, jangan terkejut tau bila anak Abah ni balik, muka hitam legam, kes Pulau Kapas.

Abah : Hahaha. Mama kamu dulu pun gelap jugak, Abah ambik jugak.

Anak : HAHAHAHA. Boleh pulak cakap Mama macam tu.

Abah : Eh iyelah, gelap-gelap pun, Abah sayang je.

Anak : (-_-')



#3

Abah : Kamu tahu, Mama kamu dok hepi dapat iron baru.

Anak : Hah?

Abah : Alaa, iron yang boleh berdiri tu, boleh gosok baju sambil menegak tu...

Anak : Oh ye ke? Beli nak buat apa?

Abah : Entahlah Mama kamu. Selagi tak beli, tak lena tidur empat malam. Ni dah beli, sengih memanjang. Bahagia.

Anak : Hahaha. Asalkan Mama hepi sudah.



#4

Abah : Kredit kamu tinggal banyak mana lagi?

Anak : Ada la sen-sen sikit, kurang seringgit. Cukup je.

Abah : Takpe, kejap lagi kalau sempat, Abah gi topup kan.

Anak : Laaa, tak payahla, cukup je ni, bukan ada call SMS sape2.

*30 minit kemudian*


















F cakap :

Saya paling sensitif bila orang lemah lembut dengan saya.
Sebab tahu saya ni jenis keras, keras hati, keras kepala.
Sebab tu kalau Abah atau kaum sejenisnya tak buat provokasi, saya mudah jatuh hati.
Saya pantang orang "CARE" pasal saya.
Sebab saya mudah cair.

No comments: