Tuesday, April 30, 2013

Gelap.

Alkisah perbualan si anak dan si ayah.

#1

Abah : Kakak, balik malam ni kan?

Anak : Eh tak lah, Abah, tiket dah habis. Kakak balik hari Jumaat.

Abah : Kenapa lambat sangat? Baliklah esok.

Anak : Tiket memang dah habis, Abah, memang takleh nak balik esok tu.

Abah : Oh ye ke? Jadi balik dgn apa ni?

Anak : Dengan bas untuk anak-anak Kelantan tu. Yg free tu.

Abah : Tu BN ke PAS?

Anak : Hahaha. Kerajaan negeri la kot. Hahaha.

Abah : Tak kisahlah mana-mana, janji kamu balik.

Anak : Elok jugak balik lambat ni, Kakak nak siapkan assigments, banyak gila!

Abah : Takpe, siapkan assignments, balik rumah tak payah fikir dah.


#2

Anak : Abah, jangan terkejut tau bila anak Abah ni balik, muka hitam legam, kes Pulau Kapas.

Abah : Hahaha. Mama kamu dulu pun gelap jugak, Abah ambik jugak.

Anak : HAHAHAHA. Boleh pulak cakap Mama macam tu.

Abah : Eh iyelah, gelap-gelap pun, Abah sayang je.

Anak : (-_-')



#3

Abah : Kamu tahu, Mama kamu dok hepi dapat iron baru.

Anak : Hah?

Abah : Alaa, iron yang boleh berdiri tu, boleh gosok baju sambil menegak tu...

Anak : Oh ye ke? Beli nak buat apa?

Abah : Entahlah Mama kamu. Selagi tak beli, tak lena tidur empat malam. Ni dah beli, sengih memanjang. Bahagia.

Anak : Hahaha. Asalkan Mama hepi sudah.



#4

Abah : Kredit kamu tinggal banyak mana lagi?

Anak : Ada la sen-sen sikit, kurang seringgit. Cukup je.

Abah : Takpe, kejap lagi kalau sempat, Abah gi topup kan.

Anak : Laaa, tak payahla, cukup je ni, bukan ada call SMS sape2.

*30 minit kemudian*


















F cakap :

Saya paling sensitif bila orang lemah lembut dengan saya.
Sebab tahu saya ni jenis keras, keras hati, keras kepala.
Sebab tu kalau Abah atau kaum sejenisnya tak buat provokasi, saya mudah jatuh hati.
Saya pantang orang "CARE" pasal saya.
Sebab saya mudah cair.

Thursday, April 18, 2013

For how long?

Seven years ago, Sufee used to tell us this :

"It's not the matter of how long we've known each other, it's not the matter of how long you've been with each other, but it's how much you cherish each other, even it's just for one brief moment."


Indeed, he was true. Until today. And most probably, till the end of time.


That time, we barely knew each other. We met once at a meeting, and then, all we knew that we were performing together. That traditional dance (which I swore I would never do that ever again, especially when you knew you yourself was not that flexible, patah pinggang oii!).



That was seven years ago.



I wonder how would two people in love could get bored of each other.

I wonder how would a 10-year friendship could be long-lasting.

I wonder how a marriage can survive that "curse of five years". (well, you know, the one that people have been convincing me, that if you manage to get your marriage stable after 5 years, that's it, you both are really meant together, :) you'll last forever.)




















F says :

That spark of hopes.

Hope is still there.
















Tuesday, April 16, 2013

Itu.







Sumpah tak faham dengan diri sendiri. Air mata murah sangat sejak dua menjak ni. Sikit-sikit menangis. Cengeng!



Tapi tapi tapi kan..



ALLAH baik sangat.


Stres je buat kerja, terus DIA bagi kekuatan untuk fokus seratus peratus. Eh tak, dua ratus peratus. Maka, sebab itulah, malam je, terus tertidur sepuluh jam.



Masalah hati? Banyak. Tapi rahmat dan kasih sayang ALLAH, lagi besar, lagi luas. DIA ganti dengan macam-macam.



Tipulah kalau katakan tak lelah dengan menangis menangis menangis. Dah lama tak rasa lembik lemah macam ni. Mungkin, ini cara ALLAH panggil aku pulang pada DIA?
















F cakap :

Your simplest acts of kindness, could have "killed" me, tahu tak?