Wednesday, February 6, 2013

Booth di Festival Kolej, UiTM Machang

Assalamu'alaikum.

Rindu booth!! :)

Serius aku akan belajar banyak sangat daripada booth, sebab booth ni salah satu active DMO (Daily Method of Operation) dalam Herbalife. Maka, semangat tu membara, sebab memang setiap hari aku belajar banyak sangat benda. Pasal ragam orang, keadaan sebenar seorang pelajar, kisah-kisah pelajar yang memang macam-macam ragam. Sangat taff untuk aku handle 3 hari (30/1, 31/1 & 2/2/2013) booth kat UiTM Machang.



Aku cuba apply apa yang aku belajar melalui events dan booth sebelum ni. Hari pertama, takde closing langsung, sebab aku blur, sampai ambil nombor orang pun lupa. Sebab ada yang betul-betul berminat nak ambil program Herbalife, tapi kecuaian aku, bila cek balik kat wellness form, aku memang tak salin nombor.


Hari pertama timbang, dengan bayaran RM2/seorang, aku berjaya dapat lebih daripada mencukupi, sampai boleh bayar sewa tapak booth. Alhamdulillah.



Hari kedua, disebabkan aku tak puas hati dengan performance hari pertama, aku cuba kurangkan bilangan yang nak ditimbang. Aku banyak luangkan masa untuk cuba-cuba pitch. Lagi sekali, takde closing, sebab rasa macam kurang ilmu dan keyakinan. Nombor memang ambil, tapi tindakan lepas tu, Astaghfirullah, zero. Salahkan diri sendiri.



Hari terakhir, jumlah timbang paling sikit sebab aku datang dah lambat, balik pulak awal. Alhamdulillah, ada rezeki, closing dua orang, seorang nak turun berat badan, seorang lagi berat badan dah ideal, tapi peratusan lemak, mak aih, dah lebih range obes.


Alyaa. Jumpa kat Hentian Putra masa nak ke Spectacular 2013, lepas solat Subuh. Sama-sama naik LRT, terpisah hari Jumaat tu. Hari Isnin, malam, sebelum naik bas pulang ke Kota Bharu, jumpa lagi kat Hentian Putra. Dan makin rapat masa kat booth. :) Rindu gila.


Jumlah keseluruhan aku dapat timbang orang, 44 orang kot untuk 3 hari tu, sebab kira-kira RM88 ada dalam simpanan aku. Subhanallah!! Best gila buat booth ni!!


Best tau dapat share pasal kesihatan dan nutrisi kat para pelajar ni. Students UiTM Machang memang sporting gila, beb! Aku suka pandang muka dorang, seorang demi seorang, semua pangkat adik-adik, semuanya muda daripada aku, sambil aku niatkan, alangkah bagusnya aku dapat bantu dorang ubah hidup dorang, dari segi kesihatan dan kewangan. Aamiin.


Kebanyakan pelajar memang TAK AMBIL SARAPAN PAGI, ini fakta. Itu antara sebab kenapa peratusan lemak dalam badan mereka sangat tinggi, disebabkan badan dah masuk mode kecemasan, takde tenaga nak bakar lemak, terbakarlah otot pulak. Makanan pulak, kandungan lemak memang tinggi, badan dipaksa makan berat terus menjelang tengah hari.


Maka, tolong ye, adik-adik, wajib sarapan pagi sebelum ke kelas. Kalau nak akak bantu, cara sarapan yang mudah, cepat dan menyihatkan, boleh call 0133150053.


Bagi flyers, salam-salam, tamat.


p/s: Gambar daripada akaun Instagram aku. Macam biasa, fikah mus je. :)



Sarapan sihat, cepat dan mudah?

Call/SMS/Whatsapp 0133150053

No comments: