Sunday, December 2, 2012

Tahniah, sayang!! #2

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sila jawab! :)


Apdet laju-laju, sebab nak siapkan assignment Chemistry and Biochemistry of Natural Products, lagi satu muka surat je tinggal, tapi dari lepas Isyak tadi, tak gerak-gerak pun. Hehehe. Penangan esok nak kena hantar, hari ni baru nak kalut kan. Hehehe. Sometimes, human works better under stress, provided, it's workload's stress, not from other human beings pressuring them. Itu boleh bikin aku kena panic attack.


Baru lepas ber "Whatsapp" dengan seorang coachee di Kelantan, eh itu tanah air tumpah darahku. Ini kawan sekolah rendah, dia antara yang pertama berminat nak guna produk Herbalife untuk turunkan berat badan. Lepas tanya, lama dia mendiamkan diri, masa tu, aku anggap dia belum bersedia.



Kawan aku sorang ni, tak bersedia untuk namanya dikeluarkan kat blog aku ni, it's okay, NO PROBLEM!, bagi tau yang dia dah turun 1 kilogram!!! Baru minggu lepas dia mengadu berat dia tak turun-turun, siap sedih lagi, nyaris merajuk sebab ingatkan lemak dah mengeras dalam badan.



Alhamdulillah, dengan izin ALLAH S.W.T., tengah mencari idea nak mengarang "Microalgae as new sources of drugs", dia dengan gembiranya kongsikan kegembiraan tu dengan aku. Apa boleh buat!!! *tiru gaya Ibu Damae plis!*



Itu je nak cerita, off dulu, siapkan kerja. Ada banyak entri tertangguh, nak cerita pasal class trip ke MAHA, hari Sabtu lepas. (semalam la)














F cakap :

Welcome home! :)

No comments: