Thursday, November 29, 2012

Kisah seorang pelajar Biotek.

Assalamu'alaikum warahmatullah.

Have you had your shake today?? Perisa apa? :)


Alkisahnya hari ni (yakni semalam), di sebalik bertimbunnnya assignments dan lab reports yang menanti untuk disiapkan, aku masih sempat nak gedik apdet blog. Muahahaha. Hari ni terlebih rajin sikit. Tapi apa yang aku perhatikan, views blog aku akan naik mencanak kalau aku cerita pasal crush (yang mana aku pasti budak-budak KWW akan siasat habisan), pasal petua-petua, terutama petua menghilangkan sakit tekak tu, dua kali aku buat entri, dan dua-dua entri tu memang hot stuffs gila.


Hari ni, kelas bermula jam 10 pagi, di makmal komputer. Subjek : Bioinformatics. Haaa, jangan nak minta aku cerita panjang-panjang apa menda alah Bioinformatics ni, mohon gugel ye. Apa yang kitorang buat hari ni, menggunakan ExPASy tools. Tak faham, takpe, teruskan membaca. Jangan bimbang, yang bakal berdepan dengan exam nanti, aku dan budak-budak KWW. Hehehe

FASTA format untuk Bacillus halodurans

Ni baru 1/4 je aku snip kan.

Tujuan : Cari amino acid sequences untuk gene Bacillus halodurans tu.


Habis kelas awal, gi kafe, beli makanan tengah hari siap-siap. Aku asingkan lauk dengan nasi. Nasi ada la dalam 2 genggam, tiga jenis sayur (sayur campur, terung berlada dan bayam air) dan seketul daging ayam tomyam, sebesar dua tapak tangan Ammar Aiman. Haa, cuba berimaginasi sikit macam mana saiznya tapak tangan budak umur dua tahun. :)


Siapkan assignment sikit, online sana-sini, main game, pakai Herbalife Multivitamin Clarifying Mask, lepas tu tidur.


Malam, siap-siap nak gi kelas Design and Optimisation (DO) pulak. Dapat pulak pengumuman rasmi daripada pensyarah kami, yang beliau menjemput kami sekelas ke majlis perkahwinan beliau di Muar, pada 23 Disember ni. :)


Dan inilah yang terjadi dekat BFF aku. Pelamin Anganku Musnah, mungkin??


Hehehe. Gurau je. Kawan aku sorang ni tengah demam dan selesema, sampai berair-air mata tu. Tu yang dia angkut sekali sekotak tisu ke kelas malam tadi.





Kitorang berdua balik ke bilik, kawan-kawan lain keluar makan, sebab semua pakat tak dinner lagi. BFF aku tu tak lalu dan badan tak sihat, memang sah-sah tak keluar. Aku pulak, kenyang yang amat woh, jadi malas nak menyendatkan perut dan usus terchenta!


Tengah syok-syok makan epal Red Delicious dua biji, sekali rumet offer aiskrim, tapi terpaksa la menolak. Aku baru elok daripada batuk je, lepas tu tengah ngap epal, kot celah mana pulak nak sumbat aiskrim kan. Hehehe. Terima kasih ye, cik rumet.


Tengah menaip entri ni, sambil tu jugak aku merasa biskut ada inti krim coklat. Ini pun rumet merangkap klasmet aku lagi sorang yang bagi. Hehehe.









Itu je la kisahnya. Kot kot ada yang dah bosan aku asyik cerita pasal Herbalife memanjang je (tapi aku memang suka Herbalife, nok wat guano tuh? :)). Haaa, itu la kehidupan biasa-biasa aku, yang insha-ALLAH bakal jadi luar biasa.















F cakap :

ALLAH...

No comments: