Thursday, November 15, 2012

Ke hadapan F

Ni entri untuk diri sendiri.

Dah 1 Muharam hari ni, 1434H. Lagi 1 tahun, bersamaan 1 Muharam 1435H, aku harap kau baca balik entri ni, F.


Aku tahu, kau serabut, down, miserable, takut, and all the negative words you could ever utter. Sabar. Sabar. Sabar. Ikut cakap Kmah, keep on sebut Ya Qayyum, Ya Qowiyyu, Ya Fattaah. Baca. Ulang. Baca. Ulang.


Paling penting, yakin diri. Yakin sepenuhnya kepada ALLAH S.W.T. DIA selalu ada untuk kau sebelum ni, maka DIA akan selalu ada untuk masa ini, dan masa-masa akan datang.


F, kau takkan rasa susah hanya sekarang. In fact, there are more awaiting for you in the future. Datang dalam bentuk lain pula nanti. Tapi, selama mana keyakinan kau terhadap ALLAH tak berubah, selama itulah kau akan rasa segala kesulitan yang hadir ni, cuma satu mainan hidup.


Bahkan, kau boleh panggil itu nikmat.


Nikmat bertuhan, F.



Saat kau tahu, tak siapa akan memahami apa yang kau nak serabutkan di usia 22 ni, ALLAH tahu. ALLAH faham. ALLAH mengerti. Acap kali katakan pada diri, "ALLAH bakal memberiku sesuatu yang baik. ALLAH bakal mengganti setiap titis air mata itu, dengan balasan yang jauh lebih baik."



Dan kau harus terus yakin, F.




Pengorbanan. Dua tahun sahaja lagi kau di bumi Kuantan ni, berbaktilah. Bersabarlah seketika sebelum tiba waktunya untuk pulang ke pangkuan keluarga kau. Curahkanlah dulu bakti kau untuk orang-orang Kuantan. Sebarkan misi mulia kau itu, dengan penuh ikhlas. Semoga ALLAH sahaja yang membalas atas setiap keikhlasan yang kau berikan untuk mereka yang berhak.




Tenang ya, sayang, kerna aku tahu jalan yang kau pilih ini tidak mudah. Percayalah bahawa liku-liku ini bakal jadi selingan kisah kejayaan yang menantimu di masa depan. Segala kesusahan kecil itu sedang menyamar untuk bertukar menjadi suatu kejayaan besar. Teruskan usaha semampumu. Saat mereka mengatakan kau tidak bisa lakukannya, pejamkan mata, tulikan telinga, bisukan mulutmu, dan teruskan sahaja langkahmu ke hadapan.


Dengan izin Tuhan, you would never go astray. You could never go wrong.




Aamiin.








F cakap :

Terus senyum.
Tahun baru dah tiba.

2 comments:

Daffodil said...

P-kah. Moga Allah bagi something better untuk kita di tahun baru ni. Amen ya Allah.

Bila baca psl kene tahan duk kat kuantan tu..awin relate ngan diri win..rasa tak sabar sgt2 nak balik Malaysia for good. Rasa penat dah skg ni. Thank you for the reminder. :)

fikah © said...

Semoga ALLAH pinjamkan kita kekuatan, Awin.
Bukan senang berjauhan, 5 tahun di FARIS, 2 tahun di PJ, dan nak tunggu 4 tahun, tinggal 2 tahun lagi, utk bertahan di Kuantan ni.
Tapi apalah sangat dugaan duduk kat Kuantan, tiba2 tersedar, ramai lagi yg lagi jauh.
Rasa mcm manja sgt pulak.
Serius tak sabar nak habis, nak duduk rumah, nak bantu femili cepat2. :D

Kuat ye, Awin.
ALLAH sayang kita.
ALLAH tahu kita kuat.
Sbb tu DIA uji kita. :)