Monday, November 26, 2012

Dalam kenangan, Merang.

Assalamu'alaikum warahmatullah!

Semoga semuanya sihat-sihat belaka, bergembira di samping keluarga (erk? dan di samping assignments dan lab reports yang tiada tanda-tanda kehabisan), di bawah payungan limpahan rahmat ALLAH S.W.T. Aamiin.


Ya, saya buat kerja gila hujung minggu lepas. Again, thanks beloved M (haruslah dia muntah sebab kitorang berdua memang tak mainla cheesy keju bagai ni, but still, I love you, M!)


Merang? Kat mana tu? Ke Marang? That was the first question I asked my Abah. He answered, "Yes, Merang, not Marang. Kita nak gi Merang tau, nanti cakap kat pakcik bas, berhenti kat Merang."


Haaa sudah, aku ni bukanlah penduduk jati Terengganu. Dalam bas, selalu tidur je, tak kira bas siang ke bas malam. Memang aku sangatlah tak peka dengan nama-nama tempat, jalan, pekan dan daerah semua ni. Terus SMS K-pop spazzing partner aku (oh, lama gila kot tak ambil tahu pasal K-pop woh dengan dia!!), sebab dia memang orang Ganu kan. Aku tanya, jauh ke tak terminal bas KT dengan Merang, dia jawab, dalam 20 minit je. Alhamdulillah, lega.


M tahu betapa serabutnya fikiran aku malam tu. ALLAH...


Pagi tu, memang kalut. Hohoho. Satu hikmah dan peringatan untuk aku, jangan ulangi benda macam pagi tu. Gila-gila!


Aku dihantar ke terminal bas Kuantan oleh cik M, tanya pakcik bas pasal Merang, dia kata dia tak tahu. Last minute decision, I decided to be dropped at the KT bus terminal. Sebab kalau tak, nanti tak tahu makin melencong ke mana kan. Kalau terus sampai Kubang Kerian, nanti memang sah-sah takde orang nak ambil, because my family would be already in Terengganu then.



Nak dipendekkan cerita, sampailah ke terminal KT, makan-makan kejap sebab rupanya dekat 40 minit jugak perjalanan dari Merang ke KT. Abah sampai dengan Mama dan adik-adik, terus ambil tiket balik ke Kuantan Ahad malam, dari KB, dan maka bertolak pulanglah kami ke Merang. Tempat spesifik, Sutra Beach Resort.
Lebih kurang macam ni la bilik kitorang. (cuti.my)
Kolam, semua terjun, kecuali aku dan Opah je. (cuti.my)



Malam tu, kami jalan-jalan makan angin ke bandar Kuala Terengganu lagi. Tengok I-city versi Ganu. Not bad, cuma tak sepadat kat Shah Alam kot. Maaf kualiti gambar biasa-biasa aja, daripada Samsung W yang ada kamera 5MP. :)







Esok paginya pulak, Sabtu, lepas bershake, masih bergedik nak makan bufet sarapan pagi kat situ. Terhad hanya 2 orang satu bilik, maka yang pergi hanyalah aku, Adot, Abah dan Mama. Yang lain, makan roti canai dan nasi lemak yang Abah belikan lepas Subuh tu.


Mulakan dengan buah-buahan dulu supaya sistem pencernaan anda gembira senantiasa.

ALLAH, teringat-ingat omelet ni. Sedap sangat!!

Roti untuk Abah dan Mama.

Grated potato with onion and cheese! Love it, tapi Mama kurang suka. :)

Salad. Parutan lobak merah, jagung dan daun salad. Tambah thousands islands.

Dan minuman wajibku, semestinya, teamix!! Cold teamix tu!!

Dan lepas tu, online kejap kat lobi resort, maka terhasillah satu entri blog, satu status Facebook dan beberapa tweet di Twitter. Sebab kat bilik, memang tak dapat langsung wifi, terus kat lobi, haaa, tercongok aku duduk bawah router terus. Hehehehe.



Lepas tu, balik rumah, goreng keropok lekor. YUMMY!!











F cakap :

I miss home like crazy!

No comments: