Monday, November 12, 2012

Berseri-seri.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Kerja mengapdet blog tanpa sedar banyak lagi exams menanti. Pastu dah taip entri, habis semua aku buat scheduled posts. Hahahaha.


Lebih sebulan lepas, ada orang tegur, aku makin nampak berseri-seri lepas guna Herbalife ni. Mula-mula, macam mengiyakan kenyataan itu, tapi lama-lama, aku terfikir sendiri.


Betul ke??


Herbalife, dengan izin ALLAH Ta'ala, memang banyak bantu aku. Masalah dalaman, memang Alhamdulillah, setel. Resdung pun, Allahuakbar, berkurang lebih 50%. Dapat rasa tahu. Jerawat masih keluar, sebab nak detoks bagai, dah siapa suruh kau tak jaga makan, F oii, maka Aloe tu bantu keluarkan toksik-toksik dari badan ku ini, tetapi melalui muka.


Subhanallah!


Tapi yang aku perasan, makin berseri-seri ni, sebenarnya, disebabkan aku dah jadi positif sikit. Target nak senyum kat semua orang, kenal ke tak, tua ke muda, maka bila kita selalu senyum ni, aura positif datang. Kadang-kadang, kita tak sedar, pabila kita senyum pada semua orang, manalah tahu, orang tu tengah emo, stres, sedih, boleh jadi bahagia.


Hanya disebabkan senyuman kita tu.


Senyum kan satu bentuk sedekah. Kita selalu nampak sedekah ni, kena bentuk material je, duit contohnya. Kalau dah sesak, takde duit, cuba sedekah dengan senyum. Pahala pun dapat. Dahlah tolong bahagiakan orang lain, maka insha-ALLAH, ALLAH akan bahagiakan kita, rezeki lebih murah, tapi dalam bentuk yang kita paling tak sangka-sangka, pada masa yang kita paling tak sangka-sangka.


Baiknya ALLAH. Sayangnya DIA kat kita.



Tipulah kalau aku takde stres, tak marah orang, kutuk orang, tapi aku pun manusia biasa, dalam proses nak baikkan diri jugak yang tak baik-baik ni. Ish ish ish. Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, sekarang, cepat marah pun, cepatlah sejuk. Tengah usaha nak jadi orang yang lambah marah, tapi cepat pulak sejuknya, tolong Aamiin kan.



Makin berseri-seri, pabila pulang daripada Customers' Day Herbalife. Sebab kita dikelilingi oleh orang-orang yang positif, orang-orang biasa dengan sikap luar biasa hebatnya, maka perkara tu senang menjangkiti. Aku pun ikut bahagia sama, tak sempat nak fikir negatif, sebab berada di tengah-tengah kelompok orang yang selalu gembira. Selalu cakap, "NO PROBLEM!". Sampai aku terikut-ikut, sebabnya terlekat daripada upline ku.


Dr Muhaya kata, jadilah orang bahagia yang mampu membahagiakan orang lain.



Insha-ALLAH, jadi WHY aku untuk hidup aku ni. Nak cari redha ALLAH, nak bahagiakan keluarga aku. Aamiin.












F cakap :

Jangan lupa senyum selalu!

No comments: