Thursday, November 29, 2012

Kisah seorang pelajar Biotek.

Assalamu'alaikum warahmatullah.

Have you had your shake today?? Perisa apa? :)


Alkisahnya hari ni (yakni semalam), di sebalik bertimbunnnya assignments dan lab reports yang menanti untuk disiapkan, aku masih sempat nak gedik apdet blog. Muahahaha. Hari ni terlebih rajin sikit. Tapi apa yang aku perhatikan, views blog aku akan naik mencanak kalau aku cerita pasal crush (yang mana aku pasti budak-budak KWW akan siasat habisan), pasal petua-petua, terutama petua menghilangkan sakit tekak tu, dua kali aku buat entri, dan dua-dua entri tu memang hot stuffs gila.


Hari ni, kelas bermula jam 10 pagi, di makmal komputer. Subjek : Bioinformatics. Haaa, jangan nak minta aku cerita panjang-panjang apa menda alah Bioinformatics ni, mohon gugel ye. Apa yang kitorang buat hari ni, menggunakan ExPASy tools. Tak faham, takpe, teruskan membaca. Jangan bimbang, yang bakal berdepan dengan exam nanti, aku dan budak-budak KWW. Hehehe

FASTA format untuk Bacillus halodurans

Ni baru 1/4 je aku snip kan.

Tujuan : Cari amino acid sequences untuk gene Bacillus halodurans tu.


Habis kelas awal, gi kafe, beli makanan tengah hari siap-siap. Aku asingkan lauk dengan nasi. Nasi ada la dalam 2 genggam, tiga jenis sayur (sayur campur, terung berlada dan bayam air) dan seketul daging ayam tomyam, sebesar dua tapak tangan Ammar Aiman. Haa, cuba berimaginasi sikit macam mana saiznya tapak tangan budak umur dua tahun. :)


Siapkan assignment sikit, online sana-sini, main game, pakai Herbalife Multivitamin Clarifying Mask, lepas tu tidur.


Malam, siap-siap nak gi kelas Design and Optimisation (DO) pulak. Dapat pulak pengumuman rasmi daripada pensyarah kami, yang beliau menjemput kami sekelas ke majlis perkahwinan beliau di Muar, pada 23 Disember ni. :)


Dan inilah yang terjadi dekat BFF aku. Pelamin Anganku Musnah, mungkin??


Hehehe. Gurau je. Kawan aku sorang ni tengah demam dan selesema, sampai berair-air mata tu. Tu yang dia angkut sekali sekotak tisu ke kelas malam tadi.





Kitorang berdua balik ke bilik, kawan-kawan lain keluar makan, sebab semua pakat tak dinner lagi. BFF aku tu tak lalu dan badan tak sihat, memang sah-sah tak keluar. Aku pulak, kenyang yang amat woh, jadi malas nak menyendatkan perut dan usus terchenta!


Tengah syok-syok makan epal Red Delicious dua biji, sekali rumet offer aiskrim, tapi terpaksa la menolak. Aku baru elok daripada batuk je, lepas tu tengah ngap epal, kot celah mana pulak nak sumbat aiskrim kan. Hehehe. Terima kasih ye, cik rumet.


Tengah menaip entri ni, sambil tu jugak aku merasa biskut ada inti krim coklat. Ini pun rumet merangkap klasmet aku lagi sorang yang bagi. Hehehe.









Itu je la kisahnya. Kot kot ada yang dah bosan aku asyik cerita pasal Herbalife memanjang je (tapi aku memang suka Herbalife, nok wat guano tuh? :)). Haaa, itu la kehidupan biasa-biasa aku, yang insha-ALLAH bakal jadi luar biasa.















F cakap :

ALLAH...

Monday, November 26, 2012

Dalam kenangan, Merang.

Assalamu'alaikum warahmatullah!

Semoga semuanya sihat-sihat belaka, bergembira di samping keluarga (erk? dan di samping assignments dan lab reports yang tiada tanda-tanda kehabisan), di bawah payungan limpahan rahmat ALLAH S.W.T. Aamiin.


Ya, saya buat kerja gila hujung minggu lepas. Again, thanks beloved M (haruslah dia muntah sebab kitorang berdua memang tak mainla cheesy keju bagai ni, but still, I love you, M!)


Merang? Kat mana tu? Ke Marang? That was the first question I asked my Abah. He answered, "Yes, Merang, not Marang. Kita nak gi Merang tau, nanti cakap kat pakcik bas, berhenti kat Merang."


Haaa sudah, aku ni bukanlah penduduk jati Terengganu. Dalam bas, selalu tidur je, tak kira bas siang ke bas malam. Memang aku sangatlah tak peka dengan nama-nama tempat, jalan, pekan dan daerah semua ni. Terus SMS K-pop spazzing partner aku (oh, lama gila kot tak ambil tahu pasal K-pop woh dengan dia!!), sebab dia memang orang Ganu kan. Aku tanya, jauh ke tak terminal bas KT dengan Merang, dia jawab, dalam 20 minit je. Alhamdulillah, lega.


M tahu betapa serabutnya fikiran aku malam tu. ALLAH...


Pagi tu, memang kalut. Hohoho. Satu hikmah dan peringatan untuk aku, jangan ulangi benda macam pagi tu. Gila-gila!


Aku dihantar ke terminal bas Kuantan oleh cik M, tanya pakcik bas pasal Merang, dia kata dia tak tahu. Last minute decision, I decided to be dropped at the KT bus terminal. Sebab kalau tak, nanti tak tahu makin melencong ke mana kan. Kalau terus sampai Kubang Kerian, nanti memang sah-sah takde orang nak ambil, because my family would be already in Terengganu then.



Nak dipendekkan cerita, sampailah ke terminal KT, makan-makan kejap sebab rupanya dekat 40 minit jugak perjalanan dari Merang ke KT. Abah sampai dengan Mama dan adik-adik, terus ambil tiket balik ke Kuantan Ahad malam, dari KB, dan maka bertolak pulanglah kami ke Merang. Tempat spesifik, Sutra Beach Resort.
Lebih kurang macam ni la bilik kitorang. (cuti.my)
Kolam, semua terjun, kecuali aku dan Opah je. (cuti.my)



Malam tu, kami jalan-jalan makan angin ke bandar Kuala Terengganu lagi. Tengok I-city versi Ganu. Not bad, cuma tak sepadat kat Shah Alam kot. Maaf kualiti gambar biasa-biasa aja, daripada Samsung W yang ada kamera 5MP. :)







Esok paginya pulak, Sabtu, lepas bershake, masih bergedik nak makan bufet sarapan pagi kat situ. Terhad hanya 2 orang satu bilik, maka yang pergi hanyalah aku, Adot, Abah dan Mama. Yang lain, makan roti canai dan nasi lemak yang Abah belikan lepas Subuh tu.


Mulakan dengan buah-buahan dulu supaya sistem pencernaan anda gembira senantiasa.

ALLAH, teringat-ingat omelet ni. Sedap sangat!!

Roti untuk Abah dan Mama.

Grated potato with onion and cheese! Love it, tapi Mama kurang suka. :)

Salad. Parutan lobak merah, jagung dan daun salad. Tambah thousands islands.

Dan minuman wajibku, semestinya, teamix!! Cold teamix tu!!

Dan lepas tu, online kejap kat lobi resort, maka terhasillah satu entri blog, satu status Facebook dan beberapa tweet di Twitter. Sebab kat bilik, memang tak dapat langsung wifi, terus kat lobi, haaa, tercongok aku duduk bawah router terus. Hehehehe.



Lepas tu, balik rumah, goreng keropok lekor. YUMMY!!











F cakap :

I miss home like crazy!

Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wednesday #12 : It is YOU.


Friday, November 16, 2012

Sihat sebelum sakit.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Ingat lima perkara sebelum lima perkara :

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati


*tak sangka boleh dok humming lagu nasyid Raihan sambil taip atas tu*


Dalam dua minggu lepas, F ada dengar perkongsian Dr Muhaya kat radio IKIM FM, Celik Mata Reset Minda : Orang Kurang Upaya. Dr Muhaya ada berkongsi cerita berkenaan seorang pesakit diabetes, ada masalah merebak sampai ke mata. Kiranya, Dr Muhaya nak jalankan lasik ke atas pesakit tu la.


Sebab dah tengok kronik sangat, Dr Muhaya nasihatkan pesakit dia untuk tukarkan gaya pemakanan terus. Dah lebih 30 tahun, takkan asyik nak makan yang manis-manis lagi, nak makin teruk ke kan?







Dr Muhaya nasihatkan, tolong jaga pemakanan. Pilih untuk makan sihat, bukan makan sedap. Nak tahu gaya pemakanan seseorang tu macam mana? Cuba intai dia masa makan tengah hari, masa dia tengah pilih nasi campur, bertimbun-timbun tak. Kalau ya, haaa, itu dia sedang merancang utk pilih nak masuk mana-mana CCU [Coronary Care Unit] dalam jangka 20 tahun lagi. Tempat orang-orang yang ada masalah sakit jantung la tu.



Kredit : griyatabib1001







Pilih sihat sebelum sakit.
Call/SMS/Whatsapp 0133150053



Thursday, November 15, 2012

Ke hadapan F

Ni entri untuk diri sendiri.

Dah 1 Muharam hari ni, 1434H. Lagi 1 tahun, bersamaan 1 Muharam 1435H, aku harap kau baca balik entri ni, F.


Aku tahu, kau serabut, down, miserable, takut, and all the negative words you could ever utter. Sabar. Sabar. Sabar. Ikut cakap Kmah, keep on sebut Ya Qayyum, Ya Qowiyyu, Ya Fattaah. Baca. Ulang. Baca. Ulang.


Paling penting, yakin diri. Yakin sepenuhnya kepada ALLAH S.W.T. DIA selalu ada untuk kau sebelum ni, maka DIA akan selalu ada untuk masa ini, dan masa-masa akan datang.


F, kau takkan rasa susah hanya sekarang. In fact, there are more awaiting for you in the future. Datang dalam bentuk lain pula nanti. Tapi, selama mana keyakinan kau terhadap ALLAH tak berubah, selama itulah kau akan rasa segala kesulitan yang hadir ni, cuma satu mainan hidup.


Bahkan, kau boleh panggil itu nikmat.


Nikmat bertuhan, F.



Saat kau tahu, tak siapa akan memahami apa yang kau nak serabutkan di usia 22 ni, ALLAH tahu. ALLAH faham. ALLAH mengerti. Acap kali katakan pada diri, "ALLAH bakal memberiku sesuatu yang baik. ALLAH bakal mengganti setiap titis air mata itu, dengan balasan yang jauh lebih baik."



Dan kau harus terus yakin, F.




Pengorbanan. Dua tahun sahaja lagi kau di bumi Kuantan ni, berbaktilah. Bersabarlah seketika sebelum tiba waktunya untuk pulang ke pangkuan keluarga kau. Curahkanlah dulu bakti kau untuk orang-orang Kuantan. Sebarkan misi mulia kau itu, dengan penuh ikhlas. Semoga ALLAH sahaja yang membalas atas setiap keikhlasan yang kau berikan untuk mereka yang berhak.




Tenang ya, sayang, kerna aku tahu jalan yang kau pilih ini tidak mudah. Percayalah bahawa liku-liku ini bakal jadi selingan kisah kejayaan yang menantimu di masa depan. Segala kesusahan kecil itu sedang menyamar untuk bertukar menjadi suatu kejayaan besar. Teruskan usaha semampumu. Saat mereka mengatakan kau tidak bisa lakukannya, pejamkan mata, tulikan telinga, bisukan mulutmu, dan teruskan sahaja langkahmu ke hadapan.


Dengan izin Tuhan, you would never go astray. You could never go wrong.




Aamiin.








F cakap :

Terus senyum.
Tahun baru dah tiba.

Wednesday, November 14, 2012

Wordless Wednesday #11 : Feeling down?


Monday, November 12, 2012

Berseri-seri.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Kerja mengapdet blog tanpa sedar banyak lagi exams menanti. Pastu dah taip entri, habis semua aku buat scheduled posts. Hahahaha.


Lebih sebulan lepas, ada orang tegur, aku makin nampak berseri-seri lepas guna Herbalife ni. Mula-mula, macam mengiyakan kenyataan itu, tapi lama-lama, aku terfikir sendiri.


Betul ke??


Herbalife, dengan izin ALLAH Ta'ala, memang banyak bantu aku. Masalah dalaman, memang Alhamdulillah, setel. Resdung pun, Allahuakbar, berkurang lebih 50%. Dapat rasa tahu. Jerawat masih keluar, sebab nak detoks bagai, dah siapa suruh kau tak jaga makan, F oii, maka Aloe tu bantu keluarkan toksik-toksik dari badan ku ini, tetapi melalui muka.


Subhanallah!


Tapi yang aku perasan, makin berseri-seri ni, sebenarnya, disebabkan aku dah jadi positif sikit. Target nak senyum kat semua orang, kenal ke tak, tua ke muda, maka bila kita selalu senyum ni, aura positif datang. Kadang-kadang, kita tak sedar, pabila kita senyum pada semua orang, manalah tahu, orang tu tengah emo, stres, sedih, boleh jadi bahagia.


Hanya disebabkan senyuman kita tu.


Senyum kan satu bentuk sedekah. Kita selalu nampak sedekah ni, kena bentuk material je, duit contohnya. Kalau dah sesak, takde duit, cuba sedekah dengan senyum. Pahala pun dapat. Dahlah tolong bahagiakan orang lain, maka insha-ALLAH, ALLAH akan bahagiakan kita, rezeki lebih murah, tapi dalam bentuk yang kita paling tak sangka-sangka, pada masa yang kita paling tak sangka-sangka.


Baiknya ALLAH. Sayangnya DIA kat kita.



Tipulah kalau aku takde stres, tak marah orang, kutuk orang, tapi aku pun manusia biasa, dalam proses nak baikkan diri jugak yang tak baik-baik ni. Ish ish ish. Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, sekarang, cepat marah pun, cepatlah sejuk. Tengah usaha nak jadi orang yang lambah marah, tapi cepat pulak sejuknya, tolong Aamiin kan.



Makin berseri-seri, pabila pulang daripada Customers' Day Herbalife. Sebab kita dikelilingi oleh orang-orang yang positif, orang-orang biasa dengan sikap luar biasa hebatnya, maka perkara tu senang menjangkiti. Aku pun ikut bahagia sama, tak sempat nak fikir negatif, sebab berada di tengah-tengah kelompok orang yang selalu gembira. Selalu cakap, "NO PROBLEM!". Sampai aku terikut-ikut, sebabnya terlekat daripada upline ku.


Dr Muhaya kata, jadilah orang bahagia yang mampu membahagiakan orang lain.



Insha-ALLAH, jadi WHY aku untuk hidup aku ni. Nak cari redha ALLAH, nak bahagiakan keluarga aku. Aamiin.












F cakap :

Jangan lupa senyum selalu!

Saturday, November 10, 2012

Mencari pendapatan sampingan?

Assalamu'alaikum warahmatullah!

Mood bahagia lalalala, sebab naik semangat, alhamdulillah!! Entri ni sebenarnya ditaip pada 31 Oktober, suatu pagi, jam 2.00 pagi sebenarnya, badan cergas otak cerdas, pekena aloe + teamix + N-R-G tadi, terus laju buat macam-macam. Dah alang-alang wifi UIA baik hati, laju gilos, ye la orang lain semua dah tidur, ko ni pekehal tak tidur-tidur lagi hah??


Oh, F, just cut the crap and move on to your points. Orang semua tengah tak sabar-sabar nak tahu macam mana boleh jana pendapatan sampingan, oh cepat-cepatlah bagi tau weh!!



Oh macam mana ye?? Tak banyak boleh diceritakan kat sini, sebab anda kena pergi sendiri dengar dan lihat perkongsian dua pemuda yang errrr, tak pastilah single lagi ke tak. Baru berusia dalam lingkungan 20-an, tapi tiap-tiap bulan duit masyuk, RM 10, 000 ke atas!! Subhanallah!! Macam mana dorang buat tu??


Haaa, silalah rujuk poster di bawah untuk keterangan lanjut.

Khas buat orang-orang di Utara Malaysia, Kedah, Perlis, Pulau Pinang. Orang Perak dan dari negeri-negeri lain nak pergi pun boleh, untuk belajar, tapi pengangkutan sila tanggung sendiri ye. :)


Kalau berminat, sila bagi tau F cepat-cepat sebab nanti boleh tempahkan tiket EARLY BIRD!! RM 15 sahaja, tapi kalau terlambat, oh jangan risau, masih boleh beli tiket pada hari kejadian, tapi dah jadi ANGRY BIRD ye sayang, RM 25.



Tak rugi dengar sebab anda akan diajar pelan pemasaran yang cukup mudah dan boleh diaplikasikan. Boleh tanya F apa-apa je yang anda nak tahu, F cuba jawab. Tapi insha-ALLAH, dah pergi perkongsian tu, boleh dapat lagi luas pengetahuan tau. Lagi lengkap la, andai F tertinggal apa-apa maklumat.



Makanya, call/SMS/Whatsapp 0133150053 ye!















F cakap :

Mid-sem exams belum habis lagi tau!!

Wednesday, November 7, 2012

Wordless Wednesday #10 : Trial-and-error


Monday, November 5, 2012

Mahu makan tengah hari bersama F?






Itu je gambar yang sempat snap. Yang lain-lain, dah ngap dulu, baru teringat nak ambil gambar.





This is my everyday's lunch. Boleh tanya kawan-kawan terdekat, memang ni cara F makan tengah hari, hampir setiap hari.

1. Isikan separuh daripada bekas makanan dengan sayur-sayuran, lagi banyak jenis, lagi bagus.


2. Isikan 1/4 daripada bekas makanan dengan sumber protein, sebab F peminat tegar tempe, F isi tempe dulu sebelum berkira-kira nak ambil lauk [protein] yang lain ke tak.


3. Ada hari tak nak makan tempe je,
F akan tambah lauk [protein] macam ikan, ayam, telur, ambil yang saiz kecil2 sudah. [oh jangan bimbang, saya tak makan kulit ayam tu, dah campak tepi siap2 sebelum makan tu].

4. Baru isi nasi lagi 1/4 baki bekas makanan tu. F bukan tak suka nasi, tapi kadang-kadang dah kenyang dgn sayur-sayur dan lauk-pauk, nanti nasi tak habis, membazir pulak kan. ;)

5. Jangan lupa minum segelas air kosong sebelum makan untuk memudahkan pencernaan anda. Kalau ada buah-buahan, makan buah jugak sebelum makan ye. :D

6. Elakkan minuman manis lagi berais!! Cuba elakkan, memang akan terasa perbezaan, badan rasa lebih ringan, kurang semput, stamina lagi naik.


Maintain your weight, ASK ME HOW!
Call/SMS/Whatsapp 0133150053

p/s: Pagi, biasanya F minum shake Herbalife yang sedap tu. Malam, sama ada shake atau normal meal jugak. :D Sbb nak kekalkan berat badan, tapi nak turunkan % lemak badan.
F cakap :
Berderet-deret scheduled posts, menanti untuk published.