Thursday, October 11, 2012

Rasa.

Kau tahu, bila kau rasa sesuatu yang tak boleh kau jelaskan dengan kata-kata?

Kau tahu, bila kau hanya pandang dari jauh, bila pandangan terbalas, kau hanya mampu tunduk?

Kau tahu, kau rasa kau dah temukan kimia yang sama dengan dia, tapi kau tahu penyatuan itu mustahil?

Kau tahu, bila apa yang kau rasa, kau tak mampu luahkan pada sesiapa?

Kau tahu, bila dah jarang sekali berjumpa, sekali dalam bulan biru, kau rasa teruja, tapi tak boleh ekspresikan?

Kau tahu, muka kau orang anggap muka orang tak berperasaan, mungkin dia anggap kau hati beku?

Dan siapa tahu, dan mungkin kau sudah pun tahu, mungkin hatinya dah dimiliki??



Simpan rasa itu hanya untuk diri kau sendiri. Dia tak perlu tahu, tak siapa pun perlu tahu. Pengalaman lepas seharusnya mengajar kau untuk letakkan dinding di hati sendiri. Nanti terluka, berparut entah bila kan baik. Semoga itu jadi hari terakhir kau tentangkan mata dengan dia.


Pandangan redup dia.



Ah, nyaris saja aku jadi gila. Kata kawan aku, aku ada kecenderungan untuk jadikan muka aku serba kemerahan, bercakap benda-benda mengarut dan random, dan paling penting, aku selalu mundar-mandir.



Tapi, malam itu, aku selamat. Heee. Tak terkesan siapa yang aku renungkan dari jauh, selagi lidah aku terkunci, mulut terkatup rapi.


Hahahaha.



Kali ni, biar jadi rahsia yang benar-benar rahsia. Tak mampu nak ceritakan lagi apa yang aku rasa sekarang.



Indah? Memang indah. Bahagia yang sementara, tapi aku sedar letak duduk diri aku, maka jarak tetap ada.














F cakap :

Sebab awak takkan pernah baca blog ni.

No comments: