Monday, August 27, 2012

Sinis.

Gelak dekat diri sendiri. Perasan kuat, kawan tanya, okey tak? Selamba balas okey, tapi siapa sangka withdrawal effects  datang sehari kemudian kan?

Tapi, serius memang okey depan-depan. Dah tak jumpa enam empat mata, barulah seksa. Sakit itulah, sakit inilah.

Terima kasih atas kejutan di Syawal itu. Siapa sangka kan? Nasiblah, hari tu ditakdirkan di bawah satu bumbung, dengan aku yang selebet, selekeh dan sememeh. Dah petang, mana nak harap aku menten pakai pashmina, lepas lengan baju kurung dah basah, boleh diperah lepas cuci itu cui ini. Tu tak masuk bab comot tak habis-habis sebab makan sate tak henti-henti kan.

Haa, lain kali kalau kawan tanya, okey ke tak, cakap kat dia, tunggu sehari dua lagi. Maka, jadilah saksi konon-konon penderitaan jiwa dan raga.

Nak buat kerja gila, beringat ye sikit, F. Tapi sebenarnya, aku tak ada niat langsung buat kerja gila tu. Tak ada main seru-seru nama orang pun. Walau jauh di lubuk hati, ada juga pengharapan yang kecil itu. Sebab sedar dirilah, tak seru.

Maaf, sebarang ajakan ke rumah terbuka terpaksa difikir-fikir dulu. Dah kembali ke diet yang asal, masa untuk stabilkan diri sendiri dengan puasa ganti dan puasa enam, dengan tambahan nutrisi sihat Herbalife. Biiznillah. Lillahi ta'ala. ALLAH tahu apa dalam setiap ceruk hati kecil aku. Walaupun aku tak ucapkan. Sayang ALLAH.











F cakap :

Dah okey dah, insya-ALLAH.
Masa untuk kuat balik!

2 comments:

WizardNox159 said...

Cara Afi cakap macam bersajak. hahaha. Selamat hari raya! Maaf zahir batin. :)

fikah mus said...

@WizardNox159
Hehehehe.
Boleh perasan I ni puitis jap.
Hehehehe