Sunday, August 26, 2012

Raya oh raya!!

Alhamdulillah, Raya ni ALLAH pinjamkan masa untuk diluangkan dengan ramai orang. Best sangat!! Memang rasa terharu. Walaupun tak dapat jumpa saudara-mara [tak ikut yang lain-lain balik kampung sebab tunggu rumah dengan Opah], tapi jumpa kawan-kawan yang jarang balik Malaysia, yang stadi kat luar Kelantan, memang syok!!


Tema keluarga tahun ni, turqoise. Biru firus. Walaupun nampak lebih ke hijau. Hehehe. Dorang yang pilih, F ikut je. Raya tahun ni, F pilih jubah je. Kenapa je? Sebab sudah pastinya boleh bawak balik Kuantan untuk pakai gi kelas masa malas-malas nak fikir nak pakai baju kurung apa, masa malas nak iron, bila rasa rushing takut terlambat gi kelas.


Hari raya keempat, buat makan-makan mee kari untuk kawan-kawan, terutamanya Iwan lah. Kata 10 orang je kawan yang datang, haaa sekali lebih satu kelas kot. Alhamdulillah, makanan cukup sate pun ada lebih-lebih sikit, tapi dihabiskan oleh F la. Hehehe. Sate sedap woh!!


Gambar kawan-kawan semua, banyak kat cik Ah sayang. Nantila, kalau dia dah selamat sampai ke kolej dia, baru mintak emelkan.

Dan semalam, tak cerita pun pergi HOM dan STS Herbalife kat Crown Garden Hotel, Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu. Lepas tu, ada makan-makan sikit, jamuan raya Herbalife. Masa kat sana, sempat lepak dengan junior-junior Farisian, batch 2006-2010, ramai betul geng depa guna Herbalife jugak. Thanks, Matun for the pics!!
Halimatun - Farah - Omar - Syafiqah - Afiqah



Tu Bob ye kat tengah2 tu. The Biggest Lose dlm Herbalife kat Malaysia ni. 62 kg dlm 11 bulan.



*****

Oh duit raya?? Tak banyak pun. Serius. Mungkin sebab tak gi jenguk saudara-mara kat Ayer Lanas, Ipoh Perak, maka tak sebanyak orang lain. Hello, ada kawan dapat RM600 tahu!! Haaaa, boleh shopping sakan kat Big Bad Wolf tu nanti. Huhuhuhu. *jeles*



Menu raya, Mama's signature dish, soto ayam. Ada jugak ketupat, rendang ayam, lemang, nasi impit dan kuah kacang. Biskut-biskut raya semua dibeli atau hadiah daripada kawan-kawan Mama Abah. Masa hari raya keempat tu pulak, selain mee kari Mama dan sate Baung awwwh sedap gila tu ada salad buah, puding tembikai susu. F tak buat trifle tahun ni, hehehe malas bercampur banyak stok takde. Haaa alasan alasan!!


*****

Itu je la cerita raya F bersama keluarga, kawan-kawan dan Herbalife. Iyelah manalah tahu kan, orang dah muak baca entri Herbalife je kan. Tapi, dah F tengah suka bercerita pasal Herbalife, niat nak berkongsi tu, takut disalahfahamkan pulak. Huuhuuhuu.




Ada yang rasa semput-semput dah makan macam-macam musim raya ni?

Ada yang mula rasa pertambahan berat badan, elok-elok lepas puasa slim je, dah raya makin bertambah kilo?

Ada yang tak tahan toksin-toksin dalam badan taknak keluar dari badan tu, sembelit ke??

Boleh hubungi AFIQAH 013-3150053.

Saya akan kongsikan cara saya kawal berat badan saya, tanpa mengabaikan keseronokan menjamu selera di hari raya.
















F cakap :

Puasa 6 jom!!
Autolisis badan kejap.

No comments: