Monday, August 13, 2012

Pengajaran.

Assalamu'alaikum warahmatullah. Salam Ramadhan, alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-24 kita menunaikan ibadah puasa. Apa khabar iman masing-masing?? :)


Nak dijadikan cerita, awal Ramadhan hari tu, sebaik je Anwar Hadi upload vlog terbaru dia kat YouTube, F cepat-cepat tengok. Tajuk simple, "Bulan Cerminan".




Terus masa tu, terbuka hati dengan izin ALLAH, untuk buat refleksi diri. Apa yg kurang, mana yang perlu ditambah. Iyelah, bulan Ramadhan ni, insya-ALLAH sangat sesuai untuk dijadikan batu loncatan untuk kita istiqamah melakukan perkara-perkara baik, tak gitu?


1. Jangan cepat sangat nak berprasangka buruk kat orang lain.

ALLAH bayar cash. Sebab waktu bersangka kurang baik kat orang-orang tertentu, terus orang tu muncul "depan mata" [di alam maya je la]. Nak tunjukkan bahawa mereka ada kebaikan yang tersembunyi daripada pandangan mata F.



2. Rejection is normal. Being ignored is also normal.

Sejak mempromosi Herbalife kat Facebook, ramai je yang PM [private message]. Tapi, kebanyakan sekerat jalan. Tanya suka-suka, tanya sebab nak tahu. Alhamdulillah, F bersyukur. Sebab daripada tak de orang langsung tanya 3 minggu yang lepas, sekurangnya, jumlah PM tu dapat melegakan hati dan perasaan.



3. Pesta makan.

Boleh je lagi nak makan-makan sakan, walaupun dalam program Herbalife. Tapi, cuba belajar berdisiplin untuk 2-3 minggu pertama tu. Insya-ALLAH, benda yang kita buat 21 hari berturut-turut, bakal jadi habit, tabiat.

F pun, masuk hujung minggu kedua puasa, waktu iftar, dah tukar kepada makan nasi dan lauk-pauk, daripada minum shake je. Jarang-jarang sekali makan nasi bertambah macam bulan puasa tahun-tahun sebelumnya. Tapi, Herbal Aloe Concentrate dan Teamix tak tinggal ah.



4. Eating out vs Herbalife.

I was one of those people that thought Herbalife was not meant for me, too expensive, got no money and all the excuses I could offer to you. Tapi, sekarang, dah dapat hasil, rasa berbaloi.

Sedih juga bila kenangkan balik zaman, makan kat luar seperti Kenny Rogers, Secret Recipe, KFC, McDonalds' dan lain-lain, boleh je tak berkira pun dengan duit. Tapi untuk makanan sihat Herbalife..hurm...fikir-fikirkan sendiri.



5. Kenapa tolong emak itu best?

Sunnah. Dapat pahala, lebih-lebih lagi bulan Ramadhan yang penuh barakah ni. Bonding time. Quality time spent together. Luahan hati dan perasaan.

Before Herbalife, true story. Lepas Subuh, memang tidur. Tolong Mama?? Takde langsung, tambah-tambah pulak Mama bukan jenis paksa anak turun dapur. Kalau ada Angah, dia memang rajin. Dia lah yang akan tolong Mama. Malu jap F sebagai kakak sulung yang tak menyumbang satu apa pun. Balasan?? Badan naik bagai dipam-pam. Tak produktif langsung hidupku suatu ketika itu.

Alhamdulillah, Teamix Herbalife bagi tenaga tak tidur. Daripaa tolong isi 'cups' kecil untuk cornflakes bermadu, tolong kupas bawang putih 10 labu sampai jari cramped, suruh Mama tarik-tarik sikit, sehinggalah kerja-kerja asas kat dapur.



6. Say YES to NO!

Sebenarnya ambil daripada slogan NW Formula, NO merujuk kepada nitric oxide. Ni nak aplikasikan dalam hidup sendiri. Tak pe kalau mula-mula, awal-awal, orang cakap tak nak, tidak, orang menolak, fikir positif, mungkin tak bersedia. ALLAH dah tetapkan belum sampai masanya. Jangan bimbang, ada ramai lagi orang yang memerlukan bantuan.



7. ALLAH Maha Mendengar.

Penyesalan yang tak sudah, pabila mengadu masalah pada manusia, sedangkan, yang akan selesaikan segala masalah kita tu hanyalah Sang Pencipta. ALLAH.... banyak sangat nikmat yang DIA bagi.















F cakap :

Kena kerja kuat, usaha tanpa henti.
Tingkatkan produktiviti.

No comments: