Saturday, August 11, 2012

Impian.

Saya banyak impian. Nak itulah, nak inilah. Tapi, kebanyakan impian saya takde la "grand" macam orang lain pun. Biasa-biasa saja. Saya mudah terinspirasi dengan orang lain, tapi takdelah impian betul-betul sama.


1. Saya teringin surat Dean's List sampai ke rumah, sekurangnya sekali sebelum saya bergraduasi. Nak tengok Mama Abah saya senyum sampai telinga lagi. Kadang-kadang, dapat A- untuk satu dua subjek saja pun, dah buat dorang terharu. Saya nak buat dorang lagi haru-biru. :)


2. Saya gembira dengan rumah yang saya duduki sekarang. Sebab tu imaginasi saya selalu berkisarkan hiasan dalaman bilik, daripada sebuah rumah. Sekurangnya, saya nak besarkan rumah ni, mungkin sumbang sedikit bantuan untuk Mama Abah saya.


3. Kereta idaman? Saya takda lesen. Adakah itu antara salah satu sebab saya tak terasa nak ada kereta idaman? :)


4. Jadi jutawan sebelum umur mencecah 30 tahun. Tapi kena kerja kuat, kena usaha tanpa henti, kena tingkatkan produktiviti, baru tak mustahil impian tu kan.


5. Hantar Mama Abah ke Makkah, untuk tunaikan haji. Saya harap saya sempat, sebab target dalam lagi 2 tahun. Tak tahu dengan Tabung Haji ke tak, sebab nanti, bila dah daftar, lama pulak Mama Abah saya nak kena tunggu. Kita tengok macam mana nanti.


6. Haaa, ni saya cakap dengan kawan saya. Saya nak ada muka licin [hehehe], sebab nanti bila kahwin, tak perlu mekap tebal sangat macam tepung gomak sebab nak 'cover' sebarang cela, parut, jeragat, jerawat dan pori yang besar.


7. Baiklah, saya kena ambil lesen jugak. Senang nak gerak ke mana-mana. Melainkan saya jumpa orang yang sesuai untuk 'drive' kan saya ke mana-mana. ;P


8. Nak skor markah sebanyak mungkin dengan baki 2 tahun pengajian, 4 semester panjang dan 1 semester pendek khas untuk praktikal.


9. Saya teringin nak luaskan 'network' dan 'circle of friends', perlu kenal dengan lebih ramai orang, belajar daripada mereka ibarat dalam minda saya ni kosong, dan tingkatkan skil komunikasi. Sebab boleh pulak cuak bila jiran tanya air apa yang saya minum, tapi saya cuma jawab "Teh nak hilangkan mengantuk', instead of "Ni Teamix daripada Herbalife."


10. Nak buktikan pada diri sendiri, saya boleh buat jika saya set minda saya. Saya tak nak buktikan kepada orang lain, sebab bila terlalu bergantung kepada penghargaan manusia, nanti saya bakal ada sifat riak. Itu yang saya paling takut. Na'udzubillahi min dzalik. Cukuplah ALLAH je tahu dan hargai saya. :)










F cakap :

Doakan saya berjaya.
Amiin.

No comments: