Tuesday, August 28, 2012

Duit oh duit.

Pabila difikir-fikirkan balik masa dua tahun aku belajar ni, dengan duit PTPTN, aku rasa nak marah dengan diri sendiri. Cara berbelanja tu kawan. Kalau ikutkan, aku takde pun guna duit tu berjoli sakan, melainkan masa tahun pertama je kot, adalah melayan panggung wayang sekali-sekala. Tahun kedua, aku banyak berbelanja untuk gerak sana-sini, tambah pulak masa tu pergi Big Bad Wolf, borong buku macam tak ingat dunia, makan dan makan dan makan.


Kawan-kawan tahu aku suka makan. Sebab tu pabila masuk semester kedua, tahun dua, aku dah mula konon-konon berjinak-jinak dengan gaya hidup sihat - makan terkawal, joging 3-4 kali seminggu, pastu masa aku diajak keluar makan waktu hujung minggu, pabila aku cakap aku nak makan salad dengan ayam atau ikan salmon je, dorang bengang. Like, hello, hey who are you where the heck did you hide my friend F, huh??


Dan berakhir dengan aku angkat bendera putih, makan terpesanlah chicken teriyaki di Black Canyon, East Coast Mall. Tempat duduk tepi tingkap, menghadap ke luar tu, jadi saksi aku melantak isi ayam panggang yang sedap tu dengan kulit-kulitnya sekali. =_="


Mama dan Abah jenis yang tak berkira bab duit, tambah-tambah pulak kalau melibatkan hal makan ni. Jadi, dorang memang sedia maklum betapa duit aku mengalir macam air sebab pergi makan sana sini.


Tanjung Lumpur dan ikan bakar yang ummpphh terbaik dan harus pesan sotong celup tepung setiap kali pergi.

Baskin Robbins yang aku wajib pilih perisa yang sama setiap kali pergi hari Rabu sebab nak dua scoops dengan harga satu scoop. Pralines' and Cream buat aku mengidam ni.

Crispy Popiah yang aku jumpa di East Coast Mall. Berjaya menghasut kawan-kawan aku yang lain untuk turut menikmati enaknya popiah basah yang pedas-pedas gitu, lengkap dengan kriuk kriuk asli. Errr?

KFC jarang-jarang sebab aku tetapkan hanya boleh makan satu kali fast food untuk setiap bulan.

Yang mana gagal untuk diaplikasikan dalam kenikmatan memesan hidangan McDonalds', terutamanya masa semester kedua tahun dua tu, sebab selalu lepak kat McD Teluk Chempedak, untuk stadi peperiksaan pertengahan semester. Dari pagi pulak tu.

Aku bermimpi-mimpikan nasi goreng tomyam kat Noodle Station. Tak pesan menu lain dah sebab suka sangat makan nasi goreng tu je.

Kat Secret Recipe, aku jatuh cinta dengan Creme Brulee cheesecake. Biarpun aku tak pernah miss makan Chocolate Indulgence sebelum ni. Tu tak masuk makanan savoury kat situ lagi.

Nasi lemak kat Ma Tomyam yang aku tak pilih pakai makan dengan sudu garpu. Tanpa kisahkan persekitaran, aku basuh tangan di sinki dan terus menjamu selera. Berlaukkan ayam goreng sedap tu.



Setakat ni, yang tu je lah yang aku ingat tempat makan-makan kitorang. Ada lagi aku apdet. Eh, aku nak cerita pasal duit kan. Tapi itula nak kisahkan duit aku mengalir ke mana masa belajar tu. Ada lagi dua tahun ni.


Aku dok fikir-fikir nak kumpul duit nak ke event Herbalife yang aku yakin dengan ALLAH, berjaya ubah hidup aku nanti, sepertimana ia telah mengubah hidup orang lain. Zero 2 Hero di Gambang. Masa tu hujung minggu, aku nak pergi, aku nak pergi, aku nak pergi!! ALLAH, tunjukkanlah jalan terbaik untukku.


Aku tak menyesal aku gi makan-makan tu, bukan aku buat kerja jahat pun. Cuma jadi satu pengajaran buat aku, simpanlah sikit, manalah tahu dah terdesak ke, kecemasan ke, simpanan tu ada je kan.


No regrets, just lessons you've learnt in life.


Regret atau penyesalan ni, bahan mainan setan tahu. Hati-hatilah, dalam menyesal itu dan ini, tak sedar-sedar dah salahkan takdir, salahkan Tuhan. Na'udzubillah, ini pesanan untuk aku jugak. Hidup ni, satu pengajaran, dunia ni, alam ni, tempat kita belajar. Belajar, belajar dan belajar.


Tapi pasal duit jugak, aku insya-ALLAH, tak berkira, melainkan masuk hujung-hujung semester, dah sengkek. Tu pun ada kawan-kawan baik hati pinjamkan. Kadang-kadang, Abah bank-in kan.


Aku tahu, aku akan buat banyak pengorbanan bab duit nanti. Sebab ALLAH bagi aku peluang untuk aku nampak apa yang aku nak untuk masa depan aku. Insya-ALLAH, cuma aku nak yang baca ni, doakan aku ditetapkan pendirian oleh ALLAH, untuk aku stay humble. Jangan poyo berlagak sangat. Tolong orang ramai-ramai, jangan bermotifkan duit semata-mata.





Sedang mencari mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas, nak cari pendapatan sampingan RM500- RM2500. 1-2 jam sehari. Serius nak ubah masa depan, independent, tak pandai tak apa, boleh diajar, tapi aku hanya mampu berkongsi apa yang aku tahu.

Boleh call/SMS 013-3150053. 

Tapi dah SMS tu, tolonglah respons bila aku tanya siapa ni, nak apa. Jangan dok buat diam gitu. 












F cakap :

Masa untuk beringat.

No comments: