Friday, July 13, 2012

Air.


Abah;
Masak air dalam cerek elektrik lebih tiga kali sehari, katanya sebab anak sulung dia kuat minum air. Bekas air yang mampu memuatkan isipadu air sebanyak 27 liter tu, tak pernah surut. Sebab Abah akan jerang air, sejukkan air guna kipas hala terus kat cerek, dan isi bekas tu.

Hai, Abah sayang!!


Opah;
"Kamu ni dok minum air banyak tiap-tiap hari ni, takde rasa nak terkencing ke apa?"

Hehehe.

Jawab kat Opah, "Mananya tak ke jamban, Opah. Mula-mula minum banyak air dulu, memang lebih 10 kali ke jamban. Tapi sekarang badan dah biasa, 5-6 kali je la."
Lebih kurang macam tu la ayat aku kat Opah.


Angah;
Dia memerhati rupanya. Dia pun dok sibuk minum banyak air jugak, tapi minum air sejuk, atau pun panggilan kat rumah ni, "air peti". Aku cakaplah kat dia, badan aku takleh adapt  sangat dengan air sejuk. Minum banyak pun, rasa tekak kering jugak. Tapi, rasanya, bergantung pada jenis dan keadaan badan orang jugak tu.


Yang lain-lain, tukang tengok je. :D



******



Aku mula minum banyak air masa semester  yang lepas [Mei hingga Jun]. Kesannya? Tak payah dah bergantung kat lipbalm  untuk pastikan bibir tak merekah. Ya, bibir aku merekah teruk kalau tak sapu lipbalm  sampai ke tahap aku naik rimas sebab kebergantungan aku pada lipbalm masa tu agak tinggi.


Yang jadi gila minum air kosong banyak tu, waktu study week final exam.  Aku jenis minum air manis banyak sangat. Sehinggalah aku terbaca, untuk setiap air manis / bergula / bergas / berkarbonat, yang setiap satu mug / tin tu lebih kurang 250 ml, kena cover  balik dengan air kosong 2-3 kali ganda.


Contoh aku :

Satu mug *teh karamel + vanila = 250 ml


Maka,

Air kosong = 500 - 750 ml.


*Dahsyat manis air tu, sebab gabung 2 peket teh 3-in-1.



Dan aku teringat jugak, setiap kali pergi library,  port  wajib yang aku singgah lepas letak barang-barang kat meja, sudah tentunya, ke tandas!


Dan, setiap kali nak keluar hangout  dengan kawan-kawan terbaik aku semua tu, aku sama ada :

1- sementara tunggu kawan-kawan lain datang, aku singgah tandas dulu.

2- takpun aku ke tandas masa kitorang sampai tempat lepak tu.


M mula-mula sakat aku jugak, sebab betapa ligatnya aku ke tandas, tapi lama-lama, dia dah biasa. Dia pulak siap tanya, "Ni nak keluar ni, ang takmo gi toilet  dulu ka?"






Dan untuk pertama kali dalam sejarah musim final exams,  aku tak dijengah jerawat yang teruk macam biasa. Mungkin sebab masa tu :

1- skincare routine memang tak miss.  Nak keluar bilik pun harus pakai sunblock.


2- suplemen macam beta-carotene dan fish oil,  tiap-tiap hari makan.

3- air, kot. :)










F cakap :

Alhamdulillahi 'alaa kulli hal.
Hari ni berjalan lebih baik daripada yang aku sangka.
Perancangan ALLAH Maha Hebat.

No comments: