Friday, June 15, 2012

Petua Nak Hilangkan Sakit Tekak #2

Kalau nak tahu, petua ni la paling banyak carian kat blog ni. Tiap-tiap hari, wajib ada je orang nak tahu cara-cara nak hilangkan sakit tekak. Yang petua lama hari tu, yang berkumur guna air garam, pada pendapat F, sesuai untuk mild sore throat, sakit tekak yang biasa-biasa, yang bukan tahap teruk.


Sebabnya, hari tu je, F baru kena sakit tekak yang tahap nak bercakap pun tak boleh, nak telan air liur pun seksa. Dah berkumur dengan air garam tahap kemasinan melampau, tapi masih tak elok-elok jugak. Pagi keesokannya, guna alternatif baru, dan Alhamdulillah, berkesan. Dengan izin Allah.


Bangun pagi-pagi tu, lepas Subuh je, terus buka peti ais, bancuh air asam jawa. Haa, amekau, pagi-pagi dah pekena air asam jawa kan. Tapi sebelum tu, memang dah pekena segelas air kosong. Jadi berlapik jugaklah perut.


Senang je, F guna Asam Jawa Ekstra Cap Adabi. Ambil dalam satu sudu besar, bancuh dengan segelas besar air kosong. Kacau. Nak lagi sedap, F letak air sejuk. Pergh. Terbaik.

Kat belakang tu, yang bekas bertutup banyak-banyak tu, rempah soto, homemade punya. Memang khas untuk dijual pun. Satu bekas = RM10. :)

Alhamdulillah, dan dan tu jugak, dapat rasa tekak makin elok, boleh bercakap macam biasa. Telan air liur pun okey sajoo.


Dan F pernah terbaca jugak, minum air asam jawa pagi-pagi ni, elok untuk turunkan berat badan. Benar atau tidak, F pun tak pasti. Maka, silalah rujuk pada ibu-ibu atau nenek-nenek anda, atau pun kat buku-buku petua. Paling senang, Google saja.











F cakap :

Batuk dan selesema. :(
Dan seluruh isi rumah pun terjangkit sama.

3 comments:

Zie. said...

nak try lah. Abah zie tgh sakit tekak hihi

alyaclumsy said...

Pernah minum air asam jawa utk hilangkan sakit tekak, memang berkesan :)

NINA FARHANA said...

Tq untuk info.dah seminggu suami sakit tekak dan anak batuk berkahak xbleh tido kesian tgk. 😖 nak cuba lah..

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1