Monday, June 4, 2012

Dua lagi.

Enzymology susah. Bahana stadi saat-saat akhir. Mood hanya datang pada jam 10 malam, malam sebelum peperiksaan Enzymology, yang berlangsung jam 9.00 pagi esoknya.


Ayat epik Dr. Tengku. "Jangan ada yang repeat dah paper ni." Fine lah Dr, fine.


Walaupun Enzymology mendukacitakan, tapi masih tak ada perasaan.


Takpe, niat nak menuntut ilmu kerana ALLAH hendaknya, bukan untuk peperiksaan semata-mata ye, F.


Makan tengah hari di Pizza Hut.


Dan haruslah makan Tempura Prawn Spaghetti, 1 potong piza Garlic Butter Chicken dan 1 potong piza Triple Chicken. Hah, dasar nak isi perut betul.


Faham tak perasaan adik kecil dah boleh panggil kau "Kak", bukannya "Tak", sebab dia pelat sebelum ni?


Dan faham tak perasaan terharu dan tacing habis bila tahu adik kecil tu, berlari-lari nak cakap telefon dengan kau?


Dan kenapakah lepas Isyak, sepatutnya mula stadi Halal and Haram in Food Ingredients and Processing, tapi terkarok lagu-lagu BEAST dan TVXQ??


Oh, exam Halal Haram tu, pukul 2.30 petang, Isnin, 4 Jun 2012.


Stadi #likeaboss dengan meja kecil, atas katil, mengadap tingkap yang terbuka luas, sambil angin meniup sepoi-sepoi bahasa, dan makan biskut coklat, susu coklat.



Oh, dan saya sudah mula rasa mengantuk, padahal apa-apa pun tak stadi lagi.










F cakap :

Saya dah penat.
Itu je.

No comments: