Thursday, May 31, 2012

Dia dan dia.

Pabila Abah panggil Sayang setiap kali tanya, "Ada apa lagi sayang?" sebelum letak telefon.

Pabila Abah kata dia nak datang ambil lepas habis exam ni.

Pabila Abah berkeras jangan tinggalkan solat-solat sunat, qiyam dan baca al-Qur'an.

Pabila Mama yang tengah sibuk mesyuarat, tetap jawab panggilan telefon.

Pabila Mama cakap "All the best!" banyak kali.

Pabila Mama bagi tahu yang dia bangun jam 4 pagi untuk solat sunat hajat untuk anak dia.

Pabila Angah mesej kat telefon, tanya kenapa tak ucap selamat ulang tahun untuk dia.

Pabila Angah tak marah pun pasal hari lahir dia, tapi siap ucap semoga berjaya untuk Along dia.




Ada hati nak kecewakan mereka? Ni baru tiga orang. Tak masuk lagi Opah, Iwan, Adot dan Ammar Aiman. Tak termasuk jugak pensyarah-pensyarah yang buat soalan-soalan finals yang sangat direct dan straightforward. Oh, ada jugak untuk kawan-kawan yang temankan belajar kat perpustakaan dari pagi sampai petang, sambung pulak lepas Maghrib sampai pukul 10++ malam.


No comments: