Tuesday, April 10, 2012

Syukur #2

How did it feel to be ignored?

Did it feel so good, thinking that you could survive all by yourself?



1. Tadi, mid-sem exam Basic Genetic Engineering sangat susah. Bagi saya. Sebab saya stadi saat-saat akhir. Sila jangan contohi. Tapi harus bersyukur sebab, kalau tak, takkan jadi peringatan untuk luangkan masa belajar lebih banyak lagi.



2. Bersyukur sangat sebab perut kenyang, stres pasal exam pun hilang.



3. Tapi sedih jugak, sebab buat lawak pun, orang tak gelak. Takpe, usaha lagi, F!



4. Lagi hilang stres sebab ada meeting untuk program esok. Dengan lawak budak-budak sengal tu, dengan dengar lagu pasang kuat-kuat sambil gunting itu ini, simpan itu ini, susun itu ini, memang lupa la kesedihan yang ada tadi.



5. Saya percaya dengan janji ALLAH, apa-apa pun yang berlaku, ada hikmahnya. Sama ada saya tak nampak, tak jumpa je lagi.



6. Dia yang berjersi merah tu sudah berpunya. Saya doakan kekal bahagia menjejak ke alam pernikahan, sehinggalah mereka sama-sama berdampingan hingga ke syurga. Amiin.



7. Alhamdulillah, keputusan exams Enzymology dan Protein Biotechnology dah keluar. Memang kelu lidah tak terkata. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Tak sehebat orang lain sebab saya belajar saat-saat akhir macam biasalah, tapi saya gembira sangat!



8. Syukur sangat sebab baru je nak putus asa, ya ALLAH, memang Maha Penyayang, DIA hadirkan sokongan dalam bentuk semangat kawan-kawan dan AJK semua. Serius, masa tu memang rasa macam tak de jalan dah, tapi bila jumpa budak-budak ni, dengan setiap orang bagi buah fikiran masing-masing, terasa lapang kejap.



9. Ujian terbesar : kejayaan. kecemerlangan. kesenangan. kekayaan.

Sebab kalau diuji dengan kesakitan, kita mesti pergi cari doktor, mintak ubat. Kalau diuji dengan kegagalan, kita mesti akan cuba berusaha sekuat mungkin untuk pastikan kita berjaya. Kalau 'sesak', mesti akan cuba cari masa dan jalan untuk buat sandwic telur tu.



10. Terima kasih ya ALLAH, banyak sangat nikmat saya dapat setiap saat. Daripada setiap udara yang saya sedut ni, daripada jantung saya yang berdegup tanpa saya perlu pam sendiri, daripada penglihatan yang jelas untuk menikmati alam, untuk online, untuk baca nota. Siapalah saya nak nafikan, nak dustakan semua ini....













F cakap :

Hamba yang hina, hidup dalam dunia yg ibarat bangkai busuk tak bernilai.

No comments: