Saturday, April 21, 2012

KWW 10/14 di Bukit Pelindung.

Tak larat nak bercerita panjang. Tapi Alhamdulillah, ini kali kedua mendaki ke Bukit Pelindung, dekat dengan kawasan Teluk Cempedak, Pahang. Kalau dulu, pergi dengan kawan-kawan terdekat, tapi kali ini, dengan adik-beradik kelas Bioteknologi : Kami Warna-warni 2010/2014.


Bertolak seawal jam 7.30 pagi dengan bas UIA lagi, hebat kan committees berjaya dapatkan bas untuk memudahkan perjalanan. Alhamdulillah lagi. Dapat roti coklat, tapi sebab dah minum susu coklat Dutch Lady, maka makan dengan lalu tak lalu, tapi WAJIB isi perut, sebab trek memang mencabar. Gambar masa naik mula-mula kat trek joging, memang tak ada. Tu kena tanya encik Amirul Bakri yang rajin bebenor ambil gambar orang tengah semput daki trek joging 45 darjah curamnya. Dahla muka melekit bagai, itu toksah cerita la. Dia tetap mesti harus ambil gambar. -_-'



Sampai kat kawasan sebelum masuk ke trek denai hutan, ada tazkirah sikit daripada Qahhar. Lepas tu, Najib pulak sambung buat nature quiz. Terbaiklah. Soalan belum habis, semua dah pulun angkat tangan bagai kan. Pastu kena trick, sebab rupanya ada soalan sambungan. Habis kuiz, masa untuk menjejak denai. Alhamdulillah, walaupun hujan lebat malam sebelum tu, tapi trek okey, tak licin seperti yang dijangka. Cuma masih kena berhati-hati dengan akar-akar kayu kat denai tu. Tersalah langkah, memang boleh tersadung.

Ada grafiti cantik kat batu tu. "Beat My Time!"



Azim yang paling kanan.

Di pertengahan jalan, budak-budak ni menjerit, "Ada Tok Batin weh!!". Ingatkan siapa, rupanya Azim, batch leader KWW rupanya. Dalam sakit-sakit baru lepas jatuh moto, masih semangat masuk hutan jugak sebab bagi sokongan. Kagum!!

The girls. :)



Alhamdulillah, setelah 1 jam lebih perjalanan, dah nampak kilauan air pantai Teluk Cempedak. Kena pantulan cahaya mentari, memang makin buat rasa tak sabar untuk tiba ke destinasi tu.

Silau-ness overloaded.

G6 forever. Dari tahun pertama sehingga sekarang.





Diberi rehat selama setengah jam, sebelum disambung dengan permainan yang telah dirancang committees. Daripada menyusun abjad untuk membentuk perkataan, sehinggalah, kena tunjuk skil melukis budak-budak KWW. *tersenyum* F satu kumpula dengan D, Munk dan Mut. Teringat Mut menjerit marahla konon-konon masa tengok lukisan ayam goreng Munk yang tak macam ayam goreng. Hahahaha. Sayangnya tak ambil gambar sebab masa tu cik W tersimpan dalam beg. Hurmmmm..




Akhirnya, memang rezeki, dan skil mencari Mut, kumpulan kami menang grand prize!! Nak gambar, kena tunggu di-publish daripada pihak committees la jawabnya. Tamat bermain di pantai dalam pukul 12.20 tengah hari gitu. F tak main air, atas keadaan yang tak mengizinkan. Memang sedaya-upaya lari daripada tersentuh air. Sebab kalau dah sentuh pantai, memang tak nak naik dah. Heeeeee.




Semoga program-program yang diadakan, dapat mengukuhkan ukhuwwah sesama kanak-kanak KWW, mengeratkan simpulan persahabatan dengan lebih erat. May ALLAH bless us ALL, KWW kiddos!!






p/s: Gambar besar. Dahla tak resize pixel. Maaf. Kemalasan melampau. Inilah kerja bekas committee yang sekarang dah selamat menganggur.











F cakap :

SMS dalam hutan, tapi bukan dengan skandal atau yang tersayang.
Tapi tengah jadi mediator. :)

2 comments:

sri said...

omaigod aku hudoh

a's said...

hahaha semua orang comel walaupun hakikatnya berpeluh sakan!!

good job everyone!

sms dalam hutan? jeng-jeng-jeng =__=