Wednesday, April 25, 2012

Hati.

Hati saya tak stabil. Maknanya mudah, saya tak bersedia untuk terlihatkan kelibat awak, jauh apatah lagi dekat. Saya berdoa kita takkan ditemukan andai kita tidak punya jodoh yang kuat. Semoga saya lupakan awak cepat-cepat, supaya saya boleh teruskan hidup saya. Cukuplah empat tahun ni, saya dah membodohkan diri, hati dan perasaan. Anggap saja air mata saya yang menitis sebanyak dua kali itu, sebagai tanda saya kenang awak sebagai seorang sahabat. Tak lebih daripada itu harapnya.



1. Bangunan Kuliyyah of Medicine, waktu ambil duit, dua malam yang lepas.

2. Ada orang ingatkan saya tentang awak dengan menyebut perihal fizikal awal, serta penglibatan awak.

3. Status saya.



Bukan salah awak, tapi salah saya. Semoga bahagia.



Harapan akhir, Ety, tolong jangan mainkan lagu-lagu melankolik masa aku tengah tak stabil. Bagi lagu rock ke, lagu hip hop ke, boleh tahan la jugak.Ini tak, gi bagi lagu Keliru - Ruth Sahanaya. -_-'















F cakap :

Misi lupakan awak..sukar.

1 comment:

Anonymous said...

awak...sabar la...bukan kuasa kito belako tu....doh bilo Allah letok raso syg ko sumone dale ati kito,kito meme tok leh nok wat gapo awak...anggap je la ni ujian utk awak...sibukkan diri awak dgn wat bendo lain...atau awak cubo berdepan ngan dio...