Tuesday, April 3, 2012

Detim.


Jangan tertipu dek gambar profail di laman muka buku itu. Yang nampak cantik itu, mungkin dengan bantuan Photoshop, takpun ada aplikasi Beauty Camera mahupun Camera 360 yang dimuat turun menerusi Pasar Android [yang sekarang sudah mengubah namanya kepada Kedai Main], yang mampu mengubah yang buruk rupa, jadi elok ..mengubah jelik menjadi indah rupawan.

Manalah tahu, lantas tergoda, kau hantar pesanan [ikut lagu Cinta Muka Buku yang Najwa Latif nyanyi tu] untuk jadi teman di laman muka buku itu.

Aku terima. Dengan lapang hati.

Mula-mula, kita main cucuk-cucuk, kau pun berani tulis di dinding lamanku. Lama-kelamaan, mahukan privasi, kita mula berbalas mesej di dalam kotak sudah.

Kita bertukar-tukar nombor. Kita keluar.

Dan tiba-tiba, kau menghilang sehari, tiga hari, seterusnya seminggu. Ditanya mengapa, kau katakan kau sibuk dengan keduniaanmu. Tak bisa diganggu.

Kemudian, aku dikhabarkan, kau dengan sengaja melarikan diri, beralasan "Kamu di dunia nyata lebih hodoh daripada rupamu di gambar profailmu itu."



Sekian, tamat cerita.




Pabila letak muka sendiri, orang cakap nak menunjuk rupa.

Pabila letak gambar lain jadi pengganti [cth: kucing, kartun dsb.], orang tak mahu berkawan. Katanya, saya tak berkawan dengan kucing, kartun dsb.



Suka hatilah. Usaha memuaskan hati manusia bakalan berkesudahan dengan lelah semata-mata.












F cakap :

Hati siapa yang cuba kau tawan, F?
Pabila hati dia sudah tertawan dek redupan mata si keibuan itu.

1 comment:

Cik NurulZaty said...

wuu. i have been in this situation.
berkenal2 ..tuka no fon..borak2 sms2

suddenly.

missing in action.

:(