Sunday, March 4, 2012

Remuk.

Bangun pagi, buka blog, sengaja meremukkan hati sendiri. Tak mengapa, biar hati sendiri sakit, retak sehingga tak mungkin dicantum, asalkan hati kawan sendiri tak sakit. Tak mengapa, tak mengapa.



Tahu dan sedar, teman-teman risau dengan aku. Menjadi palsu dan bermuka-muka supaya orang senang. Biar hati menangis sendiri, air mata mengalir kala sendirian, sekali lagi, tak mengapa. Asalkan orang tak terluka.



Sebak pabila tahu, ada yang cepat menangkap perubahan. Sedangkan diri sendiri, tidak menyedari perubahan sendiri. Sibuk hanya satu alasan. Tetap tidak mampu menghalang aku terus mengingati. Sukarnya..susahnya...




Aku bakalan ulang sekali lagi. Andai mampu aku tukarkan hati aku dengan yang baru, sudah tentu aku akan melakukannya sejak awal lagi, sedari hati mula terdetik rasa itu.












F cakap :

Sedihnya...

1 comment:

Faery said...

Love, even though it came late,
is still a love.
cherish it.