Friday, March 9, 2012

Cara-cara jadi kuat gagah perkasa.

1. Doa, doa dan doa. Doa itu senjata orang mukmin. Bercakaplah dengan ALLAH..Dia kan Maha Mendengar.


2. Baca al-Qur'an mesti baca sekali dengan tafsir. Barulah ada "feel" dan semangat pun naik. [Ni pesanan Kak Elin masa pergi Upgrade Yourself Training haritu]


3. Cuba jadi sepositif mungkin. Aura positif ni senang nak terlekat kat orang lain. Insya-ALLAH, suatu hari, masa kita tengah "down", mereka yang dah positif akan kembalikan aura positif itu pada kita balik.


4. Pancarkan senyuman seikhlas dan selebar mungkin. Boleh mengurangkan rasa stres dan sedih yang bertakhta di jiwa tu. Senyum kepada SEMUA orang, makcik cleaner, pensyarah, kawan-kawan, pakcik jual pisang goreng, senang cerita, SEMUALAH!


5. Banyakkan berjalan. Kadang2 suka jalan sorang2 sambil menikmati pemandangan alam. Sambil tengok langit yang membiru. Sambil geram nak pegang awan putih tebal tu yang dah macam "cotton candy".


6. Kena cuba sedaya-upaya tak terasa hati, sebab takut tersilap langkah, rupanya terasa hati dengan Tuhan. Ada benda yang berlaku nak ingatkan kita, kekurangan, kesilapan diri. Semak diri selalu.


7. Jangan menangis sebab benda-benda kecil dan remeh. Rasa tak berbaloi. Menangislah pabila terkenangkan dosa, silap dan khilaf dengan ALLAH tu.


8. Telefonlah ahli2 keluarga. Berborak dengan keluarga, buat stres dan sedih pun terubat. Antara sumber kekuatan diri tu.


9. Dengar muzik. Nyanyi kuat2 masa jalan sorang2 tu. Lepas tensen. Sampai je bilik, stres dah habis terhapus dah.


10. Tidur. :D












F cakap :

Itu semua lebih kepada pesanan utk diri sendiri.

No comments: