Thursday, March 22, 2012

Bahaya.

Lain kali, dah tahu kau tu jenis pantang yang duduk sorang-sorang, lepas tu mula nak emo, janganlah dok layan perasaan tu sangat. Ini, gi tengok gambar hantaran orang, yang dihiasi guna bunga-bunga segar, lepas tu kau emo, fikir pasal kahwin la, fikir pasal calon la, fikir pasal berapa hantaran yang nak kena letak la.



Kan elok gi baca tafsir al-Qur'an ke, ada faedahnya jugak. Hari tu, dok komplen takde tafsir, susah nak faham. Ni dah ada tafsir, siap bahasa Melayu lagi pun, tak reti-reti nak malu jugak ke. Malu sikit plis.




Dah, dah, tak guna menangis bagai. Sekarang ni, harus risau dengan diri sendiri, sebab takut beriya-iya je lebih, tapi rupanya, takde hasil. Tiba-tiba nak tukar fikiran, tak nak teruskan dengan rancangan asal nak buat benda tu. Sob sob sob. Penakut.




Eh, syukur dah terjual banyak buku malam ni. Rasanya, masih bertenaga, segar-bugar, energetic, hyperactive, sebab caffeine rush kot. Yelah, dah baham diet Coke dalam bekas besar, lepas tu secawan kopi Arabica. Memang peliklah kalau kau duduk diam je kan.












F cakap :

Enzymology. :)

No comments: