Sunday, March 18, 2012

Apdet!

1. Comel betul pabila adik2 yang muda setahun panggil aku, Kak F. Hehehehe. Mira, dorang panggil Kak Hot. Haahahaha.


2. Sebenarnya, aku tak kisah kalau "kak" tu tak digunakan. Aku percaya, rasa hormat tu tak bergantung kepada panggilan semata-mata. Ini cuma pendapat peribadi aku la. Tapi aku sendiri masih guna "akak" untuk orang yang lebih tua dari aku, kecuali Maisarah mi amor dan Hani gojes. Sebabnya, masa mula2 kenal, tak tahu aku muda sikit. Hehehehe.


3. Selamat 22 tahun, Etty Rahamat!


4. Aku terlepaskan perasaan dan emosi amarah dekat Twitter, yang mana aku tahu dah melukakan hati seseorang. Instead of apologizing first, she's the one who texted me, saying sorry. Immediately broke down. Sedih sangat, sebab memang salah aku tapi tak mahu mengaku. Dan sedih lagi, sebab aku memang sayang dia macam nak gila. End of story.


5. Aku sangat suka Nescafe. Kopi. In fact, I'm in love with coffee. Alhamdulillah, I am still able to sleep soundly even I had a grande of iced Cocoa Cappucino. :)


6. Oh, and I love Each a Cup's Iced Caramel Coffee, too!!


7. Tapi haritu, entah macam mana la kan, dengan tak cukup tidurnya, bangun je pagi, terus minum Nescafe Mild. Pastu gi kelas untuk kuiz. Ended up feeling nauseous throughout the class. Kmah pun cakap, tu sebab perut tengah kosong sangat, dan minum Nescafe hanya menambahkan angin je dalam perut. Tu yang rasa loya. Hehehe


8. Macam manalah aku boleh marah dekat kawan tu?? Serius tak faham dengan diri sendiri.


9. Terima kasih ya Allah, Kau sedarkan aku untuk ke motivational talk tu. Terima kasih Zaty, sebab sebut pasal tu. Terima kasih, Bro Osman Affan. Perkongsian yang baik untuk saya yang sedang dalam fasa tak tentu arah.


10. Sebelum tibanya 2022, banyak benda aku nak capai. Banyak sangat. Moga dipermudahkan ALLAH.


11. Minggu ni, hari hantar esaimen, bersamaan dengan hari mid-sem exams. Yang mana ada 3 kesemuanya.


12. Aku jumpa Encik Satu kat kompleks sukan. Hati berbunga-bunga kejap, lepas tu hilang.


13. Terima kasih Najibah Abdul Wahab sebab banyak berkorban sepanjang minggu book fair.


14. Terima kasih Etty, Ruwaida dan Che Nor, teman aku masuk Sisters' Got Talent, sambil bernasyid kontemporari stail akapella.


15. Terima kasih kepada kawan-kawan Kami Warna-warni, saya down, awak up kan saya. Saya sedih, awak datang tepuk belakang. Saya hiperaktif, awak semua bincang apa yang tak kena dengan saya. Kahkahkahkah.


16. Untungnya dapat kawan-kawan yang suka memanjakan aku. Mungkin buka dengan material, tapi dengan kasih sayang. Ecewaah!! Sila kembang hidung sekarang.


17. Oh, satu keluarga datang Kuantan awal cuti sekolah hari tu.


18. Pergi Gambang Waterpark - muka dah gelap dan kusam. Makan kat Tanjung Lumpur - berat kembali nak naik jadi, ideal kot? [positif.positif.positif.]


19. Dah mula terasa bahang orang nak kahwin, pabila ramai kawan-kawan sebaya jemput ke majlis pernikahan mereka. Huhuhuhu.


20. Kawan tanya, bila aku nak kahwin? Aku cakap, mungkin bukan dalam masa terdekat, mungkin juga bukan lepas aku grad. Dengan kesibukan sekarang, aku tak pasti kalau aku mampu beri komitmen penuh untuk berumah tangga.


21. Tapi ALLAH sudah ada perancangan untuk aku. Silap-silap, sebelum grad, dah kahwin. Kekekekeke. Rasanya, calon tu serahkan kepada keluarga la kot. Sebab aku memang tak sempat nak cari pun. Sempat usha tu, ada la. Hehehehe


22. Dah lama tak apdet punya pasal, berjela-jela aku tulis. Takpe, ni sebagai legasi untuk masa akan datang.


23. Sejak sibuk memanjang 2,3 minggu ni, cara makan memang ke laut. Joging pun dah tak pernah langsung. Macam mana la nak sihat kalau camni cara hidup.












F cakap :

Orang-orang jauh, cepat pulang!!

1 comment: