Friday, March 23, 2012

What is wrong with you?

Oh my, I'm tired. No wonder, it felt so wrong this morning, got a love letter right after we finished the exam. All kinds of words that coming out from this mouth, and the money I had to pay for saying those words, Yes, peeps, we fined ourselves if any one of us said those bad words.



Enough of that. Right now, I feel lethargic. No energy at all. Well, that's just an exaggeration, with this little bit of energy left, I type those words, and waiting to meet the bookstore owner's sister.




We went our for lunch. Who knew that I would meet that person there. While I walked right in front of him, and he actually did not notice me at all! Oh, that girl was actually wearing long-sleeved tee and jeans, with tudung bawal, and as usual she met him with her most unprepared self. That poor soul. I pitied her.




Pissed off, almost crying while walking to the basement level to meet the BFF, I told myself, "This is not worth fighting for. This is not worth waiting for. Move on, never look back."




Shoot! I should slap him at the back with my plastic bag [with that heavy shower gel inside]!




Ah, I need to get busy again!












F says :

Not strong enough.

Thursday, March 22, 2012

Soalan.

Alhamdulillah, dah selesai dua papers untuk Philosophy of Science dan jugak Enzymology. Susah ke senang ke, malas nak cakap banyak dah. Mungkin usaha takde la segempak dan sehebat orang lain, tapi, ada luangkan sikit masa untuk belajar. Syukur.




Tutup cerita pasal exam. Esok ada satu lagi, Halal and Haram in Food Ingredients and Processing pulak.



Selalu dapat emel spam "You have a crush nearby." Padahal aku je yg dok beriya ada crush kat orang. Boo diri sendiri.



Sekarang, meh nak cerita sikit. Sepanjang 4 tahun aku ada crush kat seseorang ni, soalan yang biasa aku dengar dan terima..

"Siapa crush kau weh?"

"Aku kenal tak crush kau ni?"

"Crush kau budak mana weh?"

"Sejak bila kau ada rasa suka kat dia?"

"Apa sebab kau suka dia eh?"

dan macam-macam lagi.





Tapi, soalan Ayam [bukan nama sebenar] semalam, memang terbaik ah. Dia tanya,

"Agaknya macam mana ye rasa crush kat orang ni? Aku tak tahu rasa crush kat orang."


Aku terdiam kejap. Fikir-fikir balik, yang aku dok syok kat crush bagai ni, rasa apa sebenarnya?


Sayang??

Cinta??

Suka??


Entahlaa, aku pun tak boleh bagi jawapan yang tepat. Rasa apakah?




Kawan aku yang sorang ni, mintak aku confess. Aku cakap, tak mungkin, sebab aku takut kena reject. Lagi malu, kalau lepas confess, tup tup, esok tu dah terjumpa balik. Malu weh malu.



Tapi kawan aku ni, ada la kongsi cara-cara nak confess. Pabila dah suka kat seseorang tu, bagi tau kat dia, kita tengah suka seseorang sambil describe ciri-ciri orang yang disukai tu. Kalau jenis yang cepat tangkap, catch up, pick up, akan jawab, "Eh aku ke?"



Lepas tu, pandai-pandailah korang nak iya kan atau menidakkan.




Hahahahaha. Good idea, yang mana aku memang takkan buat. Dia kongsi tip kat atas tu pun sebab dia pernah buat kan kan kan? :D












F cakap :

Suam-suam kuku.

Bahaya.

Lain kali, dah tahu kau tu jenis pantang yang duduk sorang-sorang, lepas tu mula nak emo, janganlah dok layan perasaan tu sangat. Ini, gi tengok gambar hantaran orang, yang dihiasi guna bunga-bunga segar, lepas tu kau emo, fikir pasal kahwin la, fikir pasal calon la, fikir pasal berapa hantaran yang nak kena letak la.



Kan elok gi baca tafsir al-Qur'an ke, ada faedahnya jugak. Hari tu, dok komplen takde tafsir, susah nak faham. Ni dah ada tafsir, siap bahasa Melayu lagi pun, tak reti-reti nak malu jugak ke. Malu sikit plis.




Dah, dah, tak guna menangis bagai. Sekarang ni, harus risau dengan diri sendiri, sebab takut beriya-iya je lebih, tapi rupanya, takde hasil. Tiba-tiba nak tukar fikiran, tak nak teruskan dengan rancangan asal nak buat benda tu. Sob sob sob. Penakut.




Eh, syukur dah terjual banyak buku malam ni. Rasanya, masih bertenaga, segar-bugar, energetic, hyperactive, sebab caffeine rush kot. Yelah, dah baham diet Coke dalam bekas besar, lepas tu secawan kopi Arabica. Memang peliklah kalau kau duduk diam je kan.












F cakap :

Enzymology. :)

Tuesday, March 20, 2012

Cleansing cream.

I've started to question my own sanity and intellect. Are they still there??



Things seemed to wrong these days. I don't know, something is not right, but I can't figure out what.



I'm worried..I'm scared..I'm nervous. Would it worth if I risk everything, even my heart and my own feelings?



I need my confident self back. I need the bold version of mine back. I need them now. Get them all back to me, now, right now.






I think, somehow, letting this song to be on repeat, has influenced my current emotions. But can't help it from listening to it over and over again.








F says :

Him. :(

Dia.

Hai awak!



Saya rasa saya dah tersuka kat awak balik, walaupun saya dah mengaku terang-terangan dan besar-besaran kat semua orang, saya dah lupakan awak. Mungkin sebab selalu sangat terjumpa. Ahh, saya pun keliru sebenarnya dengan perasaan saya ni. Suka ke tak sebenarnya ni??




Tadi, nak ucap tahniah kat awak sebab menang. Tapi awak jalan laju sangat, maka saya tak sempat nak kejar. Takpe la, saya ucapkan tahniah kat sini je la.




Buat awak yang selalu pakai jersi merah nombor 3, walaupun tadi awak datang pakai jersi Harimau Malaya warna kuning tu. Kalau awak baca blog saya ni, mesti awak akan tahu yang awaklah yang saya maksudkan.




May Allah bless.





Sekian, terima kasih.












F cakap :

Masih keliru.

Sunday, March 18, 2012

Apdet!

1. Comel betul pabila adik2 yang muda setahun panggil aku, Kak F. Hehehehe. Mira, dorang panggil Kak Hot. Haahahaha.


2. Sebenarnya, aku tak kisah kalau "kak" tu tak digunakan. Aku percaya, rasa hormat tu tak bergantung kepada panggilan semata-mata. Ini cuma pendapat peribadi aku la. Tapi aku sendiri masih guna "akak" untuk orang yang lebih tua dari aku, kecuali Maisarah mi amor dan Hani gojes. Sebabnya, masa mula2 kenal, tak tahu aku muda sikit. Hehehehe.


3. Selamat 22 tahun, Etty Rahamat!


4. Aku terlepaskan perasaan dan emosi amarah dekat Twitter, yang mana aku tahu dah melukakan hati seseorang. Instead of apologizing first, she's the one who texted me, saying sorry. Immediately broke down. Sedih sangat, sebab memang salah aku tapi tak mahu mengaku. Dan sedih lagi, sebab aku memang sayang dia macam nak gila. End of story.


5. Aku sangat suka Nescafe. Kopi. In fact, I'm in love with coffee. Alhamdulillah, I am still able to sleep soundly even I had a grande of iced Cocoa Cappucino. :)


6. Oh, and I love Each a Cup's Iced Caramel Coffee, too!!


7. Tapi haritu, entah macam mana la kan, dengan tak cukup tidurnya, bangun je pagi, terus minum Nescafe Mild. Pastu gi kelas untuk kuiz. Ended up feeling nauseous throughout the class. Kmah pun cakap, tu sebab perut tengah kosong sangat, dan minum Nescafe hanya menambahkan angin je dalam perut. Tu yang rasa loya. Hehehe


8. Macam manalah aku boleh marah dekat kawan tu?? Serius tak faham dengan diri sendiri.


9. Terima kasih ya Allah, Kau sedarkan aku untuk ke motivational talk tu. Terima kasih Zaty, sebab sebut pasal tu. Terima kasih, Bro Osman Affan. Perkongsian yang baik untuk saya yang sedang dalam fasa tak tentu arah.


10. Sebelum tibanya 2022, banyak benda aku nak capai. Banyak sangat. Moga dipermudahkan ALLAH.


11. Minggu ni, hari hantar esaimen, bersamaan dengan hari mid-sem exams. Yang mana ada 3 kesemuanya.


12. Aku jumpa Encik Satu kat kompleks sukan. Hati berbunga-bunga kejap, lepas tu hilang.


13. Terima kasih Najibah Abdul Wahab sebab banyak berkorban sepanjang minggu book fair.


14. Terima kasih Etty, Ruwaida dan Che Nor, teman aku masuk Sisters' Got Talent, sambil bernasyid kontemporari stail akapella.


15. Terima kasih kepada kawan-kawan Kami Warna-warni, saya down, awak up kan saya. Saya sedih, awak datang tepuk belakang. Saya hiperaktif, awak semua bincang apa yang tak kena dengan saya. Kahkahkahkah.


16. Untungnya dapat kawan-kawan yang suka memanjakan aku. Mungkin buka dengan material, tapi dengan kasih sayang. Ecewaah!! Sila kembang hidung sekarang.


17. Oh, satu keluarga datang Kuantan awal cuti sekolah hari tu.


18. Pergi Gambang Waterpark - muka dah gelap dan kusam. Makan kat Tanjung Lumpur - berat kembali nak naik jadi, ideal kot? [positif.positif.positif.]


19. Dah mula terasa bahang orang nak kahwin, pabila ramai kawan-kawan sebaya jemput ke majlis pernikahan mereka. Huhuhuhu.


20. Kawan tanya, bila aku nak kahwin? Aku cakap, mungkin bukan dalam masa terdekat, mungkin juga bukan lepas aku grad. Dengan kesibukan sekarang, aku tak pasti kalau aku mampu beri komitmen penuh untuk berumah tangga.


21. Tapi ALLAH sudah ada perancangan untuk aku. Silap-silap, sebelum grad, dah kahwin. Kekekekeke. Rasanya, calon tu serahkan kepada keluarga la kot. Sebab aku memang tak sempat nak cari pun. Sempat usha tu, ada la. Hehehehe


22. Dah lama tak apdet punya pasal, berjela-jela aku tulis. Takpe, ni sebagai legasi untuk masa akan datang.


23. Sejak sibuk memanjang 2,3 minggu ni, cara makan memang ke laut. Joging pun dah tak pernah langsung. Macam mana la nak sihat kalau camni cara hidup.












F cakap :

Orang-orang jauh, cepat pulang!!

Friday, March 9, 2012

Cara-cara jadi kuat gagah perkasa.

1. Doa, doa dan doa. Doa itu senjata orang mukmin. Bercakaplah dengan ALLAH..Dia kan Maha Mendengar.


2. Baca al-Qur'an mesti baca sekali dengan tafsir. Barulah ada "feel" dan semangat pun naik. [Ni pesanan Kak Elin masa pergi Upgrade Yourself Training haritu]


3. Cuba jadi sepositif mungkin. Aura positif ni senang nak terlekat kat orang lain. Insya-ALLAH, suatu hari, masa kita tengah "down", mereka yang dah positif akan kembalikan aura positif itu pada kita balik.


4. Pancarkan senyuman seikhlas dan selebar mungkin. Boleh mengurangkan rasa stres dan sedih yang bertakhta di jiwa tu. Senyum kepada SEMUA orang, makcik cleaner, pensyarah, kawan-kawan, pakcik jual pisang goreng, senang cerita, SEMUALAH!


5. Banyakkan berjalan. Kadang2 suka jalan sorang2 sambil menikmati pemandangan alam. Sambil tengok langit yang membiru. Sambil geram nak pegang awan putih tebal tu yang dah macam "cotton candy".


6. Kena cuba sedaya-upaya tak terasa hati, sebab takut tersilap langkah, rupanya terasa hati dengan Tuhan. Ada benda yang berlaku nak ingatkan kita, kekurangan, kesilapan diri. Semak diri selalu.


7. Jangan menangis sebab benda-benda kecil dan remeh. Rasa tak berbaloi. Menangislah pabila terkenangkan dosa, silap dan khilaf dengan ALLAH tu.


8. Telefonlah ahli2 keluarga. Berborak dengan keluarga, buat stres dan sedih pun terubat. Antara sumber kekuatan diri tu.


9. Dengar muzik. Nyanyi kuat2 masa jalan sorang2 tu. Lepas tensen. Sampai je bilik, stres dah habis terhapus dah.


10. Tidur. :D












F cakap :

Itu semua lebih kepada pesanan utk diri sendiri.

Sunday, March 4, 2012

Remuk.

Bangun pagi, buka blog, sengaja meremukkan hati sendiri. Tak mengapa, biar hati sendiri sakit, retak sehingga tak mungkin dicantum, asalkan hati kawan sendiri tak sakit. Tak mengapa, tak mengapa.



Tahu dan sedar, teman-teman risau dengan aku. Menjadi palsu dan bermuka-muka supaya orang senang. Biar hati menangis sendiri, air mata mengalir kala sendirian, sekali lagi, tak mengapa. Asalkan orang tak terluka.



Sebak pabila tahu, ada yang cepat menangkap perubahan. Sedangkan diri sendiri, tidak menyedari perubahan sendiri. Sibuk hanya satu alasan. Tetap tidak mampu menghalang aku terus mengingati. Sukarnya..susahnya...




Aku bakalan ulang sekali lagi. Andai mampu aku tukarkan hati aku dengan yang baru, sudah tentu aku akan melakukannya sejak awal lagi, sedari hati mula terdetik rasa itu.












F cakap :

Sedihnya...

Thursday, March 1, 2012

Haiiiiiii!!

1. Hai, awak yang berbaju jersi merah nombor 3 tu!!


2. Masa paling lama yang dimabil untuk praktikal makmal hari ni. Dari pukul 2 petang sampai pukul 8 malam.


3. Penat yang, alhamdulillah, setakat ni, berbaloi.


4. Tak pernah sempat nak stadi bila balik ke bilik, sebab kelas biasanya habis pukul 7, paling awal pun pukul 5. Pabila dah penat, jumpa katil terus lelap.


5. Akibatnya, kuiz Basic Genetic ENgineering tak boleh nak jawab. Sebab stadi dalam keadaan separa sedar malam sebelum tu. Hei awak, doakan saya dapat markah yang baik-baik walaupun saya lebih banyak merapu dalam kuiz pasal transcription in prokaryotes tu.


6. Selepas membaca nombor 1 dan 5, akan ada orang mencari dan bertanya siapa "awak" itu. :D


7. Allah, permudahkan segalanya. Terutamanya bab hati dan perasaan. :'(


8. Alhamdulillah, bisnes sandwic telur agak menggalakkan. Walaupun haritu packaging guna wrapping plastic tu nampak buruk gila, ada jugak orang yang sudi membeli. May ALLAH bless you all.


9. Terima kasih dekat kawan-kawan, or even strangers, yang selalu bagi saya kata-kata positif. Maka, saya harus kembali menyebarkan aura positif itu.


10. Jangan lupa senyum, F. Semua orang ada masalah, tapi terpulang kepada individu itu nak mendedahkan masalahnya ke, nak simpan sorang2 ke, yang pasti, untuk kau, kau kena pandai2 cari jalan menyelesaikan masalah, bukan lari daripada masalah.


11. Brader Faisal cakap, tanggungjawab bakal mengajar erti kematangan dan memajukan diri. Insya-ALLAH, kamu boleh!! Jangan putus harapan.












F cakap :

ALLAH kan selalu ada.