Saturday, February 25, 2012

Selamat ulang tahun, Abah.

Baru lepas nangis sorang-sorang dalam bilik lepas tengok gambar-gambar sambutan ulang tahun Abah kat Fesbuk. Iyelah, anak sulung Che' Pa dan Cik Nah ni, degil dan keras hati, konon-konon tak nak balik. Sebab sibuk sangat dengan macam-macam, sibuk yang insya-Allah dah direstui. Abah pun cakap tadi dalam telefon, eloklah sibuk ni, daripada asyik makan tidur je kan.



Menangis sebab dok tertahan dari siang tadi, tertekan dengan tanggungjawab baru, sebak sebab baca Jaja & Din lagi, maka air mata tumpah jugak tatkala tengok gambar-gambar tu.



Tak mengapa, Afiqah ni kan anak Mama dan Abahnya yang kuat semangat dan tabah hati kan, Aamiin.



Terasa, terkena kat muka sendiri, bila baca, "Kerja itu kan amanah." Insya-Allah, moga Allah permudahkan segalanya, tugas-tugas, akademik, hal kawan-kawan, bisnes. Kena sentiasa lapang hati. Kena terus ukir senyuman walaupun orang jeling kat awak, F.




Dia pernah tertanya kenapa dia selalu rasa sunyi, tak ada ke orang yang nak layan dia berSMS, bercakap kat telefon selain ahli keluarganya, rupanya, ALLAH nak lindungi dia, dia je yang baru sedar. Alhamdulillah.




Dia lemah, tapi haru pura-pura kuat. Kalau diikutkan rasa lemah itu sangat, tak jalanlah semua kerja kan. Kuatlah wahai, F. Mana kekuatan yang sentiasa jadi peneman kau selama ni. Dicampak ke mana-mana pun, kau masih boleh hidup, bak kata Abah.





Abah, semoga Abah sentiasa terlindung di bawah naungan ALLAH S.W.T. selalu. Jangan lupa jaga kesihatan diri tu, selalu mengelat nak makan ubat. Kekekeke. Semoga keluarga kita sentiasa bersama sehingga ke syurga Allah. Along sayang Abah, Abah tetap hero Along sampai bila-bila, insya-Allah, datanglah lelaki mana-mana pun dalam hidup Along.












F cakap :

:'(

2 comments:

hazirah said...

hi f, awak budak baik.
okay bubye (:

ruwaida said...

semoga abah panjang umur + murah rezeki.