Saturday, February 25, 2012

Selamat ulang tahun, Abah.

Baru lepas nangis sorang-sorang dalam bilik lepas tengok gambar-gambar sambutan ulang tahun Abah kat Fesbuk. Iyelah, anak sulung Che' Pa dan Cik Nah ni, degil dan keras hati, konon-konon tak nak balik. Sebab sibuk sangat dengan macam-macam, sibuk yang insya-Allah dah direstui. Abah pun cakap tadi dalam telefon, eloklah sibuk ni, daripada asyik makan tidur je kan.



Menangis sebab dok tertahan dari siang tadi, tertekan dengan tanggungjawab baru, sebak sebab baca Jaja & Din lagi, maka air mata tumpah jugak tatkala tengok gambar-gambar tu.



Tak mengapa, Afiqah ni kan anak Mama dan Abahnya yang kuat semangat dan tabah hati kan, Aamiin.



Terasa, terkena kat muka sendiri, bila baca, "Kerja itu kan amanah." Insya-Allah, moga Allah permudahkan segalanya, tugas-tugas, akademik, hal kawan-kawan, bisnes. Kena sentiasa lapang hati. Kena terus ukir senyuman walaupun orang jeling kat awak, F.




Dia pernah tertanya kenapa dia selalu rasa sunyi, tak ada ke orang yang nak layan dia berSMS, bercakap kat telefon selain ahli keluarganya, rupanya, ALLAH nak lindungi dia, dia je yang baru sedar. Alhamdulillah.




Dia lemah, tapi haru pura-pura kuat. Kalau diikutkan rasa lemah itu sangat, tak jalanlah semua kerja kan. Kuatlah wahai, F. Mana kekuatan yang sentiasa jadi peneman kau selama ni. Dicampak ke mana-mana pun, kau masih boleh hidup, bak kata Abah.





Abah, semoga Abah sentiasa terlindung di bawah naungan ALLAH S.W.T. selalu. Jangan lupa jaga kesihatan diri tu, selalu mengelat nak makan ubat. Kekekeke. Semoga keluarga kita sentiasa bersama sehingga ke syurga Allah. Along sayang Abah, Abah tetap hero Along sampai bila-bila, insya-Allah, datanglah lelaki mana-mana pun dalam hidup Along.












F cakap :

:'(

Thursday, February 23, 2012

Tertanya.

1. Macam mana nak 'generate' duit daripada modal sebanyak RM500 untuk bayar hutang dekat RM1,000 tu?? Mudah je. Bisnes dan bisnes dan bisnes.


2. Suasana bising, bercampur dengan kumpulan lain yang kebetulan buat mesyuarat di tempat yang sama, pada masa yang sama, bukanlah pilihan terbaik. Sungguh, fokus aku hilang.


3. Sakit kepala dan sakit belakang macam tulang nak meletup ni, bukan pilihan dalam keadaan sibuk sekarang ni. Ya ALLAH, pohon bantu hamba-Mu yang lemah ini....


4. Semester ni musim gila kuasa. Hahaha. Kawan-kawan yang cakap. Sebab aku tak menang tangan, habis semua program aku nak masuk, iyelah, nak merasa. Dah kerja nanti, jarang-jarang dapat rasa benda-benda best macam ni.


5. ALhamdulillah, keputusan nak masuk semua tu, agak berbaloi. Get to know new friends, develop new relationships, and experience people's antics. Awesome!


6. Kepala sakit lagi.


7. Kalau hati aku ini mampu ditukarkan dengan yang baru, sudah lama aku lakukannya. Dapat bersihkan hati ini drpd nama dia itu pun, sudah cukup baik buatku. Tapi aku tak mampu.


8. Pesan mudah Br. Shariff tadi, mudah je, "Servis hati."


9. Tak pe F, penat bekerja, rasa berbaloi la jugak drpd kau penat tidur kan.


10. Tanggungjawab dan amanah yang harus ditunaikan. Anak - cucu - kakak - pelajar - 'committee' - dan lain-lain lagi.












F cakap :

Awak, saya perlu bercakap dgn awak sekarang...

Tuesday, February 21, 2012

Love, at the moment.

Awww, friends, the comments really made me touched! *insert the teary-eyed Puss in Boots here*



So, at the moment, it wasn't l-o-v-e at the first place pong. :) I was really curious, seriously curious whether the 'LIKE' aura would really reach the person I like, so the conclusion from previous post, it's a YES then.



Therefore, I shall avoid any eye-contact with that person, should prevent myself well from acting foolishly, so that, I can call it an end.



Who? No need to know. *peace*


Thanks everyone for your support! F loves you! :D












F says :

FB proved to me just now, that I shall end this. 
:)

Monday, February 20, 2012

Tolong saya.

INI SOALAN SERIUS dan BUKAN MAIN-MAIN.


Kalau anda salah seorang yang sedang membaca entri F ini..tolong F kejap.



Adakah aura "suka" dapat sampai kat orang yang kita suka..?
Yelah, kalau kita suka orang tu, agak-agak orang tu boleh rasa ke tak kita suka dia?




Susah main bab hati, jiwa dan perasaan ni.












F cakap :

Semua orang pun ada masalah.
Terpulang kepada diri masing-masing macam mana nak terus kuat..
macam mana nak hadapi masalah tu.
Yang pasti, ALLAH kan ada.
Manusia mana mampu bantu tanpa izin DIA.
Ingat tu.

Thursday, February 16, 2012

Very short updates,

Sorry. More than a week, with no updates, at all. Fikah Mus is currently healthy and doing fine in Kuantan, still eating non-stop as usual. Her Encik Acer is currently sick, the worst ever. And Fikah Mus also has joined the IIUM Fiesta 2012 as a part of Preparation and Technical committees. Fikah Mus is also going to have a busy semester with seven subjects, and the very first quiz is on next week. Three lab practicals to catch up, with individual reports for each. Fikah Mus also met her ex-crush lots of times, but she could still manage to control herself. Yes, because she's gotten over him already, no? Contradicting, yes, she knows. Fikah Mus seldom updates her Twitter and Facebook too, this time, not because of Internet connection, but it's because she doesn't want to burden her beloved Encik Acer.



Toodles for now. Until Fikah Mus gets her Encik Acer, a brand new cooling pad, with the biggest fan, she may or may not update.



Lots of love,

F. :)

Sunday, February 5, 2012

New semester.

Year 2, Semester 2, 2011/2012.



New subjects. Tougher.












F says :

Prepare yourself, F.

Wednesday, February 1, 2012

Syukur.

Alhamdulillah.


1. Duduk kat rumah, makan best-best-best, dibuli Ammar Aiman setiap hari.


2. Dah 22 sejak 28 Januari. Syukur sangat. Hadiah best, dipeluk ahli-ahli keluarga, dibelanja makan, dibawa berjalan-jalan.


3. Keputusan semester lepas, walaupun tak lepas target, cukup memuaskan. Allahuakbar! Rasa nak senyum je sepanjang masa.


4. Henset Sony Ericsson yang dah lebih dua tahun berkhidmat, belum dapat dibaiki. Nak cuba hantar sekali lagi, kalau tak boleh jugak, ehem ehem ehem.


5. Mediafire ada lagi. :D Gunakan ke tahap maksimum!


6. Sudoku buat F sakit kepala, sakit tengkuk dan sakit perut [baca : LAPAR!]


7. Amir Vanilla Coklat tu hensem la! :D


8. Baucer dah tinggal lagi RM50 selepas RM100 dibelanjakan di Popular, dan RM50 di Syarikat Muda Osman masa ke KB Mall hari tu.


9. Perasaan best dapat belanja orang! :)


10. Umur yang bertambah ni buat F takut sangat. :(












F cakap :

:D