Tuesday, January 17, 2012

Rumah.

Alhamdulillah, dah kat rumah sejak pukul 6 pagi, 16 Januari 2012. Baru kalut nak apdet hari ni. Sampai je rumah, badan mesti ada satu sistem pertahanan yang nak biasakan dengan suasana rumah pulak, maka demam, selesema, batuk dan sakit kepala itu, adalah normal. Alhamdulillah, semoga demam itu jadi penghapus dosa-dosa kecilku.




Setakat ni, tak ada apa-apa pun yang dilakukan bersifat produktif, melainkan melipat pakaian dan jaga Ammar Aiman. Itu pun 50-50 je, sebab kepala rasa berat, memang 70 peratus hari, diisi dengan tidur. Sampai tak terlayan segala drama Korea kat TV, pening punya pasal.




Cuti tiga minggu je, dah ada rancangan dalam kepala, tapi tak mula apa-apa lagi. Insya-Allah, tunggulah sehari dua lagi, sampai betul-betul boleh berdiri dan berjalan tanpa terhuyung-hayang, maka nak mula laksanakan projek. Heee.














F cakap :

Selamat bercuti, kawan-kawan!

No comments: