Saturday, January 7, 2012

Hai, azam!

Azam, bukan nama sebenar. Hadir tiap-tiap tahun, tiap-tiap semester. Tapi jujur aku akui, azam hanya hadir kembali setiap kali penghujung semester menjelma, bersamaan dengan minggu-minggu peperiksaan akhir semester.




Ahhh, tertekan aku dibuatnya. Setiap kali aku nak lalui peperiksaan akhir, setiap kali itu jugalah, rasa kesal dan insaf hadir. Baiklah, awal semester depan, aku akan buat nota awal-awal. Awal semester depan, aku takkan ponteng kelas. Dan begitulah seterusnya, agaknya, sehinggalah aku menamatkan pengajian Bioteknologi ni.





Baru aku sedar, azam aku dah tak dibuat awal tahun, baik ikut kalendar Hijriah mahupun kalendar Barat. Tapi dibuat setiap kali hujung semester, setiap kali aku membaca, tapi tak faham-faham, tak tangkap-tangkap sampai ke sudah. Mungkin juga setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, barulah azam sini sana.






Oh, azam...












F cakap :

Sebab tiap-tiap masa, asyik fikir nak buat kerja gila.

No comments: