Wednesday, December 19, 2012

Wordless Wednesday #13 : New!


Thursday, December 6, 2012

Bulatan gembira #1

Alhamdulillah...

Terima kasih ya ALLAH, sebab lembutkan hati saya.

Terima kasih Amal, sebab carikan saya satu bulatan gembira yang best.

Terima kasih kak Fad sebab buat saya sentiasa looking forward for our next usrah.

Terima kasih kawan-kawan bulatan gembira saya yang sempoi.



Saya sayang anda semua.


Siapa sangka, saya yang pernah menutup hati untuk sertai mana-mana bulatan gembira, diilhamkan ALLAH untuk bersama dengan satu keluarga yang happening. Tak jumpa kat mana-mana.


Saya suka bila kak Fad kongsikan kisah-kisah sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. Sebab buat saya terinspirasi. Sebab kisah mereka sangat manis.


Sayangnya semua.....serius...

Wednesday, December 5, 2012

Kisah seorang pelajar Biotek #2

Assalamu'alaikum.

So, basically (oh I repeat the same word for few times during my Design and Optimisation lab presentation), I feel like blogging in English today. Guys, bear with me, well, my current English level (or skill) is not at a par that I used to be so proud of.


Kinda letting myself to be stranded in the Bioinformatics lab today. Class session had already finished at 12, but I'm staying back, the wifi connection is good, well, so much better than my room's obviously. (Gaaahhh, I wish Blogger.com has spelling mistake detection so that I don't have to go over my entry, just to correct those!!)


This is how it looks when it's just me and S in the lab. The definition of lab alone.



Today, we had a chance to see the structures of our enzyme in various types of display. What I'm going to show you here, below, are the structures of lipase from Bacillus halodurans. The assignment required us to view the enzyme structure in space-filled format, wireframe and ribbons-helix.





Awesome, yeah I know.


Oh by the way, we've welcomed winter season with open arms (with double blankets, to be honest). The season that I believe most of us have been waiting for. You'll see me (if you ambush my room lah) in sweater or cardigans, pair of thick, striped socks, most of the time. Heee.


Alright, till then.












F says :

Biotech, where all the cool kids doing it. 
:D

Wordless Wednesday #13 : Freedom. Happiness.


Monday, December 3, 2012

Gila-gila.

Aku rasa aku boleh jadi gila dengan kembalinya satu sindrom ketagihan aku berblog. ALLAH datangkan idea mencurah-curah sepanjang masa dalam kepala otak aku ni. Tak kira la dalam kelas, dalam bilik air, tengah main games, tengak layan Fesbuk dan Twitter, semua benda tengah berjalan dalam kepala otak aku.


Solusinya?


Entri blog yang tiada berkesudahan. Sampai rasa jari-jemari harus terus menaip, muntahkan segala yang ada dalam pemikiran aku ni, di medium aku yang satu ni, sejak 2007. Kalau tak, nanti otak aku meletup. Ibarat gunung berapi pasif. Lama berdiam, maka pengakhirannya meletus maha hebat. Kebaboom!


Hiperbola.


Ibarat orang yang persoalkan betapa kita tak boleh sumbat air banyak-banyak, nanti badan mengembang. Meletup. Agaknya, sudah tidak ada ruang yang berkenaan untuk air yang berlebihan itu dikeluarkan barangkali. Mungkin sangkaannya aku telan 3 liter dalam 1 minit.


Dahsyat.



Tapi sumbat air tebu, tak apa ya?

Tapi sedut air banyak gas itu, tak mengapa ya?

Tapi teguk teh tarik segelas setiap malam, tak apa ya?


Nak gelak sinis, tapi tak mampu.



Sebab itulah orang yang tak mampu tahan nafsu, diseru bernikah. Paling cikai kalau tak mampu sekalipun, berpuasalah. Supaya nafsu ikut puasa sama.


Sebab itulah kalau sedih, harus mengadu. Kalau stres, harus luahkan. Pada siapa? Pada Empunya kita dan sekalian alam lah.


Tiada orang boleh menahan sesuatu beban dugaan lama. Carilah saluran yang betul. Masalah pun nampak macam kuman kelak.




Aku gila main games Triple Town. Orang akan nampak betapa keanak-anakannya aku ini tatkala mata tekun meneliti telefon hensem aku tu. Tak dapat perangkap beruang comel tu, aku jerit. Tak dapat bina rumah besar tu, aku teriak.


Gila.

Sunday, December 2, 2012

Tahniah, sayang!! #2

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sila jawab! :)


Apdet laju-laju, sebab nak siapkan assignment Chemistry and Biochemistry of Natural Products, lagi satu muka surat je tinggal, tapi dari lepas Isyak tadi, tak gerak-gerak pun. Hehehe. Penangan esok nak kena hantar, hari ni baru nak kalut kan. Hehehe. Sometimes, human works better under stress, provided, it's workload's stress, not from other human beings pressuring them. Itu boleh bikin aku kena panic attack.


Baru lepas ber "Whatsapp" dengan seorang coachee di Kelantan, eh itu tanah air tumpah darahku. Ini kawan sekolah rendah, dia antara yang pertama berminat nak guna produk Herbalife untuk turunkan berat badan. Lepas tanya, lama dia mendiamkan diri, masa tu, aku anggap dia belum bersedia.



Kawan aku sorang ni, tak bersedia untuk namanya dikeluarkan kat blog aku ni, it's okay, NO PROBLEM!, bagi tau yang dia dah turun 1 kilogram!!! Baru minggu lepas dia mengadu berat dia tak turun-turun, siap sedih lagi, nyaris merajuk sebab ingatkan lemak dah mengeras dalam badan.



Alhamdulillah, dengan izin ALLAH S.W.T., tengah mencari idea nak mengarang "Microalgae as new sources of drugs", dia dengan gembiranya kongsikan kegembiraan tu dengan aku. Apa boleh buat!!! *tiru gaya Ibu Damae plis!*



Itu je nak cerita, off dulu, siapkan kerja. Ada banyak entri tertangguh, nak cerita pasal class trip ke MAHA, hari Sabtu lepas. (semalam la)














F cakap :

Welcome home! :)

Thursday, November 29, 2012

Kisah seorang pelajar Biotek.

Assalamu'alaikum warahmatullah.

Have you had your shake today?? Perisa apa? :)


Alkisahnya hari ni (yakni semalam), di sebalik bertimbunnnya assignments dan lab reports yang menanti untuk disiapkan, aku masih sempat nak gedik apdet blog. Muahahaha. Hari ni terlebih rajin sikit. Tapi apa yang aku perhatikan, views blog aku akan naik mencanak kalau aku cerita pasal crush (yang mana aku pasti budak-budak KWW akan siasat habisan), pasal petua-petua, terutama petua menghilangkan sakit tekak tu, dua kali aku buat entri, dan dua-dua entri tu memang hot stuffs gila.


Hari ni, kelas bermula jam 10 pagi, di makmal komputer. Subjek : Bioinformatics. Haaa, jangan nak minta aku cerita panjang-panjang apa menda alah Bioinformatics ni, mohon gugel ye. Apa yang kitorang buat hari ni, menggunakan ExPASy tools. Tak faham, takpe, teruskan membaca. Jangan bimbang, yang bakal berdepan dengan exam nanti, aku dan budak-budak KWW. Hehehe

FASTA format untuk Bacillus halodurans

Ni baru 1/4 je aku snip kan.

Tujuan : Cari amino acid sequences untuk gene Bacillus halodurans tu.


Habis kelas awal, gi kafe, beli makanan tengah hari siap-siap. Aku asingkan lauk dengan nasi. Nasi ada la dalam 2 genggam, tiga jenis sayur (sayur campur, terung berlada dan bayam air) dan seketul daging ayam tomyam, sebesar dua tapak tangan Ammar Aiman. Haa, cuba berimaginasi sikit macam mana saiznya tapak tangan budak umur dua tahun. :)


Siapkan assignment sikit, online sana-sini, main game, pakai Herbalife Multivitamin Clarifying Mask, lepas tu tidur.


Malam, siap-siap nak gi kelas Design and Optimisation (DO) pulak. Dapat pulak pengumuman rasmi daripada pensyarah kami, yang beliau menjemput kami sekelas ke majlis perkahwinan beliau di Muar, pada 23 Disember ni. :)


Dan inilah yang terjadi dekat BFF aku. Pelamin Anganku Musnah, mungkin??


Hehehe. Gurau je. Kawan aku sorang ni tengah demam dan selesema, sampai berair-air mata tu. Tu yang dia angkut sekali sekotak tisu ke kelas malam tadi.





Kitorang berdua balik ke bilik, kawan-kawan lain keluar makan, sebab semua pakat tak dinner lagi. BFF aku tu tak lalu dan badan tak sihat, memang sah-sah tak keluar. Aku pulak, kenyang yang amat woh, jadi malas nak menyendatkan perut dan usus terchenta!


Tengah syok-syok makan epal Red Delicious dua biji, sekali rumet offer aiskrim, tapi terpaksa la menolak. Aku baru elok daripada batuk je, lepas tu tengah ngap epal, kot celah mana pulak nak sumbat aiskrim kan. Hehehe. Terima kasih ye, cik rumet.


Tengah menaip entri ni, sambil tu jugak aku merasa biskut ada inti krim coklat. Ini pun rumet merangkap klasmet aku lagi sorang yang bagi. Hehehe.









Itu je la kisahnya. Kot kot ada yang dah bosan aku asyik cerita pasal Herbalife memanjang je (tapi aku memang suka Herbalife, nok wat guano tuh? :)). Haaa, itu la kehidupan biasa-biasa aku, yang insha-ALLAH bakal jadi luar biasa.















F cakap :

ALLAH...

Monday, November 26, 2012

Dalam kenangan, Merang.

Assalamu'alaikum warahmatullah!

Semoga semuanya sihat-sihat belaka, bergembira di samping keluarga (erk? dan di samping assignments dan lab reports yang tiada tanda-tanda kehabisan), di bawah payungan limpahan rahmat ALLAH S.W.T. Aamiin.


Ya, saya buat kerja gila hujung minggu lepas. Again, thanks beloved M (haruslah dia muntah sebab kitorang berdua memang tak mainla cheesy keju bagai ni, but still, I love you, M!)


Merang? Kat mana tu? Ke Marang? That was the first question I asked my Abah. He answered, "Yes, Merang, not Marang. Kita nak gi Merang tau, nanti cakap kat pakcik bas, berhenti kat Merang."


Haaa sudah, aku ni bukanlah penduduk jati Terengganu. Dalam bas, selalu tidur je, tak kira bas siang ke bas malam. Memang aku sangatlah tak peka dengan nama-nama tempat, jalan, pekan dan daerah semua ni. Terus SMS K-pop spazzing partner aku (oh, lama gila kot tak ambil tahu pasal K-pop woh dengan dia!!), sebab dia memang orang Ganu kan. Aku tanya, jauh ke tak terminal bas KT dengan Merang, dia jawab, dalam 20 minit je. Alhamdulillah, lega.


M tahu betapa serabutnya fikiran aku malam tu. ALLAH...


Pagi tu, memang kalut. Hohoho. Satu hikmah dan peringatan untuk aku, jangan ulangi benda macam pagi tu. Gila-gila!


Aku dihantar ke terminal bas Kuantan oleh cik M, tanya pakcik bas pasal Merang, dia kata dia tak tahu. Last minute decision, I decided to be dropped at the KT bus terminal. Sebab kalau tak, nanti tak tahu makin melencong ke mana kan. Kalau terus sampai Kubang Kerian, nanti memang sah-sah takde orang nak ambil, because my family would be already in Terengganu then.



Nak dipendekkan cerita, sampailah ke terminal KT, makan-makan kejap sebab rupanya dekat 40 minit jugak perjalanan dari Merang ke KT. Abah sampai dengan Mama dan adik-adik, terus ambil tiket balik ke Kuantan Ahad malam, dari KB, dan maka bertolak pulanglah kami ke Merang. Tempat spesifik, Sutra Beach Resort.
Lebih kurang macam ni la bilik kitorang. (cuti.my)
Kolam, semua terjun, kecuali aku dan Opah je. (cuti.my)



Malam tu, kami jalan-jalan makan angin ke bandar Kuala Terengganu lagi. Tengok I-city versi Ganu. Not bad, cuma tak sepadat kat Shah Alam kot. Maaf kualiti gambar biasa-biasa aja, daripada Samsung W yang ada kamera 5MP. :)







Esok paginya pulak, Sabtu, lepas bershake, masih bergedik nak makan bufet sarapan pagi kat situ. Terhad hanya 2 orang satu bilik, maka yang pergi hanyalah aku, Adot, Abah dan Mama. Yang lain, makan roti canai dan nasi lemak yang Abah belikan lepas Subuh tu.


Mulakan dengan buah-buahan dulu supaya sistem pencernaan anda gembira senantiasa.

ALLAH, teringat-ingat omelet ni. Sedap sangat!!

Roti untuk Abah dan Mama.

Grated potato with onion and cheese! Love it, tapi Mama kurang suka. :)

Salad. Parutan lobak merah, jagung dan daun salad. Tambah thousands islands.

Dan minuman wajibku, semestinya, teamix!! Cold teamix tu!!

Dan lepas tu, online kejap kat lobi resort, maka terhasillah satu entri blog, satu status Facebook dan beberapa tweet di Twitter. Sebab kat bilik, memang tak dapat langsung wifi, terus kat lobi, haaa, tercongok aku duduk bawah router terus. Hehehehe.



Lepas tu, balik rumah, goreng keropok lekor. YUMMY!!











F cakap :

I miss home like crazy!

Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wednesday #12 : It is YOU.


Friday, November 16, 2012

Sihat sebelum sakit.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Ingat lima perkara sebelum lima perkara :

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati


*tak sangka boleh dok humming lagu nasyid Raihan sambil taip atas tu*


Dalam dua minggu lepas, F ada dengar perkongsian Dr Muhaya kat radio IKIM FM, Celik Mata Reset Minda : Orang Kurang Upaya. Dr Muhaya ada berkongsi cerita berkenaan seorang pesakit diabetes, ada masalah merebak sampai ke mata. Kiranya, Dr Muhaya nak jalankan lasik ke atas pesakit tu la.


Sebab dah tengok kronik sangat, Dr Muhaya nasihatkan pesakit dia untuk tukarkan gaya pemakanan terus. Dah lebih 30 tahun, takkan asyik nak makan yang manis-manis lagi, nak makin teruk ke kan?







Dr Muhaya nasihatkan, tolong jaga pemakanan. Pilih untuk makan sihat, bukan makan sedap. Nak tahu gaya pemakanan seseorang tu macam mana? Cuba intai dia masa makan tengah hari, masa dia tengah pilih nasi campur, bertimbun-timbun tak. Kalau ya, haaa, itu dia sedang merancang utk pilih nak masuk mana-mana CCU [Coronary Care Unit] dalam jangka 20 tahun lagi. Tempat orang-orang yang ada masalah sakit jantung la tu.



Kredit : griyatabib1001







Pilih sihat sebelum sakit.
Call/SMS/Whatsapp 0133150053



Thursday, November 15, 2012

Ke hadapan F

Ni entri untuk diri sendiri.

Dah 1 Muharam hari ni, 1434H. Lagi 1 tahun, bersamaan 1 Muharam 1435H, aku harap kau baca balik entri ni, F.


Aku tahu, kau serabut, down, miserable, takut, and all the negative words you could ever utter. Sabar. Sabar. Sabar. Ikut cakap Kmah, keep on sebut Ya Qayyum, Ya Qowiyyu, Ya Fattaah. Baca. Ulang. Baca. Ulang.


Paling penting, yakin diri. Yakin sepenuhnya kepada ALLAH S.W.T. DIA selalu ada untuk kau sebelum ni, maka DIA akan selalu ada untuk masa ini, dan masa-masa akan datang.


F, kau takkan rasa susah hanya sekarang. In fact, there are more awaiting for you in the future. Datang dalam bentuk lain pula nanti. Tapi, selama mana keyakinan kau terhadap ALLAH tak berubah, selama itulah kau akan rasa segala kesulitan yang hadir ni, cuma satu mainan hidup.


Bahkan, kau boleh panggil itu nikmat.


Nikmat bertuhan, F.



Saat kau tahu, tak siapa akan memahami apa yang kau nak serabutkan di usia 22 ni, ALLAH tahu. ALLAH faham. ALLAH mengerti. Acap kali katakan pada diri, "ALLAH bakal memberiku sesuatu yang baik. ALLAH bakal mengganti setiap titis air mata itu, dengan balasan yang jauh lebih baik."



Dan kau harus terus yakin, F.




Pengorbanan. Dua tahun sahaja lagi kau di bumi Kuantan ni, berbaktilah. Bersabarlah seketika sebelum tiba waktunya untuk pulang ke pangkuan keluarga kau. Curahkanlah dulu bakti kau untuk orang-orang Kuantan. Sebarkan misi mulia kau itu, dengan penuh ikhlas. Semoga ALLAH sahaja yang membalas atas setiap keikhlasan yang kau berikan untuk mereka yang berhak.




Tenang ya, sayang, kerna aku tahu jalan yang kau pilih ini tidak mudah. Percayalah bahawa liku-liku ini bakal jadi selingan kisah kejayaan yang menantimu di masa depan. Segala kesusahan kecil itu sedang menyamar untuk bertukar menjadi suatu kejayaan besar. Teruskan usaha semampumu. Saat mereka mengatakan kau tidak bisa lakukannya, pejamkan mata, tulikan telinga, bisukan mulutmu, dan teruskan sahaja langkahmu ke hadapan.


Dengan izin Tuhan, you would never go astray. You could never go wrong.




Aamiin.








F cakap :

Terus senyum.
Tahun baru dah tiba.

Wednesday, November 14, 2012

Wordless Wednesday #11 : Feeling down?


Monday, November 12, 2012

Berseri-seri.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Kerja mengapdet blog tanpa sedar banyak lagi exams menanti. Pastu dah taip entri, habis semua aku buat scheduled posts. Hahahaha.


Lebih sebulan lepas, ada orang tegur, aku makin nampak berseri-seri lepas guna Herbalife ni. Mula-mula, macam mengiyakan kenyataan itu, tapi lama-lama, aku terfikir sendiri.


Betul ke??


Herbalife, dengan izin ALLAH Ta'ala, memang banyak bantu aku. Masalah dalaman, memang Alhamdulillah, setel. Resdung pun, Allahuakbar, berkurang lebih 50%. Dapat rasa tahu. Jerawat masih keluar, sebab nak detoks bagai, dah siapa suruh kau tak jaga makan, F oii, maka Aloe tu bantu keluarkan toksik-toksik dari badan ku ini, tetapi melalui muka.


Subhanallah!


Tapi yang aku perasan, makin berseri-seri ni, sebenarnya, disebabkan aku dah jadi positif sikit. Target nak senyum kat semua orang, kenal ke tak, tua ke muda, maka bila kita selalu senyum ni, aura positif datang. Kadang-kadang, kita tak sedar, pabila kita senyum pada semua orang, manalah tahu, orang tu tengah emo, stres, sedih, boleh jadi bahagia.


Hanya disebabkan senyuman kita tu.


Senyum kan satu bentuk sedekah. Kita selalu nampak sedekah ni, kena bentuk material je, duit contohnya. Kalau dah sesak, takde duit, cuba sedekah dengan senyum. Pahala pun dapat. Dahlah tolong bahagiakan orang lain, maka insha-ALLAH, ALLAH akan bahagiakan kita, rezeki lebih murah, tapi dalam bentuk yang kita paling tak sangka-sangka, pada masa yang kita paling tak sangka-sangka.


Baiknya ALLAH. Sayangnya DIA kat kita.



Tipulah kalau aku takde stres, tak marah orang, kutuk orang, tapi aku pun manusia biasa, dalam proses nak baikkan diri jugak yang tak baik-baik ni. Ish ish ish. Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, sekarang, cepat marah pun, cepatlah sejuk. Tengah usaha nak jadi orang yang lambah marah, tapi cepat pulak sejuknya, tolong Aamiin kan.



Makin berseri-seri, pabila pulang daripada Customers' Day Herbalife. Sebab kita dikelilingi oleh orang-orang yang positif, orang-orang biasa dengan sikap luar biasa hebatnya, maka perkara tu senang menjangkiti. Aku pun ikut bahagia sama, tak sempat nak fikir negatif, sebab berada di tengah-tengah kelompok orang yang selalu gembira. Selalu cakap, "NO PROBLEM!". Sampai aku terikut-ikut, sebabnya terlekat daripada upline ku.


Dr Muhaya kata, jadilah orang bahagia yang mampu membahagiakan orang lain.



Insha-ALLAH, jadi WHY aku untuk hidup aku ni. Nak cari redha ALLAH, nak bahagiakan keluarga aku. Aamiin.












F cakap :

Jangan lupa senyum selalu!

Saturday, November 10, 2012

Mencari pendapatan sampingan?

Assalamu'alaikum warahmatullah!

Mood bahagia lalalala, sebab naik semangat, alhamdulillah!! Entri ni sebenarnya ditaip pada 31 Oktober, suatu pagi, jam 2.00 pagi sebenarnya, badan cergas otak cerdas, pekena aloe + teamix + N-R-G tadi, terus laju buat macam-macam. Dah alang-alang wifi UIA baik hati, laju gilos, ye la orang lain semua dah tidur, ko ni pekehal tak tidur-tidur lagi hah??


Oh, F, just cut the crap and move on to your points. Orang semua tengah tak sabar-sabar nak tahu macam mana boleh jana pendapatan sampingan, oh cepat-cepatlah bagi tau weh!!



Oh macam mana ye?? Tak banyak boleh diceritakan kat sini, sebab anda kena pergi sendiri dengar dan lihat perkongsian dua pemuda yang errrr, tak pastilah single lagi ke tak. Baru berusia dalam lingkungan 20-an, tapi tiap-tiap bulan duit masyuk, RM 10, 000 ke atas!! Subhanallah!! Macam mana dorang buat tu??


Haaa, silalah rujuk poster di bawah untuk keterangan lanjut.

Khas buat orang-orang di Utara Malaysia, Kedah, Perlis, Pulau Pinang. Orang Perak dan dari negeri-negeri lain nak pergi pun boleh, untuk belajar, tapi pengangkutan sila tanggung sendiri ye. :)


Kalau berminat, sila bagi tau F cepat-cepat sebab nanti boleh tempahkan tiket EARLY BIRD!! RM 15 sahaja, tapi kalau terlambat, oh jangan risau, masih boleh beli tiket pada hari kejadian, tapi dah jadi ANGRY BIRD ye sayang, RM 25.



Tak rugi dengar sebab anda akan diajar pelan pemasaran yang cukup mudah dan boleh diaplikasikan. Boleh tanya F apa-apa je yang anda nak tahu, F cuba jawab. Tapi insha-ALLAH, dah pergi perkongsian tu, boleh dapat lagi luas pengetahuan tau. Lagi lengkap la, andai F tertinggal apa-apa maklumat.



Makanya, call/SMS/Whatsapp 0133150053 ye!















F cakap :

Mid-sem exams belum habis lagi tau!!

Wednesday, November 7, 2012

Wordless Wednesday #10 : Trial-and-error


Monday, November 5, 2012

Mahu makan tengah hari bersama F?






Itu je gambar yang sempat snap. Yang lain-lain, dah ngap dulu, baru teringat nak ambil gambar.





This is my everyday's lunch. Boleh tanya kawan-kawan terdekat, memang ni cara F makan tengah hari, hampir setiap hari.

1. Isikan separuh daripada bekas makanan dengan sayur-sayuran, lagi banyak jenis, lagi bagus.


2. Isikan 1/4 daripada bekas makanan dengan sumber protein, sebab F peminat tegar tempe, F isi tempe dulu sebelum berkira-kira nak ambil lauk [protein] yang lain ke tak.


3. Ada hari tak nak makan tempe je,
F akan tambah lauk [protein] macam ikan, ayam, telur, ambil yang saiz kecil2 sudah. [oh jangan bimbang, saya tak makan kulit ayam tu, dah campak tepi siap2 sebelum makan tu].

4. Baru isi nasi lagi 1/4 baki bekas makanan tu. F bukan tak suka nasi, tapi kadang-kadang dah kenyang dgn sayur-sayur dan lauk-pauk, nanti nasi tak habis, membazir pulak kan. ;)

5. Jangan lupa minum segelas air kosong sebelum makan untuk memudahkan pencernaan anda. Kalau ada buah-buahan, makan buah jugak sebelum makan ye. :D

6. Elakkan minuman manis lagi berais!! Cuba elakkan, memang akan terasa perbezaan, badan rasa lebih ringan, kurang semput, stamina lagi naik.


Maintain your weight, ASK ME HOW!
Call/SMS/Whatsapp 0133150053

p/s: Pagi, biasanya F minum shake Herbalife yang sedap tu. Malam, sama ada shake atau normal meal jugak. :D Sbb nak kekalkan berat badan, tapi nak turunkan % lemak badan.
F cakap :
Berderet-deret scheduled posts, menanti untuk published.

Wednesday, October 31, 2012

Tukar lemak jadi duit!!

Assalamu'alaikum warahmatullah!

Apa khabar semua? Semoga ALLAH memberkati setiap pekerjaan kamu ya.

Bukan nak cerita ada crush baru yang ehem-ehem-ehem siap BFF nak bawak jumpa dia, sebab rumah crush baru dekat dengan rumah BFF, ah abaikan saja, bukan itu motifnya aku nak taip entri ni la.

Nak cerita ni...


Tengah mencari orang-orang sekitar Kuantan, kalau ada kenal ayah, emak, abang, kakak, jiran tetangga, saudara mara sepupu sepapat, kawan-kawan baik, yang ingin turunkan berat badan, pada masa yang sama berpeluang menang wang tunai, haaaa, silalah cari cik Fikah Mus ye.


Ni kes malas nak taip balik, sebab dah taip panjang-panjang kat Muka Buku ku, maka kita kopipes aja ya. Kopipes status sendiri okeyla kan. Hehehe.





Bismillahirrahmanirrahim.

Haaa, siapa kat sini nak tukar lemak jadi duit??
Jom sertai Weight Loss Challenge, 
anjuran My Health Smart Club ( Herbalife@Ziedazzle), Kuantan, 
untuk bulan November ni.

Kalau anda sertai, anda akan dibekalkan dengan:


- goodies bag (artikel, magazine, CD pasal lose weight)


- sarapan pagi sihat utk sebulan


- coach ajar taktik penurunan berat berkesan


- ada aktiviti senaman 'fun' dan santai pada hujung minggu


- persaingan sihat; result akan naik sekali, 
2 kali ganda dari diet sorang2, sbb akan rasa lebih bermotivasi


- boleh kongsi tips dari orang yg dah berjaya turun 15-20kg




TOP 3 bakal memenangi hadiah wang tunai tau!! Tak nak keeerrrrr??




Daftar sekarang!!


Tarikh tutup penyertaan : 
2 November 2012


[eh, dua hari je lagi tu!]




Call/SMS/Whatsapp :


0133150053


Takpun, isi borang kat atas tu, kat ruangan extra info tu, 
silalah mention pasal Weight Loss Challenge tau!!




Bagi tau semua orang tau!! :D
Nanti F akan setkan appointments ye. :)
F cakap :
Allah, kuatkanlah diriku utk lebih kuat berusaha.

Wordless Wednesday #9 : All-time favourite - Creme brulee cheesecake


Wednesday, October 24, 2012

Wordless Wednesday #8 : White.


Thursday, October 18, 2012

You'd better run.


Joined Larian Terbuka Kelantan 2012 last September, specifically on the 29th, together with my two sisters. My Abah and Mama registered us, even before I entered IIUM Kuantan for my third year. so I was kind of excited to join, it's been years since I last joined any running tournament.


Came back from Kuantan the night before, reached home at about 10 p.m. Though I did do some running whenever I was free, joined my girls for basketball's 3-on-3 most evenings, too bad, that night, I had roti canai with sardines. Hahaha


Accidentally slept on the couch in front of the TV that night, woke at 2 something to get back to my room, only to be woken up again 3 hours later. Had our Fajr prayer, quickly dressed up, and we're off to go.


Had my strawberry shake first and brought a bottle of Herbalife peach teamix. Did some warm-up routines, and at about 7.15 a.m., the run started!!




Finished my 6 km run in 48 minutes!! Alhamdulillah, accompanied with the teamix, I managed to burn more than 500 cals that morning alone! Felt a bit tired, had some muscles sore, but it's worth it!
Please excuse the oiliness tiredness shown on my face.

Next time, I'm going to set the target higher, 6 km in 40 to 45 minutes, insha-ALLAH!



Wanna stay fit and healthy?? Wanna join the run without having to worry any after-effects [muscle cramps, lethargy etc.] just like me? Wanna add muscle mass inside your body just like me??


Contact me NOW!! Ask me HOW!!

Call/SMS/Whatsapp ; Afiqah 0133150053

Only for SERIOUS PEOPLE ONLY!!
















F says :

You'd better run.

Wednesday, October 17, 2012

Wordless Wednesday #7 : Doa ditemukan jodoh


Sunday, October 14, 2012

That person.

Even if you might have someone else already, I would always root for you. I would always cheer for your happiness. I would still be happy.

Even if you never know what I feel about you, it still feels good, I wonder why. Though sometimes it can be so painful that I have troubles to sleep, I would still be glad that I actually have a feeling for you.

It just feels so good. Knowing that I add more people into my circle of life, just to care for them.

I know I shouldn't be so hopeful, but I still want to take the risk and just go with the flow. I would never know where He would put me, but it still feels so good that I just can't wait to see the real reason of my life becoming like this.

I am happy.

I am blissful.

Even if I don't confess. Now I'm taking more excuses not to confess. It feels so good just to like that person.

Even if there were times that I was actually dying inside, after catching a glance of you.

Even if there were times I wished you would never come to be a part of my life.

But you did anyway.


I know I would still end up brokenhearted, so please lead your life happily. I would never ask for anything. I do not deserve the right to be more than liking you from afar.














F says :

Well, whatever happens, it still feels so good. :)

Thursday, October 11, 2012

Rasa.

Kau tahu, bila kau rasa sesuatu yang tak boleh kau jelaskan dengan kata-kata?

Kau tahu, bila kau hanya pandang dari jauh, bila pandangan terbalas, kau hanya mampu tunduk?

Kau tahu, kau rasa kau dah temukan kimia yang sama dengan dia, tapi kau tahu penyatuan itu mustahil?

Kau tahu, bila apa yang kau rasa, kau tak mampu luahkan pada sesiapa?

Kau tahu, bila dah jarang sekali berjumpa, sekali dalam bulan biru, kau rasa teruja, tapi tak boleh ekspresikan?

Kau tahu, muka kau orang anggap muka orang tak berperasaan, mungkin dia anggap kau hati beku?

Dan siapa tahu, dan mungkin kau sudah pun tahu, mungkin hatinya dah dimiliki??



Simpan rasa itu hanya untuk diri kau sendiri. Dia tak perlu tahu, tak siapa pun perlu tahu. Pengalaman lepas seharusnya mengajar kau untuk letakkan dinding di hati sendiri. Nanti terluka, berparut entah bila kan baik. Semoga itu jadi hari terakhir kau tentangkan mata dengan dia.


Pandangan redup dia.



Ah, nyaris saja aku jadi gila. Kata kawan aku, aku ada kecenderungan untuk jadikan muka aku serba kemerahan, bercakap benda-benda mengarut dan random, dan paling penting, aku selalu mundar-mandir.



Tapi, malam itu, aku selamat. Heee. Tak terkesan siapa yang aku renungkan dari jauh, selagi lidah aku terkunci, mulut terkatup rapi.


Hahahaha.



Kali ni, biar jadi rahsia yang benar-benar rahsia. Tak mampu nak ceritakan lagi apa yang aku rasa sekarang.



Indah? Memang indah. Bahagia yang sementara, tapi aku sedar letak duduk diri aku, maka jarak tetap ada.














F cakap :

Sebab awak takkan pernah baca blog ni.

Wednesday, September 19, 2012

Saya.





F:

1. Seronok berpuasa dengan Herbalife!

Alhamdulillah, dari hari pertama sampai hari ke-24, memang sahur, tak pernah miss dengan Herbalife. Kekal bertenaga dari lepas Subuh, sampai masa nak iftar. Takde dah pedih kat ulu hati dan perut, takde dah pening rasa nak pitam.


2. Resdung berkurang

Hehehe. Kurang rasa gatal-gatal kat muka dan telinga. Dulu, kalau dari jauh bau belacan kat ikan bakar masa gi bazar Ramadhan, masa puasa hari tu, siap berdepan dengan gerai ikan bakar lagi. Steady je, alhamdulillah, takde nak bersin-bersin.


3. Selesema pagi berkurang.

Dulu, pagi-pagi, hidung dok soksek soksek je. Tisu takleh lepas, sebab hidung ni rasa macam banyak hingus je. Eeeeeewww!! Sekarang, alhamdulillah, boleh bilang dengan jari berapa kali je selesema dan bersin masa pagi-pagi.


4. Jerawat menyusut.

Terutamanya kat belakang badan. Orang yang ada resdung, semestinya tahu yang jerawat belakang badan, simbolik la tu ada resdung, selain nampak kat hidung. Kat muka sekarang, dalam proses nak menyusut. Alhamdulillah, speed up dengan shake, aloe, Omega 3, dan aloe gel.


5. Berat badan turun naik 500 g ke 1 kg je.

Berat badan ideal F : 52.4 kg. Lepas puasa, berat turun sampai 50 dari 53 masa awal puasa. Seminggu lepas raya, naik sampai 52 kg, pastu turun balik ke 51 ++ kg. Sekarang, berat hanya turun naik antara 50-51 je. 52 kg pun tak sampai. Tapi F takdelah keding sampai tinggal tulang ye. :D


6. Kurang semput masa joging.

F tengah nak biasakan joging, sebab ingat nak cabar diri untuk sertai Larian Sihat Kelantan 2012. Enam kilometer kot. 6 km okey. Dulu, mesti banyak speed-walking je, sekarang dah boleh joging 2 pusingan kat taman perumahan F tanpa henti kot. Dulu, mesti mengelat je bila kawan ajak lari. Siap suruh dia lari dulu, nanti F folo. Sekarang, dah boleh lari sama-sama.


7. Masalah sembelit selesai!

Teruk sangat sembelit, sampai tahap seminggu lebih, sekali je pergi toilet untuk bisnes nombor 2. Sekarang., syukur ya ALLAH, tiap-tiap hari jenguk toilet, paling lambat 2-3 hari je. Terasa bersih ususku. Hehehe.


8. Hilang sakit lutut.

Sebenarnya, F pun tak perasan dah hilang sakit lutut ni. Dulu, ya ALLAH, sakitnya rasa kat lutut, rasa macam tulang dok bergesel-gesel. Sendi rasa terbelit-belit kat lutut tu. Sakitnya sampai takleh tidur, tahu tak. 


9. Bertenaga sepanjang masa.

Perasan masa dua tiga hari minum N-R-G tea. Memang kesan dia tak sehebat teamix yang terus bagi peluh-peluh kan, tapi N-R-G [pronounced as "energy"], ore kelate panggil Nok-Raso-Gagoh, memang buat F tak balik bilik. Maksudnya, buat kerja macam-macam siang semalam, sampai ke malam, follow-up customers, hantar produk, sit down dengan customers, padahal pagi tu kelas full, petang tu ada group discussion dan event meeting, tapi Subhanallah, ALLAH bagi pinjam kekuatan nak selesaikan macam-macam.


10. Takleh terima fast food.

Hehehe. Yang ni sangatlah obvious masa dibawa ke McDonalds. Baru makan 3 gigit burger GCB dan segenggam french fries, perut memulas. Balik rumah, apa lagi, memang ceri-beri. Tapi kalau dulu-dulu, rasa macam ceri-beri yang memenatkan, sampai rasa tahap dehydrated gila, kali ni, TAK! Memang boleh rasa sistem penghadaman tengah cakap "TIDAK!" kat fast food. Hehehe.







Ada sesiapa nak gi kelas tak yah risaukan masalah gastrik [INSYA-ALLAH!], tak yah risau kan perut kruuuk kruuuk masa kelas, nak kekal bertenaga macam F, insya-ALLAH, boleh buat macam-macam kerja, otak laju fikir, boleh lah jangan segan-segan:

1] Isi borang kat atas blog ni. Borang ni terus hantar ke emel F, F memang cek emel TIAP-TIAP HARI 3-4 kali sehari, maka F akan cuba call atau SMS.


2] Jadi kawan F kat Facebook dan terus hantar mesej kat inbox.



3] Ni cara paling cepat dan senang, call atau SMS 013-3150053. Jangan call masa kelas pulak ye. Ni jadual kelas, kang nanti call masa tu, janganlah marah kalau F tak angkat call. SMS bila-bila pun boleh. Nanti kita boleh bincang tarikh untuk set appointment.








Orait semua?! Toodles!!









F cakap :

ALLAH takkan nafikan usaha hamba-Nya. 
Insya-ALLAH.