Saturday, December 31, 2011

Tidur.

Dahsyat betul. Baru je beberapa minggu lepas, dengan indahnya boleh berjaga tengah malam sehingga ke subuh, boleh stadi, boleh skodeng orang [eh?], boleh online sakan, tanpa rasa penat, tanpa rasa mengantuk. Tapi, sejak masuk minggu-minggu akhir semester yang bersamaan dengan minggu peperiksaan akhir ni, badan lesu, cepat mengantuk. Masuk je jam 12 tengah malam, automatik mata kuyu, mulut kuap tanpa dipinta.





Ahhh..petanda makin tua kah barangkali?? Mentang-mentang dah nak masuk tahun baru, badan pun mintak dinaiktaraf sama agaknya. Minta direhatkan lebih sedikit. Tapi apakan daya, banyak bab tak habis belajar lagi, nota-nota setiap saat memohon simpati agar dibaca. Pada masa yang sama, Encik Acer tidak putus-putus mencuba bermacam-macam cara agar diberi perhatian setiap waktu.





Dugaan betul. Sabarlah hati, rindu akan rumah sekalipun, perjuangan mesti diteruskan sehingga ke dakwat yang terakhir. Tenanglah minda, sesak bagai jalan-jalan raya pada musim perayaan itu sekalipun, khidmat anda masih diperlukan sehingga 15 hari bulan Januari. Kemudian, andai seluruh tubuh badan ingin diangkut ke mana-mana sekalipun, pasti dituruti.





Walau aku cuba semakkan katil dengan macam-macam, supaya nafsu tidur itu berkurang, tapi kalau dah mengantuk sambil katil menyeru untuk beradu, apakan daya...aku hanya insan yang lemah. Barang-barang yang disepahkan atas katil, dikalihkan ke tempat lain, spesifiknya, meja belajar. Ruang diberi jua untuk empunya katil untuk melelapkan mata, merehatkan diri.












F cakap :

Selamat ulang tahun ke-21, wahai Azra.
31122011

No comments: