Tuesday, December 20, 2011

Paksa diri.

1. Ya. Dipaksa rela apdet blog semata-mata nak bagi makcik sorang tu ada sesuatu nak dibaca.


2. Punyalah dalam hati dan minda dok set nak balik rumah, haa, amekau, sekali Abah telefon, cakap, "Taknak balik ke?? Baliklaa kejap." Maka harus cair hingga takat lebur paling maksima.


3. Kena ambil juga kuiz Bioprocess, chapter 10, sedangkan kawan-kawan taknak. Iyelaaa..takpe laa..sebab markah ai tak cukup makan kan. Hahaha


4. Sejak dua menjak ni, aku perasan bahawa apa yang aku larang, itu jugak yang dorang buat. Contoh, jangan tengok Hindustan malam ni sebab semalam ada orang marathon filem Hindi sakan, tapi dia syok pi layan Mohabbatein dan ending Devdas jugak.


5. Terima kasih dekat makcik kesayangan sebab ajar aku macam mana nak putihkan latar belakang blog.


6. Nak borong MAKANAN banyak-banyak-banyak pabila sampai rumah nanti.


7. Kelas Molecular Genetics, Animal Cell and Tissue Culture, Ethics and Fiqh in Everyday Life, dan Bioprocess, dah selamat habis. Tinggal kelas Plant Cell and Tissue Culture dengan Mendelian Genetics je.


8. Ada 5 lab reports dan satu esaimen kena hantar. Semuanya pasal PTC. Ahh, tak tahu teka sendirilaaa.


9. Kurang sepuluh hari lagi, paper final yang pertama bakal menjengah. Sila cuak.



10. Hari ni, lepas bukak puasa, dan lepas habis kelas Ethics, makan tak henti-henti. Dari waktu buka puasa dengan sekeping roti Butterscotch dan sebungkus nasi goreng ayam kunyit sedap habis dari Kafe Pakcik, lepas kelas sambung dengan kentang goreng, mee goreng mamak, milo ais dan Bliss Passion Fruit Orange.


11. Terdesak memerlukan kasut. Sebab dah koyak tahap sangat meyedihkan. Dahlah yang bahagian koyak rabak habis tu, semuanya kat sebelah kanan. Apa ke kaki kanan aku ni besor sangat keerrrr?


12.Telefon Nokia yang sedang digunakan ni, baterinya tak dapat tahan lebih satu hari. Kadang-kadang ikon bateri tu ada je lagi separuh, tapi tetiba terpadam sendiri. Harulah..


13. Rindu sama Sony Ericsson W508 putih tu. Memang langsung tak nak hidup gamaknya, terus merajuk ke, sayang?


14. Oh, lepas bosan baca Half Life - Roopa Farooki, maka sekarang tengah baca The Silver Compass - Holly Kennedy pulak. Okeylah setakat ni. Sebab takde unsur-unsur yang pelik sangat.


15. Akibat tebiat suka mencampak barang merata-rata, sekarang aku telah kehilangan pendrive oren 4GB tu. Sumpah lupa letak kat mana, tadi nak guna baru kalut dok cari, sekali tak jumpa.


16. Sangat homesick.


17. Semoga berjaya untuk yang nak jawab minitest pagi ni.


18. 3 buku yang dipinjam dari perpustakaan UIA Kuantan ni, dah tamat tempoh pinjam. Kena pulangkan jugak ni, kecuali yang nak guna lagi, renew kan sajooo.


19. Masjid UIA Kuantan telah selamat dirasmikan sebelum solat Zuhur semalam. Alhamdulillah. Sekarang, tiap-tiap masa solat, mesti azan berkumandang, kedengaran di hampir seluruh UIA ni.


20. Nak makan Sisters' Crispy Popiah, nak makan Teriyaki Chicken kat Black Canyon, nak makan mango cheesecake yang berkrim kat Lila Wadi, nak makan Creme Brulee cheesecake kat Secret Recipe, TAPI yang penting nak makan ayam masak merah, air tangan Mama!!











F cakap :

Terima kasih, saya sayang awak!

2 comments:

sri said...

kikikikiki eh yg awak syg tu saya ke? *perasan*

Cik NurulZaty said...

nak makan awak bleh?