Friday, December 2, 2011

Hati kita tak sama.

Pacai atau nama sedapnya, Firas Adam tetap jadi lelaki idaman aku yang datangnya dari dunia fiksyen itu. Walau hadirnya Adil, yang ciri-cirinya, banyak mendengar dan penyabar tahap giga, tapi hati aku tetap pada Pacai. Tak tahu kenapa. Padahal kalau ikutkan, Adil tu la yang best jadi boipren yang sangat memahami, pandai baca hati perempuan.



Mungkin sebab Pacai pernah merokok, lepas tu dia berhenti merokok kot?


Mungkin sebab Pacai sangat berusaha untuk cari "Dorothy" aka Wardah sampai jumpa??


Mungkin sebab Pacai pernah masuk hospital dan terus mengingatkan aku pada seseorang???






Adil memang baik. Kawan baik yang terbaik. Memang sesuai sangatlah dia digandingkan dengan Teja Aulia yang senang baran, kalut tak menempat dan pelupa. Eh, tiba-tiba rasa macam ciri-ciri si Teja Aulia tu ada je pada aku. Cuma Teja Aulia sangat beruntung sebab punya Adil, yang sanggup tahan dengar bebelan dia, yang sanggup memandu dari Johor ke Terengganu semata-mata Aulia kata rindu, yang sanggup bagi kepala dia berdarah kat dahi sebab kena baling dengan Aulia, hadiah yang Adil bagi.





Tapi tapi tapi kan, aku tetap suka Pacai aka Firas Adam. Nama sedap bukan main, tapi suruh panggil Pacai je. Nasib baik dia tak suruh si Wardah tu panggil dia Pacai jugak. Ish ish ish. Terima kasih sebab panggil Pacai dengan nama sebenar dia. Teringat masa Wardah menangis gila-gila-gila sebab Pacai masuk hospital Aku pun nangis masa orang tu masuk hospital, tapi taklah segila Wardah kot.







Terima kasih Syud sebab tulis novel-novel best ni - Baju Melayu Hijau Serindit dan Untuk Awak Teja Aulia. Sekarang, tengah baca Tentang Dhiya pulak. Baru 1 muka surat je. Nak kena siapkan kertas cadangan projek dulu, baru boleh sambung dengan aman.












F cakap :

Ada buat salah besar.
Kena marah.
Sebab salah tetap salah.
Memang tak dapat sokongan.

2 comments:

nurul.iman said...

kak F : best kan buku2 tu!!! ^^

Anonymous said...

novel ek ni?macam best je.mana nak cari eh?..eheee