Wednesday, December 21, 2011

Fasa itu.

Aku dapat rasa aku mula kembali menghampiri fasa gila itu. Sedih tak dapat nak dihentikan, muram durja sepanjang masa, letih berpanjangan. Ah, sungguh aku penat.




Aku tak kuat, tapi harus pura-pura kuat, sebab dengan cara itu sahajalah, aku dapat yakinkan diri, hati dan minda, bahawa aku masih punya sisa-sisa kekuatan dan ketabahan.




Ya, ada sesuatu berlaku, untuk sesetengah orang, boleh jadi tafsiran mereka, perkara itu sangat kecil, perkara itu sangat besar. Terpulang. Tapi aku perlu masa untuk kembali waras, kembali berfikiran rasional, kembali berhati tenang. Untuk itu, aku dah buat keputusan sendiri.



Oh, harus pancarkan senyuman sepanjang masa, walaupun itu palsu semata-mata. Sekurang-kurangnya, aura positif mampu dipancarkan, dengan harapan, kembali dipantulkan untuk aku kembali optimis. Ah, sukar menjadi seorang F yang terlalu banyak berfikir...












F cakap :

Aku bakal pulang.