Ini namanya, sakit rumah aka homesick. Makin ketara dah, sebab makan pun tak lalu, belajar pun tak fokus, penjagaan diri pun terabai.
Dahlah bangun je daripada tidur, dah takde dah nak minum segelas air putih, diikuti sarapan pagi. Makan tengah hari tak payah ceritalah, dengan selambanya, tinggalkan je terus. Makan malam pulak, pabila dah masuk bilik, memang dah tak reti-reti nak keluar bilik, berjalan ke kafe. Terasa jauhnya kafe berbatu-batu dari bilik.
Bab belajar pulak, tak boleh nak fokus betul-betul. Asyik ada je perancangan yang nak buat kat rumah. Fikir nak tengok drama apa, fikir nak makan apa, fikir nak jalan-jalan ke mana, fikir nak pakai baju raya apa. Lepas tu, tak tahan rindu akan keluarga tersayang, terutamanya Ammar Aiman, umur 1 tahun lebih, dah boleh jalan dengan stabil bila pakai kasut, dan punya 4 batang(?) gigi, 2 kat atas, 2 kat bawah. Dahlah suka menjerit. Oh, itu semuanya diceritakan oleh Abah, Mama dan Angah. Buat gila kejap sebab rindu sangat akan budak kecik saya itu.
Hari ni dah Selasa. Esok Rabu, bersamaan hari peperiksaan pertengahan semester bagi subjek Bioprocess. 4 bab masuk. Belum habis belajar pun lagi ni. Lusa Khamis, harapnya semuanya berjalan dengan lancar tanpa aral melintang. Amiin.
F cakap:
Cuti oh cuti, weh!!!


2 comments:
nak balikk jugakkk... :(
Good Luck for your test dear! :)
Post a Comment