Wednesday, November 23, 2011

Pesan pada diri.

Jangan belajar last minute sangat, contoh, esok petang nak exam, malam ni baru kalut nak stay-up bagai, nak habiskan semua bab. Lagi satu, sebab kau tak tahu apa-apa yang bakal menimpa kau, F.



[1] Kau tidur lepas solat Isya'. Bajet nak bangun 2-3 jam kemudian, sebab tak nak mengantuk masa stay-up. Sekali masa tengah tidur, masa tu jugak jadi satu kebetulan orang memilih untuk jadi riuh-rendah, hiruk-pikuk, hingar-bingar. Lantas, tidur tak lena, kau stres sambil menyumpah dalam hati [atau kat Twitter], maka nak belajar pun susah.




[2] Masa tengah stay-up, tiba-tiba masa tu jugaklah perut nak memulas. Memulas pulak bukan tahap mikro, tapi terus lompat ke tahap giga terus. Tak ke haru tu, F, satu kerja nak ulang alik ke bilik air, kalut nak sapu minyak, lantas kau pun baring kat katil. Sakit punya pasal, nota pun tak larat nak dipandang.




[3] Kalau nak dijadikan cerita, petang tu kau main hujan. Bukan maksudnya kau suka-suka hati berlari dalam hujan, tapi payung tertinggal kat bilik, maka nak gerak ke mana-mana tanpa payung, bermakna kau dengan sengaja telah mendedahkan diri kau pada hujan. Maka, kau sakit kepala, demam, selesema. Tangan yang patutnya conteng nota, dah jadi tangan yang rajin ambil tisu dari kotak, kesat hingus tu. Ish..ish..ish..




[4] Musim exam dalam musim hujan. Kau tahu apa maksudnya tu, F?? Ertinya, hati, badan hatta otak kau sendiri, lebih memilih berselimut di atas katil, sambil menikmati enaknya kesejukan pada musim hujan ni. Mata pun berat, terlelap pun senang. Dah tak wujud istilah insomnia masa tu. Semuanya disebabkan musim sejuk kegemaran kau telah menjengah bumi Kuantan. Belajarnya bila masa???




[5] Alahai, nak dijadikan cerita, kau "cuti" pulak masa ni. Sepatutnya lebih banyak nota dah habis tilik, habis sentuh. Tapi ini tak, otak dan perut berdua bersatu, bergabung pulak dengan hati, asyik fikir apa nak makan, apa nak minum. Tangan dan kaki seiringan ke sana sini, mencari stok makanan yang bakal dikorbankan untuk mengisi perut kosong kau tu kononnya. Kau lebih memilih membuang masa menikmati sedapnya Cadbury Black Forest dengan setiap gigitan. Apa kau ingat kau drakula yang kehausan darah ke, F???












F cakap :

Sesungguhnya, aku redha dan tawakkal dengan kertas Genetics tadi,
hanya pada ALLAH S.W.T.
Lain kali, sila beringat, belajar last minute bakal menghenyak kau, F.

No comments: