Tuesday, November 29, 2011

Kesibukan.

Sekarang, memang terasa sangat bahang kesibukan. Dah siap buat senarai apa benda yang dok disibukkan. Maaf, tak boleh nak kongsi gambar senarai dan macam-macam lagi, sebab fungsi kamera kat Sony Ericsson W508, si henfon lipat ni, dah rosak. :(





1.  Dah dekat 3 kali tangguh balik rumah. Sedihnya, setiap kali buat perancangan nak balik, mesti tak kesampaian. Tak pe la, ALLAH kan sebaik-baik Perancang, Dia lagi Mengetahui kenapa F tak boleh nak balik.



2. Ya, fungsi kamera kat Sony Ericsson W508 ni dah rosak. Sejak Rabu lepas kot, lepas jatuh dalam kelas Molecular Genetics Dr Phang. Masa tengok lepas jatuh tu, okey je, tak sangka pulak kamera dah tak berfungsi. Sedih lagi :(.



3. Jadual peperiksaan akhir untuk semester 1 2011/2012, tahun kedua pengajian, dah keluar. Alhamdulillah, jadual okey.



29/12/2011 - Ethics and Fiqh for Everyday Life.

04/01/2012 - Cell and Tissue Culture

13/01/2012 - Genetics

15/01/2012 - Bioprocess




4. Banyak gila laporan makmal [baca : lab reports] kena buat. Untuk plant tissue culture je, dah ada lima bijik, kena tulis tangan secara berindividu. Maka, kena asah bakat tulisan cantik kembali. Alhamdulillah, untuk Bioprocess dah siap dengan M dan K malam tadi, lega gila tau. Tinggal nak compile dengan budak-budak laki je.



5. Ada dua presentation menanti. Satu untuk Ethics, tajuk Non-food Halal Products. Satu lagi untuk Leadership and Management. Kena buat banner, kertas cadangan, Power Point slides untuk program. Fuuuhhh.



6. Sebab dah terbiasa sangat belajar dalam suasana bising, maka F tak kisah orang nak buat apa-apa pun. F hanya kisah pabila orang kacau F tidur je. Dasar kepala tidur kan kan kan.



7. Earphones putih pun dah rosak. Cord terputus masa dok syok dengar dalam bas, balik dari KL.



8. F borong buku-buku dari Big Bad Wolf Aftermath Sale pulak. Books are scratched and damaged, all sold at RM5 and below.



9. Pesan pada diri, jangan buat kerja bodoh tanpa fikir dulu. Kan dah kena marah hari tu. :(



10. Tapi F pesan pada diri jugak, kalau tak buat kerja gila tu, hidup tak seronok la!!! Hahaha





Dasar suka online setiap masa.







F cakap :

Sampai hati orang tu buat F macam ni. :(

No comments: