Monday, October 31, 2011

Saya dah penat.

Saya rasa cukup-cukuplah saya jadi macam ni. Bukan 2, 3 minggu, tapi dah bertahun-tahun dah. Saya penat. Sekalipun saya cuba bagai nak gila nak lupakan semuanya, tapi saya tetap tak boleh lupa. Saya nak jugak enjoy hidup saya macam orang lain. Tanpa perlu ada awak dalam otak dan hati saya.




Ramai orang cakap, saya sedih, saya frust tak jumpa awak. In fact, saya lagi sedih bila nampak awak. Terkejut tahap jantung terhenti 3 saat. Serius, tak tipu. Tapi sebab saya menyibukkan diri dengan banyak perkara malam tu, saya tak boleh nak menangis. Sedangkan saya tahu, kalau saya tak ada apa-apa hal malam tu, kalau saya terus pulang ke bilik, alamatnya, saya akan menangis sorang-sorang macam dulu.




Ya, saya tak sangka rupanya saya tak gembira pun nampak awak. Saya dah penat nak risaukan pasal awak, sebab saya tahu, lagi ramai orang yang boleh bimbangkan keadaan awak. Saya selalu doa, saya nak sangat lupakan awak. Tu je. Bukannya saya mintak awak dicampakkan jauh-jauh, sebab hakikatnya, memang kita dah sedia jauh kan.




Saya pun terfikir, adakah sebab saya tak unfriend awak kat Fesbuk, maka saya ada potensi untuk stalk awak setiap masa? Mungkin ya.




Nak senang, macam ni je. Saya dah tak perlu dah kot orang bercerita pada saya pasal awak. Dan selagi saya boleh keraskan hati sendiri, katupkan mulut daripada sebut nama awak, I'll be fine. Maybe. Tak tahulah berjaya ke tak ni.




Saya tak tipu, awak, saya penat, penat sangat. Saya tak salahkan awak pun. Saya letakkan kesalahan tu pada diri saya sendiri. Dahlah dasar penakut nak confess kan, lepas tu teringat-ingat pasal awak je kan. Saya bukan takut kena reject, nope, that's not what I'm worried of, tapi ada banyak lagi kesan yang saya risaukan. Yes, I'm weird that way. I think too much, I worry too much. Guess I love too much, too.












F cakap:
Enough is enough. 
Saya nak bebas.

3 comments:

diyanah said...

F, kuat F kuat! :)

nurmujahidah said...

kak fikah,, nak copy letak dalam blog muja boleh,, haha,.,, same la kite kan,, menderita bertaun sebab tak berani confess /// sigh,,

Anonymous said...

strange....
sometimes we don't know what's the best for us..
when it comes to love ... they're probably subjective matters

Gambatte-na ~ ^_^