Sunday, October 23, 2011

Pengalaman.

Perkara yang sama berlaku pagi semalam, 22 Oktober 2011, sama seperti yang terjadi masa hari raya kedua hari tu. Takutnya....



Ma, Abah, kalau terbaca ni, perkara yang sama nyaris terjadi pagi semalam. Dekat tandas pulak tu. Dan Along sorang-sorang. Takut sangat, Ma, sebab pagi sangat, dalam dekat pukul 9 pagi kot. Tambah pulak hujung minggu, manalah ada sangat orang kat tandas tu.



Along cepat-cepat keluar, terduduk sambil tak putus-putus mulut berdoa pada ALLAH, mintak jangan jadi apa-apa kat Along kat situ. Sebab kalau jadi apa-apa, mana ada orang nak sambut dan teman macam hari tu. Hari tu takpelah, ada Mama, ada Abah.



Along tak tipu bila Along kata Along takut sangat, sebab orang tak tahu Along dah pernah kena macam tu. Hanya sempat mesej Srii, kawan Along, bagitau sepatah dua.




Ma, apa Along patut buat?? Tapi syukur Alhamdulillah, gagahkan diri, sempat balik ke bilik, terus baring atas katil. Tapi senggugut menyerang macam nak gila. Sampaikan nak ambil minyak angin, nak capai Actifast pun tak larat, Ma. Along hanya mampu mengerekot je atas katil sebab kepala sakit sangat, perut memulas, dua-dua belah kaki kejang teruk dan belakang rasa macam nak patah je.



Tapi takpe Ma, anak Mama ni kuat lagi. Seteruk mana pun anak Mama kena macam tu pagi semalam, anak sulung Mama ni tak menitiskan setitik pun air mata. Alhamdulillah, lepas tu Along boleh tidur. Selimut dua lapis terus, sebab kesejukan daripada hujan tak henti-henti dari pagi.




Along berdoa sangat, minta jauhlah Along berhadapan dengan pengalaman menakutkan macam semalam. Kalau iya pun, biar ada Mama, biar ada Abah, dekat-dekat dengan Along. Ada Angah sekurangnya pun dah okey. Sebab nanti orang lain tak tahu nak berhadapan dengan situasi macam tu.





Maaf, Along tak boleh nak cerita benda ni kat telefon, sebab Along rasa Along akan menangis je daripada bercerita. Lagi pun, takkan nak risaukan Mama dan Abah, Opah lagi, yang jauh kat rumah tu.





Doakan anak Mama ni kuat okey?? Macam selalu.




Sayang semuanya.












F cakap :

Sila jaga diri sendiri dengan lebih baik, F.