Monday, October 31, 2011

Saya dah penat.

Saya rasa cukup-cukuplah saya jadi macam ni. Bukan 2, 3 minggu, tapi dah bertahun-tahun dah. Saya penat. Sekalipun saya cuba bagai nak gila nak lupakan semuanya, tapi saya tetap tak boleh lupa. Saya nak jugak enjoy hidup saya macam orang lain. Tanpa perlu ada awak dalam otak dan hati saya.




Ramai orang cakap, saya sedih, saya frust tak jumpa awak. In fact, saya lagi sedih bila nampak awak. Terkejut tahap jantung terhenti 3 saat. Serius, tak tipu. Tapi sebab saya menyibukkan diri dengan banyak perkara malam tu, saya tak boleh nak menangis. Sedangkan saya tahu, kalau saya tak ada apa-apa hal malam tu, kalau saya terus pulang ke bilik, alamatnya, saya akan menangis sorang-sorang macam dulu.




Ya, saya tak sangka rupanya saya tak gembira pun nampak awak. Saya dah penat nak risaukan pasal awak, sebab saya tahu, lagi ramai orang yang boleh bimbangkan keadaan awak. Saya selalu doa, saya nak sangat lupakan awak. Tu je. Bukannya saya mintak awak dicampakkan jauh-jauh, sebab hakikatnya, memang kita dah sedia jauh kan.




Saya pun terfikir, adakah sebab saya tak unfriend awak kat Fesbuk, maka saya ada potensi untuk stalk awak setiap masa? Mungkin ya.




Nak senang, macam ni je. Saya dah tak perlu dah kot orang bercerita pada saya pasal awak. Dan selagi saya boleh keraskan hati sendiri, katupkan mulut daripada sebut nama awak, I'll be fine. Maybe. Tak tahulah berjaya ke tak ni.




Saya tak tipu, awak, saya penat, penat sangat. Saya tak salahkan awak pun. Saya letakkan kesalahan tu pada diri saya sendiri. Dahlah dasar penakut nak confess kan, lepas tu teringat-ingat pasal awak je kan. Saya bukan takut kena reject, nope, that's not what I'm worried of, tapi ada banyak lagi kesan yang saya risaukan. Yes, I'm weird that way. I think too much, I worry too much. Guess I love too much, too.












F cakap:
Enough is enough. 
Saya nak bebas.

Wednesday, October 26, 2011

Lapar.

Saya sangat lapar sekarang ni. In fact, I have planned to run from my room to TAJ point, just to have a bit of roti canai.


Baik, abaikan.


Iyelah, siapa suruh mengada makan malam dengan Nestle Fitnesse Honey n Almond Cereals je kan. Padanlah muka. Hah, tapi tunggu. Jangan nak mula fikiran tak baik, "Diet leww teww..!". Bukan nak berdiet sangat pun, tapi dasar malas nak berjalan kaki ke kafe yang 10 kilometer tu. Okey, tipu. Jarak pergi dan balik adalah dalam 1500 langkah.





Makan Fitnesse ni sebagai bekal la konon, bila-bila datang kemalasan yang satu ni. Lagi pun, mengidam nak makan Golden Ball tu [Golden Ball:  deep fried egg with shredded crabstick & mayonaisse]. Rasa nak makan jugak sandwic tuna kat Rotiboy tu.



Dan paling penting, saya nak balik rumah cepat-cepat 3hb November ni, supaya saya boleh masak megi kari letak telur, sayur, ayam, bawang goreng dan lain-lain, dan makan tanpa rasa bersalah.




Ikutkan hati, nak je lari keluar gi ECM esok, semata-mata nak makan. Oh F and her never-stop-feeling-hungry stomach. Memangla kan.



Sekian.












F cakap :

Semoga yang rebah itu kembali bangkit.
Semoga yang lemah itu kembali gagah.

Sunday, October 23, 2011

Pengalaman.

Perkara yang sama berlaku pagi semalam, 22 Oktober 2011, sama seperti yang terjadi masa hari raya kedua hari tu. Takutnya....



Ma, Abah, kalau terbaca ni, perkara yang sama nyaris terjadi pagi semalam. Dekat tandas pulak tu. Dan Along sorang-sorang. Takut sangat, Ma, sebab pagi sangat, dalam dekat pukul 9 pagi kot. Tambah pulak hujung minggu, manalah ada sangat orang kat tandas tu.



Along cepat-cepat keluar, terduduk sambil tak putus-putus mulut berdoa pada ALLAH, mintak jangan jadi apa-apa kat Along kat situ. Sebab kalau jadi apa-apa, mana ada orang nak sambut dan teman macam hari tu. Hari tu takpelah, ada Mama, ada Abah.



Along tak tipu bila Along kata Along takut sangat, sebab orang tak tahu Along dah pernah kena macam tu. Hanya sempat mesej Srii, kawan Along, bagitau sepatah dua.




Ma, apa Along patut buat?? Tapi syukur Alhamdulillah, gagahkan diri, sempat balik ke bilik, terus baring atas katil. Tapi senggugut menyerang macam nak gila. Sampaikan nak ambil minyak angin, nak capai Actifast pun tak larat, Ma. Along hanya mampu mengerekot je atas katil sebab kepala sakit sangat, perut memulas, dua-dua belah kaki kejang teruk dan belakang rasa macam nak patah je.



Tapi takpe Ma, anak Mama ni kuat lagi. Seteruk mana pun anak Mama kena macam tu pagi semalam, anak sulung Mama ni tak menitiskan setitik pun air mata. Alhamdulillah, lepas tu Along boleh tidur. Selimut dua lapis terus, sebab kesejukan daripada hujan tak henti-henti dari pagi.




Along berdoa sangat, minta jauhlah Along berhadapan dengan pengalaman menakutkan macam semalam. Kalau iya pun, biar ada Mama, biar ada Abah, dekat-dekat dengan Along. Ada Angah sekurangnya pun dah okey. Sebab nanti orang lain tak tahu nak berhadapan dengan situasi macam tu.





Maaf, Along tak boleh nak cerita benda ni kat telefon, sebab Along rasa Along akan menangis je daripada bercerita. Lagi pun, takkan nak risaukan Mama dan Abah, Opah lagi, yang jauh kat rumah tu.





Doakan anak Mama ni kuat okey?? Macam selalu.




Sayang semuanya.












F cakap :

Sila jaga diri sendiri dengan lebih baik, F.

Monday, October 17, 2011

Thank you, I love you.

I know, I seldom tell anything about you here, but tonight I will.


Thank you for staying with me, despite my unpredictable antics, my random actions and etc.


Thank you for loving me, during these 2, 3 years of this so-called relationship, namely a friendship which I wish it would stay to the end of my life.


Thank you for listening all my complaints, crush-stories, and problems.


Thank you for lending your ears, your shoulders whenever I need them.


I pray to ALLAH, that He would soon bring you the ultimate happiness, Here and Hereafter.


Credit : 
Zaty's  Samsung ACE 360 Photo Application
[Japanese Style]









F says :

Thank you, I love you.

Friday, October 14, 2011

Demam.

Ke hadapan Encik Acer, jangan demam, tolonglah...F sayang kamu sangat-sangat-sangat, maka tolonglah jangan demam macam ni. Okey, nanti F balik rumah, F angkut cooler pad tu sekali okey?? Janji!!



Saja je nak menjangkitkan pada tuan dia sekali, nak demam, mesti ada geng. Oh kenapakah??



Okey, dah merapu pagi-pagi buta. Tak boleh nak tidur sebab 'panas'. Panas hati dah sejuk, lepas kena siram dengan nasihat berbakul-bakul. Terima kasih buat mereka yang sudi nak dengar.












F cakap :

Maka, benarlah, agenda terlalu banyak.

Thursday, October 13, 2011

The place that I will go again.

When all they serve, are these...


Big Bad Wolf book sale.
MAEPS, Serdang. 
08th of October, 2011.



They're having the second wave this week. More books are added, prices are still the same. RM 8 per novel. I'm tempted.












F says :

If I could go again...

Monday, October 10, 2011

That stranger.

Why can't I just forget him??

Is it because he's just my ideal type??

But he's quiet.

Nope, now that I realise, I actually have a thing for quiet guys.

A guy that doesn't talk much.

Weird..because we didn't even have any conversation.

Neither I, nor him, tried to initiate any conversation.

Thus, creating that awkward, silent atmosphere.

And I found out that..













I actually fell for a total stranger.












F says :

Gosh, F!!!
Having a crush on him, the guy that you would never meet again!!
*sighs*

Friday, October 7, 2011

Wahai sang pencuri..

Ke hadapan awak, wahai si pencuri duit jualan jajan saya beserta bekasnya,

Lokasi : Lobi M7.


Saya cuma nak cakap, terima kasih. Ya, sebab awak dah ingatkan supaya jangan lagi cuai, lalai, leka, alpa dan segalanya yang tak patut dalam berbisnes. Tapi, tolonglah, sekurangnya, pulangkan bekas duit tu. Isi bekas tu, yakni hasil duit jualan saya, awak boleh simpan.




Tapi ingat!! Saya tak halalkan setiap sen yang awak ambil dan gunakan ke atas apa-apa sahaja. Allah jua yang bakal tentukan pembalasan buat awak.












F cakap :

Saya tahu awak tak baca blog ni.
Tapi ni sebagai peringatan buat diri saya sampai bila-bila.

Tuesday, October 4, 2011

The books #2

Here is the collection that I currently own, here in Kuantan. Feel free to come and borrow any of them, with only one condition - take care of it like it's your own precious book. That's all.


I only finished The Lucky One, Goodnight Beautiful, I Heart New York, My Best Friend's Girl and Tunggu Teduh Dulu. I've read half of Life Is An Open Secret. Still reading Marshmallows for Breakfast, and wondering when I would finish that. Oh, I've intentionally delayed to read Sherlock Holmes. Ngeee. And I plan to read Words That Matter, at least a page a day, but I have yet done that.




There are the latest books that I ordered from BookXcess, arrived my home couple of weeks before after some problems by the courier. I'll tell the story next time, if I want to. Oh, I forgot to place Cathy Kelly's The Perfect Holiday together there.












F says :

Can't wait to establish my own mini library.