Friday, September 30, 2011

Terima kasih, sayangku.

 [1]

Tunjuk gambar pakai jubah beramai-ramai dekat Mama, siang tadi. Thanks yeah, Ruwaida, for tagging me.
 
Mama cakap, 'Along nampak tinggilah.' Kembang kejap. Heee.

'Tapi jubah Along nampak singkat sangat dah tu.'

'Nak beli jubah baru, boleh Ma??'

'Okey, nanti kita gi cari.'

'Yeay!! Kawan Along cakap kat pasar, ada banyak.'








[2]


Sambil tengok kotak berbungkus dari BookXcess,


'Buku banyak-banyak ni, kalau dapat letak dalam rak baru, best jugak.' *sambil jeling Mama, sambil pastikan Abah pun dengar*

Keluar macam-macam cadangan nak beli rak mana. Tangan pun laju menggugel gambar-gambar rak cantik.

Abah kata..

'Kalau kita alihkan peti ais lama tu, bolehla tempah buat rak kat dinding tu.'

'Kita nak beli rak baru ke, nak tempah ni??'

'Mana-mana pun boleh, tapi kalau tempah, senang nak saiz apa-apa.'

'Okey!! Along nak saiz ni bla bla bla.'












F cakap :

.....

1 comment:

Cik NurulZaty said...

tak aci..u balik umah..tgglkan i..