Saturday, September 10, 2011

Kuantan, bebeh!!

Assalamu'alaikum semua!!


Alhamdulillah, dah selamat sampai di Kuantan, ibu negeri Pahang, tempat menuntut ilmu kat sini. Bertolak jam 9.45 pagi, sampai pukul 4.20 petang, okeylah tu kan. Lambat sangat sampai sebab lama sangat singgah di Masjid Sultan Mahmud, Bandar al-Mukhtafi Billah, Dungun tengah hari tadi. Hehehe. Iyelah, dekat 2 jam kot duduk situ je, makan-makan, solat, lepas tu mandikan si Ammar Aiman bucuk tu.





Dah jenguk bilik, alhamdulillah, puas hati. Kompartmen boleh tahan luas [tapi tak boleh lawan kompartmen dulu la]. Katil pun dapat dua tilam lagi tu. Memang jadi tinggi je katilku nanti. Bilik masih berhabuk sakan, lepas letak barang-barang, terus blah ke hotel dengan keluarga tersayang. Ye la, perut kelaparan, lepas tu nak bersihkan diri pulak.




Alahai..penat sangat hari ni.












F cakap :

Agak-agaknya..esok kelas dah mula ke belum eh???

2 comments:

hazirah said...

belum!sbb esok ahad,hehe

sri said...

esok? fuhh nasib baik aku nampak comment hazi, cuak gak kalau ahad dah start class. T__T