Friday, August 12, 2011

Sahur oh sahur!!

Selamat bersahur, semuanya!! Jam kat komputer ni baru menginjak ke angka 5.29 pagi. Alhamdulillah, baru je selesai bersahur, makan nasi 2 pinggan lagi. Ceh, padahal bukan pergi sekolah atau kerja pun. =_='
Kejap lagi, baru nak gosok gigi, minum air masak sikit lagi, dan tunggu sehingga azan Subuh berkumandang. Bukan apa, kalau lelap dulu, potensi untuk terlajak agak tinggi, [walaupun hakikatnya kat rumah ni agak mustahil untuk terlajak sebab ramai tukang kejut].




1. Sahur, alhamdulillah, masih dengan nasi. Nikmat berpuasa di rumah selepas 8 tahun berpuasa di macam-macam tempat, begitulah untungnya.


2. Adik-adik sangat unik. Boleh je telan Maggi pagi-pagi buta, hirup air bergas bertemankan ais. Kakak mereka tertanya sendiri, bagaimana perut mereka mampu menerima. Lainlah kalau duduk di asrama, Maggi dan segala yang sewaktu dengannya adalah sesuatu yang normal.


3. Mencapai satu konklusi bahawa semakin lambat bangun untuk bersahur, semakin bertahan mata untuk tidak tidur, semakin gagah perut memproses makanan yang dimakan.


4. Tidur lambat, bangun cepat; tidur cepat, bangun lambat. Pabila lena pada angka 3 atau 4 pagi, alhamdulillah, boleh je bangun pukul 5. Lain cerita kalau berada di hostel, tak bersahurlah jawabnya.


5. Masa bersahur ni, timeline Twitter dan status updates Facebook adalah antara yang terlaju. Sebab masing-masing cuba bertahan daripada lelap, sementara menanti untuk solat Subuh.

TWITTER : @fikahmus


6. Rutin sahur : bangun - makan nasi - minum air - gosok gigi - minum air - makan erythromycin - minum air - tunggu solat Subuh.



Sekian, itu je.










F cakap :

Saat entri ni habis ditaip, azan Subuh berkumandang.

No comments: